Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Wednesday, 9 July 2014

Bercuti Ke Adelaide 6

Assalamualaikum,

Hari ni dah hari terakhir di Adelaide. Sedihnya dah nak habis holiday kat sini. Seronok duduk sini, sejuknyaaaaa. Hari ni kami ke Glenelg, pantai di Adelaide. Kami ke Glenelg menaiki tram, tapi ke Glenelg ni, kena bayar tambang. Tambang ke Glenelg dalam AUD 3.20 untuk dewasa dan untuk kanak-kanak AUD 1 ++. Setelah 6 hari kat sini, hari ni baru merasa nak naik tram. Sebelum ni banyak travel naik bas je.

Kakak dan Tok dalam tram
Mesin tiket dalam tram
Nak ke Glenelg kena tukar tram, dari tram free, kena turun dan naik tram ke Glenelg. Tapi stesennya dekat je. Perjalanan ke Glenelg mengambil masa dalam 30 minit dari Adelaide. Glenelg ni cantik, pantainya bersih je. Masa musim sejuk ni, angin pun kuat, so memang rasa sejuk sangat masa kat tepi pantai ni.

Glenelg
Bestnya angin
My heart and soul
Banyak burung seagull kat sini
Makan fish n chip
Lepas penat berposing kat tepi pantai, kitorang lepak makan fish n chip kat sini. Syoknya makan fish and chip panas-panas ni. Cuaca pulak sejuk. Lepas kenyang kitorang naik tram balik ke Adelaide. Plan seterusnya nak ke Botanic Garden, tapi bila sampai Adelaide hujan pulak. So, terpaksa la cancel.

Kami di Adelaide selama 6 hari. Hari ke 7 dah balik, so, hari ke 7 tu di airport je. Walaupun tak banyak sangat tempat byang kami dapat pergi, tapi percutian kali ni memang best. Suasana Adelaide yang tenang dan damai memang dapat hilangkan stress. Konsep percutian kami, tak kisah kalau tak dapat nak explore banyak tempat menarik, yang penting, relax, santai dan semua happy. Di Adelaide, sehari kami hanya melawat satu tempat sahaja, maklum la, travel dengan anak-anak kecil, agak susah nak rushing ke sana-sini. Tapi memang seronok bila tengok anak-anak seronok di sini. Kali ni dapat juga bawa mama sekali bercuti. Mama pun enjoy dengan percutian ni. Alhamdullullah, banayk pahala kalau dapat gembirakan hati seorang ibu, kan? In sya Allah, lepas ni akan rancang percutian ke tempat lain pulak.
Sunday, 6 July 2014

Bercuti Ke Adelaide 5

Asssalamualaikum,

Bercinta betul nak menghabiskan entri bercuti ke Adelaide ni. Nak kena cari mood baru boleh nak bercerita pasal holiday ni. Ok, sekarang dah hari ke 5 di Adelaide. Hari ni agak menyedihkan juga sebab terpaksa cancel plan nak ke Victor Harbour. Semua dah bangun dan bersiap awal-awal tapi bila nak keluar rumah je, hujan rupanya. Terpaksa cancel nak naik bas pukul 9, so tunggu la kalau sempat nak naik bas pukul 12, tapi hujan masih turun lagi. Oleh sebab ada barang dapur yang dah habis, saya dan husband ke Central Market dulu beli barang dapur, beli daging, ayam, dan buah sikit. Masa balik dari Central Market, hujan still tak berhenti lagi. Nampak gayanya, memang tak pergi la ke Victor harbour. Tukarlah plan, kita ke Hahndorf je lah. Sebenarnya, Hahndorf ni back up plan je, tapi bila dah sampai Hahndorf, tak menyesal naik bas ke sini, cantik sungguh perkampungan German ni. Semuanya bangunan lama-lama, rasa macam duduk kat ceruk kampung pulak. Hahndorf terletak di Adelaide Hills, cuaca masa ni memang sejuk, hujan pun renyai-renyai lagi. Nak ke Hahndorf, boleh naik bas Adelaide metro nombor 864 dan turun di stop 54 atau 55. Banyak gambar ambil kat sini, suka tengok bangunan dan pemandangan kat sini.

Bangunan lama di Hahndorf
Kedai Pizza
Nampak klasik gambar ni
Nak makan tapi tak jadi
Cantik gambar-gambar kat sini. Kitorang spend lebih kurang dua jam kat sini. Jalan-jalan dan masuk beberapa kedai souvinir. Bangunan kat sini semuanya dah jadi kedai, hotel ataupun restoran. Semua bangunan kat sini memang bangunan asal. Hanya dibaiki sahaja. Ia adalah perkampungan German pada zaman perang dahulu. Uniknya Hahndorf ni adalah rekaan bangunan yang bercirikan German dan unik. Juga deretan pokok-pokok elm yang menghiasi jalan di Hahndorf ni. Seronok pulak jalan-jalan kat sini, macam duduk kat kampung. Pukul 4 lebih, kitorang tunggu bas untuk balik ke Adelaide. Tak lama naik bas, setengah jam je dah boleh sampai.