Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Tuesday, 21 October 2014

Family Fun @ Bukit Gambang Resort City - Day 1

Assalamualaikum,

Hujan lebat betul hari ni. Syok gak nak menaip entry baru ni. Sejuk je cuaca sekarang ni. Semalam baru je balik dari bukit gambang. Saja bawa anak2 mandi manda kat Bukit Gambang Waterpark. Dapat deal yang berbaloi kat Groupon. Pakej 3 hari 2 malam sekali dengan tiket masuk ke water park untuk 2 dewasa. Lepas tu ada breakfast dan dinner buffet sekali. Semuanya untuk 2 orang, so kena beli tiket untuk anak2 je la time nak masuk water park, breakfast dengan dinner buffet tu bayar untuk kakak sorang je. Kitorang bertolak dalam pukul 11 pagi dari shah alam. Sampai lebih kurang pukul 3 kat gambang, just nice untuk check in. Lambat gak sampai sebab jem lama dekat MRR2. Tak tau la kenapa jem lama sangat. Husband cakap, kat situ memang selalu je jem, kereta memang banyak. Lepas bayar tol kat plaza tol Gombak, baru la boleh bawa kereta laju sikit.

Kami check in kat Caribbean Bay Resort. Bilik yang ditempah ni sebenarnya untuk 2 orang tapi alhamdullillah, katilnya besar, 2 twins digabung skali, so dapat la kitorang 5 sefamily tidur atas katil. Kalau katil kecil, selalunya kakak la yang kena tidur atas sofa. Hihihi....kesian kakak.





Ok juga la biliknya, tak la mewah pun, biasa je. Tapi puas hati juga sebab aircond memang sejuk dan water heater pun bagus. Air memang kuat dan puas hati mandi. TV memang fail la, zaman sekarang dah tak de dah TV kotak mcm tu, tapi may be nak save budget kot, ada TV kotak je la. Lepas dah check in, terus bagi budak2 mandi, biar segar sket badan tu. Lepas tu semuanya mengadu dah lapar, termasuk la ayahnya, ingatkan nak order room service je. Rupa2nya tak de room service kat sini, kena la makan kat coffe house dia. So, lepas dah siap, semua pergi coffe house sebab dah kelaparan.

Konsep gerai kat Caribbean Coffe House
Harga kat Coffee House ni boleh tahan juga tapi tak la semahal hotel-hotel 5 bintang. Kiranya berpatutan la dengan resortnya. Kami makan nasi goreng kampung, grilled black pepper chicken dan spaghetti boloignese, air pulak 3 ice lemon tea, semuanya RM66. Sambil2 makan ni, sebenarnya tengah plan nak jumpa member lama kat USM dulu kat kuantan. Plan asal nak jumpa petang tapi member ajak jumpa malam sebab nak belanja kitorang makan malam. Memang best la Ida ni.

Kitorang keluar dalam pukul 7.20 malam, dah berjanji dengan member nak jumpa kat Kuantan. Ida dengan husband dia Syam, nak bawa kitorang ke Tg Lumpur, makan seafood. Wow....bestnya. Memang feveret la nak makan seafood ni. Ida dah siap tempah, sampai je kat gerai tu, dah siap atas meja, tinggal nak ngap aje. Si kakak pulak buat special request nak sotong gorang tepung. Achik Ida melayan la pulak, siap order lagi sepinggan pulak sotong goreng tepung khas untuk Suffiya. Banyak betul lauk yang Ida order, tergezut kitorang. Memang tak leh nak habis semua ni. Ida cakap, makan puas2. Memang puas pun sampai tak habis nak makan. Memang sedap dan puas hati betul makan seafood kat sini. Thank u Ida. Nak tolong bayar separuh pun dia tak kasi, memang dia nak belanja katanya. Tak puas pulak jumpa Ida ni, kitorang ni kawan lama sejak matriks USM dulu lagi. Sejak masing-masing dah kerja dan kahwin, memang jarang sangat berjumpa. In sya Allah, lain kali harap boleh jumpa puas2. Jom tengok apa kitorang makan malam tu. Best tau.....

