Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Monday, 14 April 2014

Dermalogica Daily Microfoliant



Assalamualaikum,

Sejak dah mula guna produk Dermalogica ni, ada juga perubahan kat muka ni. So, memang puas hati juga la sebab kulit pun dh mula nampak glowing gitu. Daily microfoliant ni adalah salah satu produk yang sangat saya suka sebab bila pakai tu boleh rasa kulit lembut dan mulus lepas pakai. Daily microfoliant ni untuk buang sel-sel kulit mati kat kulit muka, so bila dah buang semua sel-sel mati tu, muka akan nampak glowing. Daily microfoliant ni dalam bentuk serbuk sebab ia adalah dari beras dan di campur dengan beberapa bahan lain.

Sebelum beli daily microfoliant ni, banyak juga saya survey dan baca review dari blog lain, dan kebanyakannya memang puas hati dengan hasilnya, sebab tu la saya berani beli. Baru sebulan je saya guna tapi dah boleh rasa perbezaan kulit yang ketara. Kulit jadi lebih lembut dan semakin cerah. Sebotol saiz 50 ml ni berharga RM200++ tapi sebab saya ada membership kat La Maison De Beaute ni, saya dapat harga promotion 20%, so memang rasa berbaloi la bila beli time promotion ni. Kalau diikutkan, memang suka nak dapat less untuk produk Dermalogica ni. Memang tak rugi beli sebab walaupun agak mahal, tapi boleh tahan lama. Kalau review yang pernah saya baca masa buat blog walking, sebotol daily microfoliant saiz 50 ml ni boleh bertahan 7-8 bulan sebab hanya guna 2-3 kali sahaja seminggu.

Cara nak pakai pun senang je, masa saya beli ni, Irene (my beautician) dah tunjuk cara nak pakai. Tuang kat kat tapak tangan dalam anggaran setengah sudu teh, basahkan dengan air sedikit dan gosok atas tapak tangan hingga serbuk tadi berubah jadi krim dan berbuih, lepas tu gosokkan pada muka. Kalau rasa agak kering, basahkan tangan sedikit dan gosok pada muka, 2-3 minit je. Lepas tu bilas la dengan air. Boleh rasa muka jadi lembut dan licin lepas bilas. Untuk kulit saya, hanya perlu guna 2-3 kali seminggu. Kalau ada yang nak cuba, boleh beli dari mana-mana beauty house yang menggunakan produk Dermalogica sebab selalunya jika mereka buat facial guna produk Dermalogica, mereka juga akan jual produk yang sama.


Saturday, 1 March 2014

Dermalogica Trial Kit

Assalamualaikum,

Hari tu dah buat entry tentang facial kat La Maison De Beaute, kali ni nak review tentang produk dermalogica ni pulak. Trial kit ni saya dapat free je bila sign-up untuk jadi membership di La Maison De Beaute ni. Sign-up member pun tak la mahal bagi saya, cuma RM258 dan lepas tu boleh dapat 50% less bila buat facial kat sini time weekday. Beautician yang buat facial kat saya dah terangkan kat saya satu per satu cara nak guna produk ni. Jom le tengok.




Essential cleansing solution

Multi-active toner

Intensive moisture balance

Gentle cream exfoliant

Eye cream

Dua ni dapat free je
Skin hydrating masque (kiri)
Precleanse (kanan)

Friday, 28 February 2014

Losyen L'occitane

Assalamualaikum,

Musim panas sedang melanda Malaysia sekarang ni. Air pun dah mula kena catu. Husband baru je balik dari kedai hardware, beli tong besar nak simpan air, kalau tak nnt, tak mandi la jawabnya. Memang terasa kering sangat di musim panas ni, kulit saya yang memang dah jenis kering ni, bertambah-tambah kering rasanya. Tangan pun rasa tak selesa. Baru terfikir nak cari losyen tangan sebab dah terasa kering sangat tapak tangan ni.

