Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Showing posts with label Travel and Holiday. Show all posts
Showing posts with label Travel and Holiday. Show all posts
Friday, 12 February 2016

Cuti-cuti Melaka, Swiss-Garden Hotel and Residences

Assalamualaikum,

Dah bulan 2 tahun 2016. Cepatnya masa berlalu. Cuti Disember 2015 pun tak update lagi. Tahun ni memang tak de plan nak ke mana-mana pun. Jalan-jalan dalam Malaysia je. Jenuh juga nak fikir ke mana nak bawa anak-anak cuti kali ni. Kalau ikutkan rasa macam nak stay kat rumah je. Nak rehat, tak de mood sangat nak bercuti. Tapi kesian pula kat anak-anak, mesti boring nak duduk dalam rumah je. So, kitorang decide nak bawa anak-anak jalan-jalan ke Melaka. Kami bercuti pada 5, 6 dan 7 Disember 2016. Setelah survey beberapa hotel, hati ni teringin nak merasa duduk di Swiss-Garden Hotel and Residences Melaka. Tertarik bila tengok ada mini theme park kat swimming pool. Boleh la anak-anak main puas-puas nanti.

Kalau ikutkan plan nak bertolak tengah hari, check-in hotel, lepas tu nak pergi makan seafood kat sungai duyung. Tapi plan dah lari pulak. Ada hal yang perlu suami selesaikan, so kami bertolak lewat dari rumah. Hampir pukul 6 baru bertolak ke Melaka. Kami sampai ke hotel dah nak dekat pukul 8. Lepas check-in, terus keluar cari makan malam. Semuanya dah lapar. Hotel ni bersambung dengan shopping complex The Shore. Dari dalam hotel dah boleh access ke The Shore ni. Turun escalator je terus jumpa food court ni, senang la nak cari makanan. Harga pun tak mahal.

Dalam bilik hotel

Ambil dua katil super single

Lepas makan malam, semua dah penat. Balik je bilik cepat je semua tidur. Pagi esoknya, kami plan nak bawa anak-anak ke Zoo Melaka dan Taman Burung. Dah beberapa kali kami pergi ke zoo ni tapi anak-anak memang suka nak tengok binatang-binatang kat sini. So, kalau pergi Melaka, memang wajib kena pergi zoo.


Dengan pak belang
Meet eli

Zirafah ni cantik kan

Dalam 2 jam juga kitorang kat dalam zoo ni. Lepas berpenat di zoo, kami sambung pulak tengok burung kat Malacca Bird Park. Tempatnya cantik tapi masih kekurangan spesies-spesies burung. So, tengok je la burung apa yang ada.

Cik merak di situ

Burung kakak tua kot

Suka tgk waterfall tu

Masa kat bird park ni, sebenarnya semua dah penat. Cuaca pun agak panas hari tu. Jadi, kami spend tak lama sangat, dalam 40-45 minit je kat sini, lepas tu zafar dah mengamuk ajak balik. Panas kot. Kitorang pun terus balik hotel, lagi pun ptg ni nak bawa anak-anak mandi swimmimg pool. Anak-anak memang tak sabar sangat nak mandi swimming pool kat hotel tu. Dari malam tadi, dok tengok swimming pool je dari beranda hotel.

Best kan ...ada mini theme park lagi

Tak tau la diorang tgh buat apa tu

Ada jacuzzi 

Part ni la paling best. Ibu dengan ayah pun memang enjoy kat sini. Anak-anak lagi la seronok. Lama juga kitorang kat pool ni. Walau pun agak sejuk, budak-budak ni tahan je sebab seronok main air. Swimming pool ni kat tingkat 9. Lepas dah puas mandi, balik bilik hotel, mandi, sembahyang, pas tu keluar pergi dinner kat Nando's. Malam tu semua tidur cepat je. Penat semuanya.

