Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Showing posts with label Makan best. Show all posts
Showing posts with label Makan best. Show all posts
Saturday, 22 February 2014

Restoran Asian Cibo Kelana Jaya

Assalamualaikum,



Hari tu dah review pasal restoran Asian Cibo Cyberjaya, kali ni pasal Asian Cibo juga, tapi yang ni branch Kelana Jaya pulak.Restoran ni terletak di Jalan ss6/5A, Dataran Glomac, Kelana Jaya. Menunya sama sebab beli kat Groupon tapi bila datang kat restoran ni, presentation dia lagi best plak. Menu ayam tu siap letak dalam buah nenas lagi sebab nama menu tu 'Pineapple Chicken'. Rasanya pun, kat sini lebih sedap berbanding yang kat Cyberjaya. Lagi satu yang pelik, kalau kat Cyberjaya hari tu, udangnya cuma 5 ekor je, tapi kat sini sampai 15 ekor pulak, terkejut juga kenapa berbeza sangat.Padahal, menunya sama je. Jom tengok gambar2 foods yang menggiurkan ni.

 Deep Fried Squid RM24.90

 Pineapple chicken RM24.90

 Chinese cabbage with mushroom RM18.90

 Bean curd with luffa RM18.90

Sauteed prawn RM39.90

Antara menu-menu lain yang ada kat sini.





Restoran Asian Cibo Cyberjaya

Assalamualaikum,

Jom crita pasal makan pulak. Kali ni jauh jugak pergi makan, sampai kat cyberjaya. Sebenarnya, dah beli voucher ni kat Groupon, RM68 untuk 5 orang. Menu pulak macam best sebab ada udang, so saja la beli sebab nak try makan kat sini, best ke tak. Kebetulan hari tu ada kenduri kat Puchong dan Kajang, dari kajang terus ke Cyberjaya, nak makan malam terus kat restoran Asian Cibo ni. Abang dgn kakak ipar pun ada, adik bongsu pun ada, so, rasanya cukup la untuk 5 orang ni kan.


Restoran ni terletak kat The Street Mall, Cyberjaya. Tak la susah sangat nak cari, pakai GPS je boleh jumpa, cuma memang agak jauh juga dari Shah Alam. Sehari sebelum tu dah kena booking, so kitorang booking untuk dinner pukul 6 petang. Tapi, sampai terlewat sikit, pukul 6.25 rasanya baru sampai. Macam biasa lah, bila dah booking pakai groupon ni, bagi je voucher kat dia, so dia tahu la nak hidang apa kan. Tapi dalam pakej tu tak de nasi rupanya, so, just order nasi dan air je la. Bila tengok menu, agak mahal juga price makanan kat sini.



Pakej untuk 5 orang ni ada 4 course meal. Bagi saya yang paling sedap ialah menu udang tu, tak tau la apa namanya tapi memang sedap. Yang nampak macam pedas sikit tu ayam, sedap juga, rasanya banyak serai dalam resepi tu sebab memang terasa ada serai, So, air dia kebanyakannya yang biasa je, ada fresh juice dan ada juga air special, dan dalam air tu mesti diletak serai, so sedap juga rasanya. So, overall, makanan kat sini, dalam 4 bintang la, sebab sedap tapi agak mahal juga. Tak tau la nak datang lagi ke tak.
Monday, 27 January 2014

Bread & Batter

Assalamualaikum,

Sempena birthday Qisya hari tu, kitorang bawa anak-anak keluar makan dan enjoy kat Space U8 Eco Mall, Bukit Jelutong. Sebenarnya nak celebrate kat restoran Scrummy sebab pernah makan kat sini, sedap dan anak-anak suka kedainya warna pink. Bila sampai sana, kedai ni dah tutup pulak. So, terpaksa la cari kedai lain, terjumpa restoran Bread & Batter ni. Orang tak ramai sangat sebab masa tu dah pukul 3 kot, dah lepas waktu lunch.

Sedap juga menu-menu kat sini, ada western dan local cuisine. Saya pilih untuk makan spaghetti marinara. Husband order mee bandung, anak-anak cuma nak fries dan wedges je. Untuk baby Zafar, ibu order garlic bread dan mushroom soup. Air pulak, ibu order ice lemon tea je, husband order, jus mangga, anak-anak pilih vanilla milshake dan strawberry milkshake. Overall, memang sedap lah, spaghettinya memang banyak dan kenyang lah perut ni. Rasa juga mee bandung husband, agak pedas sikit tapi husband memang suka la sebab dia memang makan pedas-pedas. Mushroom soup lah yang paling sedap bagi saya. Sangat creamy dan terasa wild mushroomnya. In sha Allah, boleh la datang lagi.

