Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Monday, 22 December 2014

Teh Pudina a.k.a Mint Tea

Assalamualaikum,

Hujan tengah turun ni, cuaca sangat sejuk. Bayangkan kalau tengah cuaca sejuk ni, kita tengah minum teh pudina panas-panas. Nikmatnya, memang awesome sangat rasanya. Senang je nak buat teh pudina ni, Bancuh teh seteko, letak lah beberapa helai daun pudina. Saya selalu letak dalam 7 - 10 helai daun pudina dalam seteko air teh panas. Kalau suka rasa pudina yang lebih kuat, boleh tambah lagi bilangan daun pudina tu. Antara khasiat daun pudina ni ialah untuk buang angin dalam badan. Saya perasan sebab setiap kali saya minum teh pudina atau minum jus pudina, saya mesti buang angin. Badan pun rasa lega. Sebenarnya banyak lagi khasiat daun pudina ni. In sya Allah, nanti saya buat entry pasal daun pudina ni ye.

Mint tea and mint leaves

Jus Epal Hijau dan Daun Pudina

Assalamualaikum,

Sejak cuti sekolah ni, saya berminat pulak nak tanam pokok-pokok herba. Ada la beli beberapa pokok herba masa jalan-jalan kat SACC Mall tempoh hari. Antara yang dibeli ialah pokok pudina. Saya ni memang suka dengan daun pudina, buat ulam, buat jus, memang sedap. Sejak dah ada pokok ni, rajin juga saya buat jus daun pudina. Hari ni saya nak share cara nak buat jus epal hijau dan daun pudina.

Bahan-bahan:

20 helai daun pudina
1 biji epal
500 ml air
Gula

Caranya:
Kisar semuanya di dalam blender. (Kecuali gula).

Dapat la dalam 3/4 jug besar. Kalau nak sedap lagi, boleh la tambah ais tapi saya tak tambah ais sebab tak suka sangat minum ais. Saya letak je dalam peti sejuk, lepas tu boleh minum dengan nikmatnya. Alhamdullillah.




Resepi Sup Cendawan

Assalamualaikum,

Sejuknya petang ni, memang musim hujan sekarang ni. Hujan-hujan ni, sedapnya kalau dapat makan sup panas-panas. Favourite family saya sekarang ni ialah sup cendawan dan roti bawang putih atau kot english nya, mushroom soup and garlic bread. Dah lama saya simpan resepi ni, tak sempat nak buat. Dah cuti sekolah ni, baru la teringat nak buat. Resepinya simple je, saya pun tak ikut betul2 resepi yang saya dapat tu, saya olah sendiri ikut selera saya. Alhamdullillah, suami dan anak-anak memang suka dengan sup cendawan ni.

Resepi Sup Cendawan

200g cendawan butang 
1 labu bawang besar (cincang halus)
1 kiub ayam Knorr
1/2 cawan air
1 sudu besar tepung gandum
600 ml susu segar
2 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak zaitun
Garam secukup rasa

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak zaitun dan mentega
2. Tumis bawang besar hingga naik bau.
3. Separuh cendawan dikisar, separuh lagi potong kecil-kecil.
4. Masukkan cendawan yang dikisar tadi ke dalam bawang yang sedang ditumis.
5. Masukkan air dan tepung gandum. Masukkan kiub ayam yang telah dihancurkan. Biar sebentar.
6. Masukkan cendawan yang dipotong pula. Biarkan hingga mendidih.
7. Selepas itu, tambahkan susu, biar hingga masak. 

Kepekatan sup ini boleh la ikut kehendak masing-masing. Kalau suka cair, boleh tambahkan air. Saya suka sup yang pekat, jadi saya lebihkan cendawan yang dikisar dan juga susu.

Saya suka guna brown button mushroom ni, memang sedap.
Sedapnya bau bila dah letak cendawan
Yummy....

Friday, 19 December 2014

Kabinet Dapur Baru

Assalamualaikum,

Dah lama nak update pasal kabinet dapur ni tapi mood tak de. So, hari ni macam rajin sikit, so, jom la kita update cerita2 yang dah lama simpan ni. Dah lama niat nak buat kitchen cabinet ni tapi biasa la, kena la tunggu fulus ada dulu, baru boleh buat. Alhamdullillah, ada rezeki sikit hari tu, dapat la tunaikan impian terpendam selama setahun juga ni. Kenapa setahun je....???? Sebenarnya, saya dah ada kabinet dapur, buat sejak pindah rumah 6 tahun yang dulu. Last year, kitorang decide nak extend dapur, tapi duit cuma cukup untuk extend je, tapi tak cukup untuk nak buat kabinet baru. So, tahun ni baru boleh nak buat kabinet baru.

Table top untuk dapur ni, saya upah indon je buat. 8 kaki X 8.5 kaki X 8 kaki , bentuk U, kosnya adalah RM4000. Agak mahal tapi sebenarnya, ini bukan kos table top sahaja, macam-macam kerja kitorang suruh indon ni buat, piping, wiring, pasang sinki, pasang dapur dan ada la lagi kerja-kerja lain. So, bagi saya RM4000 ni kira berpatutan.