7 Disember 2016, last day kat sini. Kami check-out dalam pukul 11 lebih. Sebelum tu pergi mandi kat swimming pool lagi. Lepas check-out, kami pergi ke Oceanarium. Oceanarium ni pun dalam The Shore ni juga. Oceanarium ni lebih kurang macam Aquaria kat KLCC tapi saiznya lebih kecil. Best juga masuk Oceanarium ni. Ada kuiz kena jawab, nanti boleh claim hadiah kat kaunter masuk.



King crab
Ini ikan piranha tau
Macam dalam laut pulak
Habis la adik, jerung dah buka mulut
Lama juga kaimi dalam Oceanarium ni. Seronok pulak jalan-jalan dalam ni. Lepas habis je sesi lawatan sambil belajar kat Oceanarium ni, ada satu lagi tempat terakhir kami nak pergi kat Melaka ni.



Ini la tempatnya Original Coconut Shake Klebang. Memang dah lama teringin nak rasa coconut shake yang famous sangat kat melaka ni. At last, hari ni dapat juga rasa. Patut la famous, memang sedap coconut shake ni. Memang ramai sangat orang yang datang. Nasib baik ada tempat nak duduk. Musim cuti sekolah kot, ramai la orang. Bila dah dapat rasa coconut shake ni, rasa puas la juga hati bila bercuti ke Melaka kali ni. In sya Allah, kalau umur panjang, lepas ni kita datang Melaka lagi.


Saturday, 9 May 2015

Tanjung Jara Resort

Assalamualaikum,

Bestnya baru balik dari bercuti ke pantai timur. Rasa macam nak pergi lagi. Kami bercuti ke Dungun, Terengganu, lebih tepat lagi kami bercuti di Tanjung Jara Resort. Memang tak ke mana-mana pun, just spend our valuable times in the resort only. Sebab best sangat resort ni. Dah lama juga plan nak ke sini, sejak tahun lepas lagi. Saja je google tempat bercuti di Terengganu, tiba-tiba terbaca tentang resort ni. Bila baca review tentang resort ni, ramai yang bagi komen positif, so memang plan nak ke Tanjung Jara Resort. Akhirnya, kami sampai ke sana pada cuti tahun baru cina last week.

Welcome
Kami bertolak pada hari Selasa 17 Februari 2015 pada pukul 11 pagi. Perjalanan kami hanya mengambil masa 4 setengah jam sahaja sebab LPT2 dah siap dan free, tak payah bayar tol LPT2. Bayar tol LPT1 je. So, tak la jauh sangat sebab selalunya kalau balik kampung kat Kedah pun lebih kuarang 5-6 jam juga. Kami sampai lebih kurang pukul 3.30 petang. Semasa sampai kat depan lobby, dah ada penyambut tetamu tunggu ketibaan kami. Sangat ramah dan mesra, bila saya buka tingkap je, terus bagi salam dan tanya macam mana perjalanan kami. Seorang pak cik dalam lingkungan 50-an yang menyambut ketibaan kami. Selepas itu, seorang penyambut tetamu lagi mengetuk gong sebanyak 1 kali. Menurut mereka, gong akan di palu sebanyak 1 kali untuk menyambut ketibaan tetamu. Selepas tu, beg kami diangkat dan diletak ke atas troli, husband pergi parking kereta, saya dan anak-anak menunggu di lobby. Di lobby, kmi dihidangkan dengan welcome juice dan juga diberikan tuala basah untuk menyegarkan muka. Nak check in pun senang, tak payah berdiri kat kaunter, kami hanya duduk di sofa sahaja, receptionist akan uruskan segala-galanya, bila dah selesai, kami di bawa ke bilik kami.