 Spaghetti marinara

 Mee bandung

 Strawberry milkshake

 Potato wedges

 French fries

Garlic bread and mushroom soup (my favourite)
Wednesday, 25 December 2013

Restoran Jemari

Assalamualaikum,

Hari ni terasa rajin pulak nak buat entry. Nak cerita tentang restoran yang baru je pergi 2 malam yang lepas. Sebenarnya cari restoran lain tapi setelah 3-4 kali husband tawaf, tak jumpa-jumpa jugak, so kitorang decide makan je la restoran apa yang ada. Restoran Jemari ni terletak kat seksyen 7 Shah Alam. Mula-mula masuk macam tak ramai orang, tapi lepas je kitorang order, ramai pulak yang datang sampai meja dah penuh. Ada satu family tu sanggup tunggu dalam 10 minit untuk dapat meja sebab meja dah penuh.

Restoran ni agak cantik juga dari segi dekorasinya. For me, konsepnya nampak simple and comfy. Kitorang duduk dekat kerusi panjang dan ada bantal kusyen kecik-kecik. Senang sikit kalau nak menyusu Zafar nanti. Makanan saya pilih restoran Jemari punya special menu, nasi goreng Thai kot namanya. Husband nak cuba tom yam seafood, makan dengan nasi putih dan telur dadar. Anak-anak pula saya order nasi goreng cina. Air pula saya pilih air epal asam boi, husband order jus tembikai laici dan si Suffiya nak air sirap.

Tom yam seafood memang sedap dan pedas, husband kata menepati citarasa dia. Nasi goreng Thai pula sedap juga, ada kerabu mangga sebagai sampingan, sedap dan berselera juga saya makan. Nasi goreng cina anak-anak pun tidak mengecewakan, antara yang sedap juga yang pernah kami rasa. Overall, sedap la makan kat sini, boleh juga datang lagi dan try makanan lain pulak. Air epal asam boi tu memang sedap la untuk tekak saya.

                                                     Menu, harga agak pricey jugak
                                   
                                                        Air epal asam boi

                                                        Jus tembikai laici

                                              Tom yam seafood

                                                     Nasi goreng Thai

                                                        Tempat duduk dengan kusyen

Restoran Mohd Chan, Chinese Muslim Food

Assalamualaikum,

Hari ni saja nak cerita pasal tempat makan best yang baru je di cuba 2 minggu lepas. Restoran Mohd Chan Kota Kemuning. Restoran ni ialah restoran makanan cina muslim. Rasanya ramai yang dah tahu pasal restoran ni kot sebab cawangan dia pun banyak. Kat Kota Kemuning ni adalah yang paling dekat dengan rumah kitorang, dalam 3 km la lebih kurang. Kat Kota Kemuning ni baru je di buka dalam bulan Mac kot. Sejak di buka, hati memang teringin sangat nak pergi makan kat situ. So, minggu lepas ajak la husband pergi ke restoran Mohd Chan ni. Lepas husband balik kerja, mandi, solat, terus je keluar. Masa tu hari Isnin, so orang pun tak ramai sangat.

Tengok menu macam best je. Kitorang order ikan kerapu masak daun teratai, itu yang di sarankan oleh waiter kat situ. Lepas tu nasi goreng cina untuk anak-anak. Lupa pulak, husband order sayur yang di campur 4 jenis sayur, lupa dah namanya. Masa first time pergi, lupa nak snap gambar. Ikan kerapu tu memang sedap, ikan yang besar tu boleh habis dimakan oleh saya dan husband. Memang berbeza dan tak pernah rasa lagi di tempat lain. Masa nak order, menu ni tak de print lagi kat dalam buku menu dia sebab waiter tu cakap ini menu baru. Harga ikan kerapu ni lebih mahal daripada ikan siakap. Ikan kerapu berharga RM68 seekor.

Bila dah sedap, terasa nak pergi lagi, so last week masa balik dari kampung, husband ajak singgah makan kat restoran ni lagi, Saya pun ok je, dalam hati memang teringin nak pergi lagi. Kali ni husband yang pilih order, dia pilih ikan siakap masak kapitan, shark fin soup dan sayur kailan masak oyster dan garlic. Ikan siakap masak kapitan ni pun sedap, anak-anak pulak bila rasa shark fin soup ni, terus muka tersengih-sengih cakap sedap. Baby Zafar ni mulut asyik mengomel je bila ayah lambat suap sup, suka sangat la tu. Servis memang bagus, order cepat sampai, tak tunggu lama sangat. Kedai pun bersih dan selesa dan restoran ni akan jadi salah satu choice kalau nak makan kat luar, sebab dekat sangat dengan rumah. Ikan ni berharga RM38 dan shark fin soup RM20 semangkuk tapi mangkuknya sangatlah besar, memang untuk satu family 4-5 orang.

                                                                    Ikan siakap

                                                                Shark fin soup