Ada sotong, ketam, ikan, sayur campur.....mmg marvellous
Ni la my best friend, Ida

Ayah yang kena layan Zafar
We all and our kids
Memang kekenyangan la malam tu. Dalam pukul 9.45 malam, kitorang pun balik ke hotel. Thank u Ida and Syam. Memang happy sangat dapat jumpa korang. Sampai bilik hotel, semua dah layu. Anak2 mandi lagi skali sebab berjalan malam2 kan. Lepas tu semua memang tidur dengan nyenyaknya. Tak sabar2 nak masuk water park esok.
Thursday, 16 October 2014

Resepi Kek Carrot Orange

Assalamualaikum,

Hari ni nak share resepi kek carrot oren yang jadi favourite family saya. Memang selalu buat kek ni untuk makan-makan kat rumah. Memang moist dan sedap. Nak buat tak susah, senang je.

Resepi Kek Carrot Orange

250 g tepung naik sendiri
4 biji telur gred A
130 g carrot (diparut)
2-3 sudu besar jus oren (pakai twister pun boleh)
250 g mentega
250 g gula
1 sudu teh esen/perisa oren

Cara-cara:
1. Pukul gula dan mentega hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3. Masukkan jus oren dan esesn oren.
4. Akhir sekali, masukkan tepung dan carrot yang di parut.
5. Bakar di dalam oven pada suhu 150 darjah celcius antara 45 minit hingga 55 minit.



Kek carrot orange sebelum dibakar

Model kek carrot orange ibu.....hehehe



Wednesday, 15 October 2014

Novel Blockbuster Promotion @ Popular

Assalamualaikum,

Mood nak baca novel tetiba datang sebab ternampak member tgh baca novel John Grisham hari tu. Saja je pergi popular, nak cari gak novel buat lepas gian nak baca novel. Rupa2nya tengah sale novel, murah-murah sangat kat popular. Harga biasa novel2 international ni selalunya RM30 ke atas, sekarang ni harga2 novel yang tengah promotion ni cuma RM6.90, RM8, RM10 dan RM15. Memang memborong la kalau dah macam tu harganya. Setakat ni saya dah pergi beli 7 buah novel karya Nora Roberts, Josephine Cox, John Grisham, Jeffrey Archer, Barbara Taylor Bradford dan Sinead Moriarty. In sya Allah, cuti sekolah nanti boleh la nak layan novel2 ni.

Projek cuti sekolah
Novel Mad About You tu berharga RM68.90, time sale ni harga RM8 je. Macam tak caya je. Novel2 Nora Roberts semuanya RM15. Novel Playing The Game berharga RM34.90, harga sale RM6.90 je. Novel The Partner by John Grisham dan A Matter Of Honour Jeffrey Archer berharga RM35.90, after discount RM6.90. Novel The Broken Man by Josephine Cox berharga RM41.90 dijual dengan harga RM10 sahaja. Kalau berkesempatan, nak pergi popular lagi sebab setiap kali pergi, mesti ada je novel baru yang tengah sale.

Novel : Playing The Game

Assalamualaikum,

Ni first time nak review pasal novel. Sebabnya, dah lllaammmaaa sangat tak baca novel. Sekali tu ternampak member baca novel John Grisham, tetiba plak hati ni teringin nak start balik baca novel. So, satu hari tu balik awal dari school, tegok jam pun belum pukul 2, so decide nak singgah Popular la kejap kat Aeon Bukit Tinggi. Saja je nak ushar2 kot2 la ada novel yang best2 boleh di beli. Bila masuk je Popular, tergezut sekejap bila tengok ada sale novel2 international ni, murah giler plak tu. Novel2 yang selalunya harga RM30 ke atas, time sale ni harganya cuma , RM6.90, RM8, RM10 dan paling mahal pun RM15.Memang terbeliak la biji mata ni terus cari novel2 yang berkenan. Ingatkan novel ni novel yang lama2, rupa2nya, yang baru pun ada sale juga.Sejam jugak la dok cari novel2 ni, at last sambar la 2 novel dari Barbara Taylor Bradford dan Nora Roberts. Bila baca sinopsis, cerita Playing The Game by Barbara Taylor Bradford ni nampak macam best. So, saya baca Playing The Game ni dulu.