Kami memilih bilik jenis Serambi, nombor bilik kami ialah 1024. Dari serambi bilik kami, boleh nampak pemandangan yan cantik. Memang betul cerita tentang resort ni, layanan hotel yang bagus dan pemandangan resort pun amat menenangkan.
Bilik kami, 1024
Day bed, tempat tidur kaka dan adik

Sinki ada 2

Bath tub
Katil ibu, ayah dan Zafar
Bilik memang besar, paling terkejut bila tengok bathroom dia, memang luas sangat. Ada bath tub, lepas tu separate toilet dan shower room. Dalam hati ada gak angan-angan nak buat bilik air besar mcm ni....ngeh...ngeh...ngeh. Bilik memang selesa sangat. Cuma silap saya sebab request 2 katil single sebab katil single memang kecil. Lebih baik minta katil king size. Try juga call reception untuk minta tukar bilik yang ada katil king, tapi receptionist cakap bilik dh full house. Saya pun faham sebab skrg cuti public holiday CNY kan, mesti bilik penuh. Saja je try....kot2 dapat...hihihi. Sedikit kiciwa. Yang penting, kami memang happy sepanjang stay kat sini.

Pemandangan yang gorgeous
Ini lah pemandangan dari depan bilik kami. Sangat indah, serta merta kita akan rasa kebesaran Allah SWT yang telah mencipta keindahan ini. Rasa syukur kerana di beri kesempatan untuk menikmati keindahan ciptaan Allah Yang Maha Agung ini.

Lepas check-in, kami berehat sekejap. Perut pula dh lapar, belum lunch lagi sejak sampai sini. Excited sangat nk tengok Tg Jara Resort ni, lunch pun kami postpone. Nak luch kat Tg Jara Resort ni ke?????? Memang tak la jawabnya, hotel 5 star mcm ni, harga makanan pun mesti la 5 star kan. Sepanjang kami kat sini, kami beli makanan kat luar je. Ada kedai makan betul2 kat simpang nak masuk Tg Jara Resort ni, kat situ je la kami makan, kalau malam, husband je keluar gi beli tapau.

Petang tu juga anak2 tak sabar nak main kat pantai. Lepas solat Asar, dalam kul 5 lebih gitu, kitorang pun keluar pegi lepak2 kat pantai. Waahhhhh, tenangnya dapat bersantai macam ni kat tepi pantai. Hilang semua problem. Tengok anak2 main pasir kat pantai, happy betul diorang. Macam tu la bila tinggal kat bandar ni, anak2 tak de kebebasan nak main kat luar rumah. Pagi sampai petang sekolah. Ibu dgn ayah pun kerja, harapkan hujung minggu je kalau nk bawa anak2 main kat luar. Kat sini, puas anak2 berlari sana sini, tepi pantai siap golek2 lagi. Enjoy la puas2 anak-anakku. Allah bagi rezeki kat ibu dgn ayah, tak salah kalu kita spend sebahagian rezeki tu untuk lihat anak-anak gembira.

Seronok dapat main pasir, buat castle tapi castle nya tak de pun
Malam tu anak-anak letih sangat agaknya. Travel jauh2 dari shah alam, petang pulak seronok sangat kat pantai, malam tu, lepas makan semua dah lelap. Tunggu esok punya aktiviti pulak.


Hari kedua di Tg Jara Resort, tak de plan nak kemana - mana pun. Kami memang bercadang nak lepak hotel je. Menikmati pemandangan indah kat sini. Pagi-pagi bangun awal, semua pergi breakfast dulu. Breakfast memang best, macam-macam ada. Tengah2 breakfast tu nnt, akan ada paluan kompang berarak dengan bunga manggar dan berselawat, memang style kat resort ni macam ni kot, mengetengahkan budaya melayu. Anak2 zaman sekarang pun tak dapat nak tengok macam ni kan, kat sana dapat la diorang tengok. Lepas breakfast, nak pergi terjun swimming pool. Balik bilik je, semua tukar swimming suit, nak gi ceplum...ceplum....

Sapu sunscreen lotion dulu...kalau tak nnt semua hitam legam

Anak2 itik dengan bapak itik...hehehe

Ada gazebo kalau nak baring, tidur pun boleh

Mandi kat kolam budak2 je la, yg dalam ni tak berani

Lepas dh puas mandi, naik ke bilik pulak. Nak kena plan nak lunch kat mana ni. So, kitorang keluar jalan2 ke pekan dungun. On the way ke Pekan Dungun ni, ternampak kedai batik buat sale. Apa lagi, dengan lajunya ajak husband singgah. Mana la tau, kot2 dapat yang berkenan. Memang juling mata tengok batik-batik kat sini. Akhirnya terbeli juga sepasang. Harga kira murah sikit la dari KL, ada less lagi. Kalau kat KL silap-silap mau RM300-400 harga batik macam yang saya beli ni.

