Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Saturday, 22 February 2014

Restoran Asian Cibo Kelana Jaya

Assalamualaikum,



Hari tu dah review pasal restoran Asian Cibo Cyberjaya, kali ni pasal Asian Cibo juga, tapi yang ni branch Kelana Jaya pulak.Restoran ni terletak di Jalan ss6/5A, Dataran Glomac, Kelana Jaya. Menunya sama sebab beli kat Groupon tapi bila datang kat restoran ni, presentation dia lagi best plak. Menu ayam tu siap letak dalam buah nenas lagi sebab nama menu tu 'Pineapple Chicken'. Rasanya pun, kat sini lebih sedap berbanding yang kat Cyberjaya. Lagi satu yang pelik, kalau kat Cyberjaya hari tu, udangnya cuma 5 ekor je, tapi kat sini sampai 15 ekor pulak, terkejut juga kenapa berbeza sangat.Padahal, menunya sama je. Jom tengok gambar2 foods yang menggiurkan ni.

 Deep Fried Squid RM24.90

 Pineapple chicken RM24.90

 Chinese cabbage with mushroom RM18.90

 Bean curd with luffa RM18.90

Sauteed prawn RM39.90

Antara menu-menu lain yang ada kat sini.





Restoran Asian Cibo Cyberjaya

Assalamualaikum,

Jom crita pasal makan pulak. Kali ni jauh jugak pergi makan, sampai kat cyberjaya. Sebenarnya, dah beli voucher ni kat Groupon, RM68 untuk 5 orang. Menu pulak macam best sebab ada udang, so saja la beli sebab nak try makan kat sini, best ke tak. Kebetulan hari tu ada kenduri kat Puchong dan Kajang, dari kajang terus ke Cyberjaya, nak makan malam terus kat restoran Asian Cibo ni. Abang dgn kakak ipar pun ada, adik bongsu pun ada, so, rasanya cukup la untuk 5 orang ni kan.


Restoran ni terletak kat The Street Mall, Cyberjaya. Tak la susah sangat nak cari, pakai GPS je boleh jumpa, cuma memang agak jauh juga dari Shah Alam. Sehari sebelum tu dah kena booking, so kitorang booking untuk dinner pukul 6 petang. Tapi, sampai terlewat sikit, pukul 6.25 rasanya baru sampai. Macam biasa lah, bila dah booking pakai groupon ni, bagi je voucher kat dia, so dia tahu la nak hidang apa kan. Tapi dalam pakej tu tak de nasi rupanya, so, just order nasi dan air je la. Bila tengok menu, agak mahal juga price makanan kat sini.



Pakej untuk 5 orang ni ada 4 course meal. Bagi saya yang paling sedap ialah menu udang tu, tak tau la apa namanya tapi memang sedap. Yang nampak macam pedas sikit tu ayam, sedap juga, rasanya banyak serai dalam resepi tu sebab memang terasa ada serai, So, air dia kebanyakannya yang biasa je, ada fresh juice dan ada juga air special, dan dalam air tu mesti diletak serai, so sedap juga rasanya. So, overall, makanan kat sini, dalam 4 bintang la, sebab sedap tapi agak mahal juga. Tak tau la nak datang lagi ke tak.
Monday, 17 February 2014

Zafar dah 1 tahun 4 bulan

Assalamualaikum,

Dah lama tak bercerita pasal baby yang sorang ni. Sekarang Zafar dah 1 tahun 4 bulan dan dah pandai banyak songeh dengan ibu. Paling best, pandai merajuk tau. Bila nangis tu, kalau ibu nak pujuk, siap jalan mengundur ke belakang, konon-konon merajuk sangat dengan ibu. Ibu lagi la suka mengusik, kadang-kadang ibu tak pujuk pun, lagi kuat Zafar nangis.

Berlari pun dah laju, naik tangga sekarang laju je sampai atas. Tapi hari tu, terbabas pulak, luka sikit kat bibir. Naik tangga nak pegi cari ayah kat atas, ibu pulak tengah masak kat dapur. Sorry la sayang, tak perasan bila pulak anak ibu dah naik tangga. Sejak hari tu, kalau tak nampak Zafar, terus kena pergi kat tangga, kot-kot dah naik tangga.

