Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Monday, 23 December 2013

Bercuti di Krabi - Day 3

Dah hari ke tiga dah pun kat Krabi ni. Apasal la cepat sangat masa berlalu. Hari ni adalah hari terakhir nak enjoy kat Krabi ni sebab esok dah nak balik, flight pagi pulak tu. Huhuhu....

Hari ni la paling best kat Krabi ni, nak pergi island hopping...hehehe. Mula-mula ingatkan tak boleh pergi dah island hopping ni sebab ada baby kan. Semalam husband tanya dengan tour yang kitorang ambil ni, dia kata boleh je, tak cas pun. Speed boat dia pun besar.So, seronok la sebab boleh ikut sekali. Untuk tour ni kitorang ambil tour ke Phi Phi Island, dapat 6100 baht untuk group kitorang ni. Pagi-pagi lagi dah tunggu kat lobby hotel, diorang pick-up dalam 8.30 pg. Kena pergi kedai diorang dulu, nak isi insurans katanya. Dari kedai diorang tu, kena jalan kaki ke pantai Ao nang nak naik speed boat, dekat je pun.


Sebelum naik speed boat ni, ada la briefing sikit, tak dengar sangat pun apa dia cakap. Pasal safety la kot, antaranya, tak boleh berdiri masa bot tengah jalan. Takut terjatuh kot. So, bila naik bot kena duduk je ye. Speed boat kami ni ramai pulak mat saleh, group kitorang je yang melayu dan ada lagi satu couple dari Malaysia juga. Yang lain tu rasanya ada dengar cakap Spain, cakap Russia pun ada, tapi semua mat saleh la.


First sekali speed boat ni stop kat Bamboo Island....nampak tak air dia...cantik kan? Memang cantik, air pun sejuk je, pantai pun putih bersih, indah sungguh alam kurniaan Allah ni. Memang best sangat mandi kat sini tapi sekejap sangat tour guide ni bagi masa kat sini, 45 minit je. Nak posing lagi, nak mandi lagi, nak kejar anak lagi.......tak pe lah. So, guna la masa dengan berhemah. Kat sini, posing-posing pas tu mandi manda.....budak-budak sibuk nak buat sand castle.


Selepas mandi manda ni, naik bot lagi. Tengok air laut dan pemandangan yang cantik-cantik. Tengok gambar je lah.

Ini adalah Viking cave. Cantiknya air dia, dulu boleh berkayak dalam gua ni, tapi sekarang dah jadi private property, boleh tengok je la.


Ni la antara gambar-gambar pemandangan indah yang di snap oleh encik hubby dengan kamera Lumixnya. Memang awesome pemandangannya, air jernih sangat, memang boleh nampak ikan. Kat sini, speed boat cuma lalu slow-slow bagi tengok pemandangan indah ni.
Next stop adalah tempat yang di tunggu-tunggu, Maya Bay. Maya Bay ni adalah tempat shooting cerita 'The Beach' lakonan Leornardo Dicaprio. Sebenarnya teringin sangat nak pergi Krabi ni lepas tengok ceria 'The Beach' ni la.

Cantik betul Maya Bay ni. Banyak sangat bot kat pantai sampai susah nak dapat view cantik. Tourist dari Phuket pun tour kat pulau-pulau ni juga. Dari Phuket lama sikit naik bot, 1 jam setengah rasanya. Dari Krabi 1 jam je. Lepak kat Maya Bay ni dalam 40 minit je, nak mandi pun susah so main air je la. Ramai sangat orang, tempat femes, nak buat camana kan. Lepas Maya Bay ni, kitorang di bawa ke Phi Phi Don pulak, untuk lunch, bagus la, dah lapar ni.

Tak banyak gambar kat Phi phi island ni, photographer penat kot. Kat kamera adik banyak la. Makanan waktu lunch memang halal, sedap dan memang kitorang makan banyak-banyak. Sebab lepas ni nak naik bot lagi kan. Kat sini lepak dalam 1 jam 45 minit jugak, sempat jugak mandi manda kat sini. Lepas ni aktiviti snorkeling pulak.


Snorkelling ni kat Monkey Bay. Husband yang tak pandai swimming pun nak try snorkelling dan memang di alu-alukan oleh isterinya ni. Mula-mula husband tak nak tapi setelah dipujuk oleh adik ipar, dia pun ok. Sekejap je husband turun tapi bagus la sebab dia nak juga mencuba. Snorkelling ni ada dua tempat. Kat Monkey Bay ni kiranya air tak dalam sangat sebab dekat dengan pantai, satu lagi tempat kat tengah laut, beberapa kilometer dari Bamboo Island.

Ini tempat snorkelling kat laut dalam, belakang tu Bamboo Island. Masa ni semua dah penat.On the way balik ke pantai Ao nang, anak-anak semua dah tertido. Penat-penat pun, sampai hotel diorang terjun swimming pool lagi. Tamatlah waktu enjoy kat Krabi ni, esok dah nak balik Malaysia, flight pukul 8.25 pg. Memang seronok bercuti ke Krabi ni. Pemandangan cantik, makanan pun best. Rasa macam tak puas 4 hari 3 malam kat sini. In sha Allah, kalau ada rezeki, nak datang lagi. Husband pun rasa yang sama, best pulak pergi Krabi ni, dia pun nak datang lagi. Harap-harap Allah murahkan rezeki. Amin.

0 comments:

Post a Comment