Jenuh nak pilih ni
Yang berkenan di hati, RM249 (after less 10%)
Ni la kedainya, Desa Murni Batik
Lepas shopping batik, baru la pergi lunch. Petang tu kami jalan-jalan lagi kat pantai. Kali ni kami berjalan jauh sikit. Saja nak ambil angin pantai petang-petang.
Seronoknya dapat mandi

Seronok dapat jalan dalam air laut
Cantik pemandangan
Tengok muka zafar tu...takut air kot
Syoknya landing....
Sepanjang 4 hari 3 malam kat sini, aktiviti kami sama je, breakfast, mandi swimming pool, lunch dan lepak kat pantai. Memang percutian untuk merehatkan badan dan minda. Malas nk fikir jalan2 ke tempat lain. Cukup la dapat berehat kat resort ni je. Memang tenang dan mendamaikan. Hari ke - 3, sempat juga bawa anak2 ke Pusat Konservasi Penyu. Sekarang bukan musim penyu bertelu, so dapat tengok penyu seekor je. Tak pe lah, dapat juga anak2 tengok penyu.

Nak tengok penyu, kalau ada la...
Memang seronok holiday kali ni. Holiday untuk berehat dan spend time dengan anak-anak. Hari-hari biasa sibuk bekerja, dapat meluangkan masa dengan keluarga macam ni, memang bahagia rasanya. In sya Allah, kalau ada rezeki, kita plan holiday ke tempat lain pula. Jom layan gambarrrrrr.








Monday, 2 February 2015

Cyberview Resort and Spa, Cyberjaya

Assalamualaikum,

Ni la first entry untuk tahun 2015 ni. Dah bulan 2 baru nak buat entry...huhuhu. Baru buka sekolah, banyak kerja nak kena setelkan. Hari ni public holiday, Thaipusam....tak nak ke mana-mana, memang nak duduk rumah je.

Nak story, last weekend sesaja je pegi relax-relax kat Cyberjaya. Konon2 nak release tension la kan. Tapi memang terasa kepenatan bila dah start buka sekolah ni. Kakak dah tukar sesi persekolahan, sek KAFA sekarang waktu petang. So, tiap2 petang akan keluar ambil kakak kat sekolah. Qisya pulak dah start pre-school kat Genius Aulad. Dah besar baby girl ibu ni.

Kalu dok sesaja tu, memang suka sangat buka Booking.com. Saja je tgk2 hotel mana tgh murah. Memang nk cari tempat nak relax, so bila tgk kat booking.com, ada offer untuk Cyberview Resort And Spa. Bilik deluxe chalet berharga RM295. Free cancellation dan ada breakfast sekali. Harga biasa untuk bilik deluxe chalet ni ialah RM410. Kalau ada offer pun selalunya harganya lebih kurang RM369. Murah kan???? Mata pun terbeliak dengan harga tu, hati dah excited, terus booking. Lepas booking, baru bagitau husband. Dia memang ok je kalau bab nak pergi bercuti ni. Janji ada bajet....hehehe. Dah banyak kali dok ushar cyberview ni, mmg teringin nak pergi, dok baca blog pasal org yang dh pergi, semua cakap best. Tengok gambar pool dia pun, dh tak sabar-sabar nak pergi.