Playing The Game ni kisah tentang Annette Remmington yang bekerja sebagai penasihat karya-karya sastera macam lukisan dan arca. Annette ni ada suami, Marius Remmington. Actually, diorang ni nama je suami isteri tapi dari segi kehidupan tu macam buat hal masing2 je. Annette ni kahwin dengan Marius sebab terhutang budi je. Lepas tu, ada watak Jack Chalmers, wartawan yang menemuramah Annette tentang kejayaan Annette melelong satu lukisan sampai 20 juta pound. Tiba2 Annette dengan Jack ni saling jatuh cinta pulak. Marius ni pulak rupa2nya dah 15 tahun ada perempuan simpanan. Seronok juga baca novel ni sbb banyak konflik yang tak di jangka. Kalau rating tu, saya bagi 3.5 bintang.

Zafar's 2nd Birthday Celebration

Assalamualaikum,

Lama betul tak tgk blog ni, tak tau la kenapa malas sangat nak menaip. Banyak benda nak story tapi kerja pun banyak nak kena buat. Hari ni pun bukannya free sangat tapi nak juga menaip dalam blog ni. Lama sangat tak tengok blog, nanti kecik ati plak.

Hari ni kita cerita pasal bezday party Zafar. Zafar ni tiap2 tahun pun ada bezday party, kakak2 dia tak buat tiap2 tahun pun. Ibu sayang Zafar lebih keeee???? Tak de lah mcm tu, anak2 ibu semua ibu sayang sama je. Sebenarnya tak de plan langsung nak buat bezday party Zafar ni. Al kisahnya, adik yang nak buat bezday party anak2 dia kat sini. Anak sedara yang sorang ni rapat sangat dengan Suffiya sampai bezday party dia pun nak buat kat rumah kakak Piya. Kebetulan tarikh yang adik pilih tu, sehari sebelum bezday Zafar, so kira buat juga la bezday party untuk Zafar. Takkan la buat bezday anak orang, tak buat untuk ank sendiri pulak kan??? Oleh itu, bezday party kali ni di kira triple celebration, untuk Zafar, Zara dan Daanya. Ramai juga la jemputan kali ni, tak sangka pula hampir semua yang di jemput dapat hadir. Siap bertema lagi sambutan kali ni, Zafar tema Spiderman, Si Zara dan Daanya plak, biasa la tema hot untuk gegirls skarang kan, mesti la Frozen. Siap ada candy buffet ikut tema masing2 lagi.

Candy buffet Zafar tema Spiderman
Oleh sebab tak plan pun nak ber candy buffet ni, so buat simple2 je la. Buat juga sebab adik bersungguh2 buat candy buffet utk anak2 dia tema frozen. Tak de plak gambar candy buffet Frozen tu. Meriah juga la celebration kali ni. Kek Zafar pun mesti la ada Spiderman kan.

Kek Spiderman
Birthday boy, Zafar
Zafar and friends

Wednesday, 9 July 2014

Bercuti Ke Adelaide 6

Assalamualaikum,

Hari ni dah hari terakhir di Adelaide. Sedihnya dah nak habis holiday kat sini. Seronok duduk sini, sejuknyaaaaa. Hari ni kami ke Glenelg, pantai di Adelaide. Kami ke Glenelg menaiki tram, tapi ke Glenelg ni, kena bayar tambang. Tambang ke Glenelg dalam AUD 3.20 untuk dewasa dan untuk kanak-kanak AUD 1 ++. Setelah 6 hari kat sini, hari ni baru merasa nak naik tram. Sebelum ni banyak travel naik bas je.

Kakak dan Tok dalam tram
Mesin tiket dalam tram
Nak ke Glenelg kena tukar tram, dari tram free, kena turun dan naik tram ke Glenelg. Tapi stesennya dekat je. Perjalanan ke Glenelg mengambil masa dalam 30 minit dari Adelaide. Glenelg ni cantik, pantainya bersih je. Masa musim sejuk ni, angin pun kuat, so memang rasa sejuk sangat masa kat tepi pantai ni.