Zafar sekarang suka main bola. Bagi je bola, dia dah pandai sepak bola. Seronok sangat kalau kakak-kakak dia main bola dengan dia. Lagi best kalau ayah yang main bola dengan dia, seronok sangat kalau ayah yang layan dia. Ye la, anak lelaki, mesti la nak main bola dengan ayah. Dengan ibu nak main kiss kiss aje....hehehe. Alhamdullillah, Zafar membesar dengan baik dan sihat. Ibu sentiasa doakan anak-anak ibu happy dan sihat. Seronok bila tengok anak-anak happy dan sihat.


Sunday, 16 February 2014

Resepi Puding Nestum Susu

Assalamualikum,
Mood nak memuding datang lagi. Lagi la di musim panas terik, alangkah nikmatnya bila dapat menikmati puding sejuk. So, saya pun buka la buku resepi, nak cari resepi yang sedap nak di makan di musim panas ni. Teringat satu puding ni yang saya pernah buat, memang sedap tapi saya nak olah sikit dan jadikan resepi baru. Terfikir juga, bahan apa yang ada kat dapur yang boleh saya guna. Bila pergi kat rak di belakang, terjumpa la tupperware nestum, so saya pun otter la sikit resepi ni dan saya jadikan puding baru dengan menambah bahan baru ni iaitu nestum. Memang sedap puding ni, anak-anak memang suka sangat, lebih2 lagi si Qisya, boleh di katakan puding ni memang favourite dia. Kalau buat puding ni, Qisya siap tunggu kat dapur, asyik tanya je bila boleh makan. Bila dah letak dalam peti ais, nanti dia tanya lagi bila boleh makan, asyik buka pintu peti ais je.Suka betul si Qisya dengan puding ni. Oleh sebab dah jadi favourite anak-anak, memang kerap la say buat resepi ni.



Puding Nestum Susu

Bahan-Bahan:
10 g agar-agar serbuk
4 cawan air
3/4 cawan gula pasir
1 tin susu Ideal
1 cawan nestum

Cara-caranya:
1. Masak air, agar-agar dan gula pasir hingga mendidih.
2. Kemudian masukkan susu Ideal, kacau sebati dan biarkan hingga mendidih sedikit.
3. Tutup api dan tuangkan separuh adunan ke dalam mangkuk. Biarkan separuh adunan lagi di dalam periuk dan buka api perlahan. Campurkan 1 cawan nestum ke dalam adunan yang masih di dalam periuk, masak lebih kurang 5 minit.
6. Sejukkan adunan yang telah dituang di dalam mangkuk tadi.
7. Bila adunan di dalam mangkuk telah hampir sejuk, tuang adunan nestum tadi perlahan-lahan. Dengan cara ini, nestum tidak akan mendak ke bahagian bawah.
8. Sejukkan dalam peti ais. Boleh la dihidangkan.
Friday, 14 February 2014

Purse Braun Buffel

Assalamualaikum,

Hari ni nak cerita pasal purse yang baru je di sambar di Aeon Bukit Tinggi hari tu. Sebenarnya dah lama nak cari purse baru ni sebab purse lama ni memang dah tak de rupa purse dah. Purse lama ni pun murah je cuma tempat beli purse tu je yang jauh. Purse lama tu beli kat Fremantle, masa pergi holiday ke Perth dua tahun lepas. Harga pun AUD 10 je, kiranya dalam RM30 la duit kita. Biasa la, dah dua tahun, dah boring la pulak, lagi pun purse ni pun dah start koyak, ada je alasan nak beli yang baru.

Jalan-jalan kat Aeon Bukit Tinggi hari tu, lalu la depan butik Braun Buffel ni. Sebenarnya dah lama teringin nak masuk butik ni tapi tak berani la pulak sebab memang dah tahu brand Braun Buffel ni memang mahal. Kebetulan masa tu ada la duit sikit, ada rezeki la jugak awal-awal tahun ni, so langkah la juga masuk ke butik Braun Buffel ni. Ada ramai juga orang masa tu kat situ, jadi tak la segan sangat. Belek-belek handbag, bila tengok harga, 4 angka tuuuuu...............bila la nak merasa pakai handbag dia. Lepas tu, balik la ke tujuan asal masuk ke sini, nak cari purse. Banyak juga yang diambil, buka dan tengok, at last berkenan juga dengan satu design ni, cuma kalernya la pulak tak berapa nak berkenan. Tanya dengan sales girl yang tengah bungkus handbag untuk customer lain tu, ada kaler lain tak. Dia cakap, ada...... design tu ada kaler purple, marroon dengan beige. Terus minta nak tengok kaler marroon punya. Sales assistant yang lelaki tolong ambilkan. Belek punya belek, memang confirm berkenan, terus ambil la. Berkenan sebab lembut, pas tu banyak compartment boleh letak kad dan bahagian letak duit pun ada banyak. Nak letak kad PM care ada 4, My Kid anak je dah 3, kad-kad shopping lagi, kad bank lagi, sebab tu kena cari purse yang banyak compartment. Tengok harga pun, ok la juga, walau pun memang mahal, tapi Braun Buffel ni memang dah terkenal dengan high quality dan produknya memang full leather. Ini la first time nak pakai purse mahal, so memang sangat happy lepas beli purse ni.

Sukeeee....

Purse ni trifolded type

Bahagian dalam

Satu lagi bahagian dalam

Ada dua butang

Brand ditulis di bahagian dalam

 Paper bag

Kotak purse

Bercuti di Lost World Of Tambun

Assalamualaikum,

Sebenarnya dah beberapa hari lagi dok plan nak buat entry ni, tapi asyik tertangguh je sebab banyak kerja lain yang perlu dibereskan dulu. Walau pun banyak kerja lain, setiap petang Jumaat adalah petang yang sangat indah sebab secara automatik kepala ni dah teringat hari Sabtu.....cutiiiiii...................so, boleh la menaip dengan aman tanpa dok pikir kerja lain.

Cuti raya cina yang lepas, sebenarnya plan nak balik Alor Setar, so plannya macam ni, balik Alor Setar dari Jumaat sampai Isnin, Isnin bertolak ke Ipoh awal-awal pagi sebab nak bawa anak-anak enjoy kat Lost World Of Tambun. Tiba-tiba..................dapat satu call dari mak sedara sepupu (sepupu abahku), jemput ke kenduri wedding anak dia dan kenduri tu pada hari Ahad, terus kena cancel balik Alor Setar.........huhuhuhuhuuuuuuuuuu. But, plan nak pergi Lost World Of Tambun tetap on sebab dah beli kat Groupon dan dah call hotel untuk confirm. Beli voucher kat Groupon dengan harga RM235 untuk stay 2 hari 1 malam dan masuk dalam theme park sekali, all in sampai malam tau dengan night hot spring sekali. Best kan.

Bertolak pukul 9 pagi dari rumah dan sampai ke hotel dalam pukul 11.50 pagi. Laju juga en. hubby bawa kereta ni walau pun aku memantau sepanjang masa.............hehehe. Masuk untuk check-in dulu tapi bilik tak ready lagi. Tak pe, kitorang dh plan nak masuk theme park dulu, pas tu petang skit baru ambik kunci. Ramai juga orang, may b sebab cuti raya cina bersambung lagi kot (sama la mcm kitorang). Sampai kat depan theme park tu, posing-posing skit...pas tu masuk la dalam. Pergi je kat kaunter Online Purchase, bagi je kertas putih yang hotel bagi tadi, terus la dapat gelang putih untuk masuk theme park tu.

Masuk dalam, husband pergi cari locker dulu, kena bayar RM10  untuk sewa locker ni, nk simpan brg2 berharga senang skit, tak payah nk usung sana-sini. Lepas dh dapat locker, bergilir-gilir la pulak gi tukar baju. Anak-anak ni dh bulat mata tengok orang dok mandi......sabar ye, kita tukar baju dulu. Lepas tukar baju je, apa lagi............kebushhhhhh......lompat dalam air la. Memang seronok betul anak-anak dapat main air. Si kecik Zafar ni pu, excited betul, tak takut langsung, semua dia nk try. Kakak-kakak naik slide, dia pun nak naik. Ayah cakap, bagus...bagus.....budak lelaki biar berani, jangan takut-takut. Jom tengok betapa seronoknya anak-anak  dapat main air.

 Happynyaaaa....dah sampai

 Ibu pun happy

 Sexy boy....

 Sapphira baby pool

 Tempat plg best utk budak2

Qisya excited

And slide again and again and again

Ni la kenikmatan main air, lebih kurang pukul 5 tu, ajak anak-anak tukar baju, macam-macam alasan diorang bagi sebab tak nak stop main air. At last, cakap la nak gi tengok tiger, baru la diorang nak gerak. Lepas tukar baju, kitorang pergi ke Petting Zoo pulak. Seronok juga masuk Petting Zoo ni, boleh pergi dekat-dekat dan sentuh binatang-binatang kat dalam ni.

Depan Petting Zoo

Hai Mr bird

Kat bird park

Tengok rusa

cutie-cutie

Kat dalam Petting Zoo ni tak sempat tengok semua sebab masa jalan-jalan tu, dah tutup pulak. Diorang tutup pukul 6. Nak tangkap gambar dengan parrot bpun dah tak boleh...huhuhu. Lepas tu kitorang jalan-jalan je la, posing-posing sekitar situ je. Nak tengok tiger kat Tiger Valley pun dah tutup...tak pe lah anak-anak, ada rezeki nanti, kita datang lagi.

Swan Lake

Dah habis jalan-jalan, kitorang pun gerak la nak balik hotel. Semua dah penat, tinggal nak landing je ni. Plan asal nak masuk balik ke hot spring tapi rasanya badan dah tak larat ni. Lagi pun waktu last kalau nak re-enter pukul 4.30 ptg tadi. Malam ni cari dinner, pas tu tidur je la jawabnya.



So, this is the story of our short holiday to Tambun. Walaupun 1 malam je, kitorang tetap enjoy, yang penting hati anak-anak terhibur.

Monday, 10 February 2014

Spa Citra Sari 2

Assalamualikum,


Sekali sekala memang best dapat pergi spa. Ada beberapa spa yang dah saya try, dan agak susah juga nak cari spa yang betul-betul boleh memuaskan hati kita. Last week, saya peri ke Citra Sari Spa. Saya memang suka survey spa-spa ni. Paling senang survey kat Groupon, cari offer-offer yang murah-murah. Saya jumpa deal spa citra sari ni dengan harga RM78 untuk spa treatment selama dua jam setengah. So, beli voucher kat Groupon dan call diorang untuk buat appointment. 3 kali gak adjust appointment ni sebab ada je penyebab tak boleh nak pergi. Akhirnya dapat juga pergi last weekend.

Appointment pukul 4, tapi sebab ada hal kat kampung, saya sampai lewat 20 minit. Bila sampai je, bagitau je ada appointment pukul 4, terus dia bagi selipar suruh masuk dalam dan tukar baju. Bermulalah body massage yang bagi saya agak best dan berpuas hati. Sebelum ni pernah pergi massage kat satu spa ni, sampai sakit badan ni. Tapi kali ni memang best dan sangat relaxing. Gaya massage nye pun memang orang yang dah terlatih la untuk mengurut. Lupa plak, pakej saya ambil ni namanya Royal Malay Massage Package. Body massage ni selama satu jam. Hampir tertidur juga masa tengah mengurut ni. Lepas tu, body saya yang tak berapa besar ni (hehehe)..... di sapu dengan body mask dan body scrub yang terdiri daripada campuran halia, lengkuas, serai dan ada lagi herba yang saya tak ingat. Habis la satu badan ni digosok-gosok, habis la daki untuk beberapa tahun ni dah keluar agaknya. Lepas habis disapu, saya dibalut dengan tuala dan ditinggalkan dalam 20 minit juga, lepas tu rasa panas je tapi saya enjoy sebab panas ni panas yang nyaman...(betul ke ayat ni).

Lepas 20 minit, tukang urut saya, berbangsa Filipina rupanya dia, suruh saya keluar ke bilik mandi untuk herbal bath. Ini la yang saya tunggu-tunggu, bestnya dapat berendam dengan herba-herba ni. Walaupun agak panas mula-muloa, lepas tu ok je. Kena tahan la skit sebab herba kan, mesti panas punya, baru ada kesan.
Masseur saya bagitau berendam 30 minit, lepas tu masuk bilik mandi sebelah lagi untuk shower. So, masa berendam tu, saya gosok-gosok la badan skit (sebab tak tau nak buat apa kan)........bila dah cukup 30 minit, masseur tadi ketuk pintu dan saya pun terus bangun untuk pergi shower.

Lepas shower, tukar baju dan call husband suruh datang. Overall, saya memang suka la treatment kat sini dan memang teringin nak datang lagi. Malam tu tidur, memang rasa ringan je badan. Syok juga sekali-sekala manjakan badan ni. Lepas habis treatment ni, saya dijamu dengan air limau nipis, selalunya air limau nipis ni unutk membunag toksin dalam badan kalau lepas mengurut ni. Alhamdullillah, memang confirm nak datang lagi.
 Air limau nipis

 Pintu masuk ke tempat massage

 Senarai menu dan harga