Kitorang check-in 31 January 2015, bersamaan 10 Rabiul Akhir 1436, iaitu hari ulangtahun perkahwinan kitorang yang ke-11. Kiranya holiday ni untuk sambut anniversary kitorang dan juga birthday Qisya yang jatuh pada 26 January 2015 hari tu. 2 in 1 celebration. Hari sabtu tu, kitorang keluar rumah dalam pukul 1. Waktu check-in pukul 3 tapi dalam booking.com tu dh minta siap2 nak check-in awal. Saja ja minta check-in awal, kalau dapat, rezeki la kan. Sampai Cyberview dalam pukul 2, husband uruskan bab check-in. Alhamdullillah, dapat juga early check-in. Boleh bawa kereta parking kat chalet. Nak jalan, jauh juga.

Lobby area
Lobby Cyberview memang cantik. Yang bestnya, masuk je lobby dia, bau harum semerbak. Memang best la lobby dia. Interior design dia simple je, berkonsepkan melayu tradisonal. Kalau lobby pun dh cantik, tak sabar2 dah nk masuk bilik ni. Dari lobby dah boleh nampak pool dia. Ok, kita masuk bilik dulu, rehat kejap, pukul 4 kita turun pool.

Dah masuk bilik
Request untuk 2 beds

Ada sofa dan coffe table

Flat screen tv

Balcony besar, best lepak waktu pagi...sejuk je

Buka laci, ada terjemahan Al-Quran...alhamdullillah

Body losyen dia bau best sangat...sukeeee

Toilet pun cantik

puas mandi, ada rain shower

Cantik botol2 dia, tapi tak leh bawa balik
Cantik dan besar sgt bilik dia. Memang selesa untuk 1 family mcm kitorang ni. Macam biasa, husband memang tak leh nampak katil. Asyik nak tidur je. Sebelum ke sini tadi, dah siap2 beli nasi dekat dgn rumah, so kita makan la dulu. Anak2 asyik tanya je jamdh pukul berapa, nak pergi pool. Si kakak mmg dh pandai tengok jam, lg 5 minit nak pukul 4 dia dh remind, "ibu, dh nk pukul 4". Ok la sayang, kesian anak2 yang excited sgt nak pegi pool, bukan anak2 je, ibu pun excited, cuma tak tunjuk je....heehehehe....ok...semua tukar swimming suit................jom terjun kolam. Terjun la sangat, pada hal dh tau dh, kena mandi kat pool kids je ni...hahahaha.





Lama juga berendam dalam pool ni. Pukul 4 lebih sampai 6 lebih baru naik. Itu pun sebab dah lapar. Tapi, pool dia memang best. Kitorang mandi dekat wading pool je, kat bawah sikit yang ada waterfall tu, lagi besar pool dia, swimming pool. Tak boleh mandi kat situ sebab dalam utk untuk budak2. Kalau budak2 dah besar boleh la. Malam tu ingatkan nak makan buffet dinner. Bila call Verandah Restaurant, malam tu ada bbq buffet dinner, RM83 per person for adult. Kanak-kanak separuh harga. Mak aiiii....mahalnya, tak jadi la nak makan kat hotel. Kitorang buka waze untuk cari tempat makan. Rupa2nya, keluar je dr cyberview ni akan jumpa Shaftbury Square, banyak restoran kat situ. Kitorang makan secret recipe je. Dah penat nak fikir nk makan apa, kat secret recipe je senang sebab dh biasa makan da dh tau nk order apa. Balik je chalet, anak-anak dh penat, semuanya cepat je tidur.

Esok pagi, bangun pukul 6 lebih. Bestnya dapat lepak kejap dekat beranda tu. Rasa macam kat kampung pulak. Lepas bersiap, pergi breakfast kat Restoran Verandah. Best gak breakfast dia, banyak choice dan sedap-sedap plak tu.




Zafar posing ala ala model gitu
Lepas brakfast kitorang posing2 sket kat area resort ni. Budak2 nak mandi lagi. Boleh la mandi dalam sejam kot sebelum nak check out.





Walau pun dekat weekend getaway ni, tapi memang best. Cyberview Resort And Spa ni sangat sesuai untuk nak relax dan santai hujung minggu. Dekat je dari rumah kami, drive 35 minit je dah boleh sampai. In sya Allah, ada rezeki, nak bawa family ke sini lagi.