Glenelg
Bestnya angin
My heart and soul
Banyak burung seagull kat sini
Makan fish n chip
Lepas penat berposing kat tepi pantai, kitorang lepak makan fish n chip kat sini. Syoknya makan fish and chip panas-panas ni. Cuaca pulak sejuk. Lepas kenyang kitorang naik tram balik ke Adelaide. Plan seterusnya nak ke Botanic Garden, tapi bila sampai Adelaide hujan pulak. So, terpaksa la cancel.

Kami di Adelaide selama 6 hari. Hari ke 7 dah balik, so, hari ke 7 tu di airport je. Walaupun tak banyak sangat tempat byang kami dapat pergi, tapi percutian kali ni memang best. Suasana Adelaide yang tenang dan damai memang dapat hilangkan stress. Konsep percutian kami, tak kisah kalau tak dapat nak explore banyak tempat menarik, yang penting, relax, santai dan semua happy. Di Adelaide, sehari kami hanya melawat satu tempat sahaja, maklum la, travel dengan anak-anak kecil, agak susah nak rushing ke sana-sini. Tapi memang seronok bila tengok anak-anak seronok di sini. Kali ni dapat juga bawa mama sekali bercuti. Mama pun enjoy dengan percutian ni. Alhamdullullah, banayk pahala kalau dapat gembirakan hati seorang ibu, kan? In sya Allah, lepas ni akan rancang percutian ke tempat lain pulak.
Sunday, 6 July 2014

Bercuti Ke Adelaide 5

Asssalamualaikum,

Bercinta betul nak menghabiskan entri bercuti ke Adelaide ni. Nak kena cari mood baru boleh nak bercerita pasal holiday ni. Ok, sekarang dah hari ke 5 di Adelaide. Hari ni agak menyedihkan juga sebab terpaksa cancel plan nak ke Victor Harbour. Semua dah bangun dan bersiap awal-awal tapi bila nak keluar rumah je, hujan rupanya. Terpaksa cancel nak naik bas pukul 9, so tunggu la kalau sempat nak naik bas pukul 12, tapi hujan masih turun lagi. Oleh sebab ada barang dapur yang dah habis, saya dan husband ke Central Market dulu beli barang dapur, beli daging, ayam, dan buah sikit. Masa balik dari Central Market, hujan still tak berhenti lagi. Nampak gayanya, memang tak pergi la ke Victor harbour. Tukarlah plan, kita ke Hahndorf je lah. Sebenarnya, Hahndorf ni back up plan je, tapi bila dah sampai Hahndorf, tak menyesal naik bas ke sini, cantik sungguh perkampungan German ni. Semuanya bangunan lama-lama, rasa macam duduk kat ceruk kampung pulak. Hahndorf terletak di Adelaide Hills, cuaca masa ni memang sejuk, hujan pun renyai-renyai lagi. Nak ke Hahndorf, boleh naik bas Adelaide metro nombor 864 dan turun di stop 54 atau 55. Banyak gambar ambil kat sini, suka tengok bangunan dan pemandangan kat sini.

Bangunan lama di Hahndorf
Kedai Pizza
Nampak klasik gambar ni
Nak makan tapi tak jadi
Cantik gambar-gambar kat sini. Kitorang spend lebih kurang dua jam kat sini. Jalan-jalan dan masuk beberapa kedai souvinir. Bangunan kat sini semuanya dah jadi kedai, hotel ataupun restoran. Semua bangunan kat sini memang bangunan asal. Hanya dibaiki sahaja. Ia adalah perkampungan German pada zaman perang dahulu. Uniknya Hahndorf ni adalah rekaan bangunan yang bercirikan German dan unik. Juga deretan pokok-pokok elm yang menghiasi jalan di Hahndorf ni. Seronok pulak jalan-jalan kat sini, macam duduk kat kampung. Pukul 4 lebih, kitorang tunggu bas untuk balik ke Adelaide. Tak lama naik bas, setengah jam je dah boleh sampai.