Semalam, singgah sekejap dekat Aeon Bukit Tinggi nak keluarkan duit, so terus lah jalan-jalan nak cari losyen tangan sekali. Mula-mula ingatkan nak beli kat The Body Shop, tapi teringat pula losyen yang lama pun body shop punya, still ada lagi sebab tak berapa suka pakai. Pakai pun jarang-jarang, kali ni rasanya nak try losyen yang lain pulak. Selang sebuah dengan kedai body shop ni ada kedai L'occitane. Saya tak biasa sangat dengan produk ni, pernah try sekali je, guna pencuci muka dia, kira ok la juga tapi tak continue lagi sejak dah mula pakai dermalogica. Kat dalam bakul di bahagian hadapan kedai tu, ada la beberapa barang yang tengah di 'display' kan, so saya pun belek-belek dan ternampak la losyen tangan. Sales person terus la datang entertain saya, dan saya cakap memang nak cari losyen tangan dan saya minta nak tengaok losyen yang kat dalam bakul tu. So, dia pun ambil sample dan letak sikit kat tangan saya ni. Rasanya macam ok jugak, tak berminyak sangat dan rasa melekat di tangan.nama losyen ni Dry Skin Hand Cream, memang khas untuk kulit yang kering. Dalam losyen ni ada 20%  campuran shea butter which is good for the skin. Harganya memang mahal RM110 dan tak de diskaun pulak tu...huhuhu. Tapi saya beli la jugak sebab memang dah lama cari losyen tangan  untuk tangan saya yang tak smooth ni.

Dalam kereta lagi saya dah buka dan sapu kat tangan sebab masa tu cuaca memang panas, jam pun dah pukul 3.30 ptg. So, sepanjang drive tu, memang rasa selesa juga la guna losyen ni. Tangan pun tak rasa kering sangat lagi. Harap-harap berbaloi la pelaburan saya ni. Dah ,acam-macam losyen try, tapi tangan tetap macam tu jugak. So, i hope thos one will be the right answer for my dry hands problem.

Masa lepak-lepak kat rumah, saya ada gugel la jugak pasal losyen ni. Rupa-rupanya losyen ni sangat famous kat eropah. Ada webpage yang mengatakan losyen ni terjual setiap 3 saat di seluruh dunia.Wow......macam best sangat je kan. Losyen ni mengandungi madu, ekstrak badam, minyak kelapa dan di campur 20% shea butter. Losyen ni super berkrim dan cepat meresap ke dalam kulit. Dan, losyen ni tak meninggalkan kesan minyak kat tangan. Memang selesa la saya guna losyen ni. Sekarang ni nak tunggu beberapa hari, nak tengok ada perubahan tak kat tangan saya ni. Harap-harap boleh lembut macam baby.....hehehehehe.

Dry Skin Hand Creme

Thursday, 27 February 2014

Facial @ La Maison De Beaute

Assalamualaikum,

Semalam dah buat ntry pasal produk dermalogica dan petang tadi saya dah pun ke beauty center La Maison ni untuk appointment facial saya. Alhamdullillah, dengan RM99 saya memang puas hati dengan servis kat sini. Tempat memang cantik, simple dan selesa. Appointment saya pukul 4, tapi saya sampai awal sikit, dalam 3.45 ptg. Ada 2 beautician yang sedang menunggu waktu tu. Saya dilayan oleh beautician yang bernama Irene. Sebelum sesi rawatan facial ni, saya diminta untuk mengisi borang dan menjawab serba sedikit soal selidi, tak lama pun, dalam 5 minit dah siap.

Lepas tu, saya ke washroom sekejap, then saya disuruh menukar baju untuk sesi rawatan. Oleh sebab kulit saya jenis kering, Irene menggunakan set untuk kulit kering pada wajah saya ni. First sekali, muka saya ni disapu dengan essential cream cleanser, menurut Irene, sapu sewaktu tangan dan muka kering dahulu, lepas tu baru la letakkan air sedikit dan sapu lagi pada muka, lepas tu baru bilas. