Sebenarnya dah beberapa hari lagi dok plan nak buat entry ni, tapi asyik tertangguh je sebab banyak kerja lain yang perlu dibereskan dulu. Walau pun banyak kerja lain, setiap petang Jumaat adalah petang yang sangat indah sebab secara automatik kepala ni dah teringat hari Sabtu.....cutiiiiii...................so, boleh la menaip dengan aman tanpa dok pikir kerja lain.
Cuti raya cina yang lepas, sebenarnya plan nak balik Alor Setar, so plannya macam ni, balik Alor Setar dari Jumaat sampai Isnin, Isnin bertolak ke Ipoh awal-awal pagi sebab nak bawa anak-anak enjoy kat Lost World Of Tambun. Tiba-tiba..................dapat satu call dari mak sedara sepupu (sepupu abahku), jemput ke kenduri wedding anak dia dan kenduri tu pada hari Ahad, terus kena cancel balik Alor Setar.........huhuhuhuhuuuuuuuuuu. But, plan nak pergi Lost World Of Tambun tetap on sebab dah beli kat Groupon dan dah call hotel untuk confirm. Beli voucher kat Groupon dengan harga RM235 untuk stay 2 hari 1 malam dan masuk dalam theme park sekali, all in sampai malam tau dengan night hot spring sekali. Best kan.
Bertolak pukul 9 pagi dari rumah dan sampai ke hotel dalam pukul 11.50 pagi. Laju juga en. hubby bawa kereta ni walau pun aku memantau sepanjang masa.............hehehe. Masuk untuk check-in dulu tapi bilik tak ready lagi. Tak pe, kitorang dh plan nak masuk theme park dulu, pas tu petang skit baru ambik kunci. Ramai juga orang, may b sebab cuti raya cina bersambung lagi kot (sama la mcm kitorang). Sampai kat depan theme park tu, posing-posing skit...pas tu masuk la dalam. Pergi je kat kaunter Online Purchase, bagi je kertas putih yang hotel bagi tadi, terus la dapat gelang putih untuk masuk theme park tu.
Masuk dalam, husband pergi cari locker dulu, kena bayar RM10 untuk sewa locker ni, nk simpan brg2 berharga senang skit, tak payah nk usung sana-sini. Lepas dh dapat locker, bergilir-gilir la pulak gi tukar baju. Anak-anak ni dh bulat mata tengok orang dok mandi......sabar ye, kita tukar baju dulu. Lepas tukar baju je, apa lagi............kebushhhhhh......lompat dalam air la. Memang seronok betul anak-anak dapat main air. Si kecik Zafar ni pu, excited betul, tak takut langsung, semua dia nk try. Kakak-kakak naik slide, dia pun nak naik. Ayah cakap, bagus...bagus.....budak lelaki biar berani, jangan takut-takut. Jom tengok betapa seronoknya anak-anak dapat main air.
Happynyaaaa....dah sampai
Ibu pun happy
Sexy boy....
Sapphira baby pool
Tempat plg best utk budak2
Qisya excited
And slide again and again and again
Depan Petting Zoo
Hai Mr bird
Kat bird park
Tengok rusa
cutie-cutie
Swan Lake
So, this is the story of our short holiday to Tambun. Walaupun 1 malam je, kitorang tetap enjoy, yang penting hati anak-anak terhibur.
0 comments:
Post a Comment