Sejuknya petang ni, memang musim hujan sekarang ni. Hujan-hujan ni, sedapnya kalau dapat makan sup panas-panas. Favourite family saya sekarang ni ialah sup cendawan dan roti bawang putih atau kot english nya, mushroom soup and garlic bread. Dah lama saya simpan resepi ni, tak sempat nak buat. Dah cuti sekolah ni, baru la teringat nak buat. Resepinya simple je, saya pun tak ikut betul2 resepi yang saya dapat tu, saya olah sendiri ikut selera saya. Alhamdullillah, suami dan anak-anak memang suka dengan sup cendawan ni.
Resepi Sup Cendawan
200g cendawan butang
1 labu bawang besar (cincang halus)
1 kiub ayam Knorr
1/2 cawan air
1 sudu besar tepung gandum
600 ml susu segar
2 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak zaitun
Garam secukup rasa
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak zaitun dan mentega
2. Tumis bawang besar hingga naik bau.
3. Separuh cendawan dikisar, separuh lagi potong kecil-kecil.
4. Masukkan cendawan yang dikisar tadi ke dalam bawang yang sedang ditumis.
5. Masukkan air dan tepung gandum. Masukkan kiub ayam yang telah dihancurkan. Biar sebentar.
6. Masukkan cendawan yang dipotong pula. Biarkan hingga mendidih.
7. Selepas itu, tambahkan susu, biar hingga masak.
Kepekatan sup ini boleh la ikut kehendak masing-masing. Kalau suka cair, boleh tambahkan air. Saya suka sup yang pekat, jadi saya lebihkan cendawan yang dikisar dan juga susu.
Saya suka guna brown button mushroom ni, memang sedap. |
Sedapnya bau bila dah letak cendawan |
Yummy.... |
0 comments:
Post a Comment