Untuk buat pintu kabinet dan tall unit, saya survey dalam google untuk cari dan compare harga. Senang juga guna internet ni, malas nak keluar cari kat kedai-kedai luar. Dari internet, saya terus contact in-charge person dan bagi ukuran untuk quotation. So, dalam beberapa minit diorang boleh bagi price. Saya buat comparison dengan 3 company, dan saya pilih yang termurah dan saya review juga testimonial dalam blog dia. Kerja kemas, cantik, tengok gambar pun puas hati. So, saya terus contact dengan 1 company ni dan confirm terus nak buat dengan dia. In charge person yang saya berurusan ni namanya En. Jamal. Boleh tengok website company ni , http://cabinetkitchen2020.blogspot.com/ .

En. Jamal ni bagus orangnya, semua pertanyaan saya di balas, so senang la saya nak buat bajet. Anggaran harga yang diberi oleh En. Jamal untuk kabinet dapur saya yang berbentuk U ialah RM3900 dan untuk tall unit yang berukuran 7.5 kaki panjang X 9 kaki tinggi lebih kurang RM2980. Anggaran ni untuk material  3g.

Lepas dah confirm pilih company ni, saya pun arrange appointment dengan En Jamal ni untuk datang buat ukuran. En Jamal ni datang tepat betul, janji pukul 10, lebih kurang pukul 10 gak dia sampai. Lepas dah ukur dan dapat harga sebenar, so saya dan husband discuss untuk finalize kan material kabinet dapur kitorang ni. At the end, kitorang decide, untuk dapur kat belakang yang bentuk U tu, kitorang buat melamine sahaja. Kabinet tall unit je buat dengan material 3g. Kos untuk kabinet ni En Jamal bagi RM6100 ++, tapi lepas tu dia bagi diskaun dan genapkan RM6000 sahaja. Dapat 1 free gift lagi, dish rack....hehehe. Overall, saya puas hati dengan servis En Jamal ni. Kabinet yang di pasang memang kemas dan cantik. Happy sangat.

Baru siap table top

Bentuk U
dah siap
Dapur gas (kiri) dan dapur elektrik
Oven pun siap dipasang
Tall unit


Pokok Rose Begonia

Assalamualaikum,

Fuhhhh....lama betul tak update blog ni. Tak tau la kenapa, kalau ikutkan tgh cuti sekolah ni, sepatutnya rajin la nak mengupdate, tapi hati ni rasa nak spend time dengan anak2 je. Seronok dapat jaga anak2 sendiri, masak untuk anak-anak, main dengan anak-anak........rasa macam nak berhenti kerja je......huhuhu.

Kali ni nak cerita pasal bunga, pokok begonia rose ni baru je dibeli kat nursery di sg buluh. Tak de plan pun nak beli pokok ni, tapi bila nampak cantik sangat bunga dia, terus teringin nak beli. Saja je nak mengisi masa time cuti sekolah ni, selain dapat spend time dgn anak-anak, ingat nak test bakat berkebun pulak....hehehe. Penjual bunga kat nursery tu cakap, pokok ni senang je nak jaga, letak kat tempat teduh yg boleh kena matahari sekejap. Tak boleh kena panas terik, nanti bunga dan daun boleh melecur, pas tu mati. Ok, macam senang je nak jaga kan. Baja letak 1 kali setiap 2 minggu, Siram pun, tak payah banyak sangat air. Secawan sehari dah cukup. Kalau musim panas, boleh lebihkan air.

Dah hampir seminggu jaga pokok ni, alhamdullillah, nampak macam positif je. Pokoknya makin banyak berbunga. Happy juga.....bukan apa, kadang-kadang beli pokok kat nursery, belum seminggu pun boleh mati......dah banyak dah pokok yang dibeli dulu mati je. Sedih sangat, Kali ni, lepas beli pokok begonia rose ni, terus google cara nak jaga dia. Lebih kurang sama je la macam penjual bunga kat nursery tu cakap. Harap-harap pokok ni terus sihat dan berbunga. Memang seronok rupanya tanam bunga ni, bangun pagi-pagi, terus tengok pokok bunga kat luar. Rasa tenang je kat hati ni, happy je tengok bunganya makin lebat. Betul la apa yang mama pernah cakap, bila tanam pokok ni, sebenarnya salah satu cara untuk hilangkan stress sebab pokok-pokok ni, dapat memberi ketenangan. Boleh lupa masalah sekejap.

Lepas ni, nak buat mini garden kat depan rumah ni, nak cari juga pokok-pokok lain untuk nak tanam, nak bagi cantik, warna-warni dan biar dapat tenangkan hati kalau tengok halaman rumah ni. Jom tengok bunga begonia rose ni. First time nak try tanam, saya beli begonia rose berwarna merah. Cantik betul bila snap gambar.

Rose begonia
Pokok kecik je, tapi bunganya banyak
Love the colour......beautiful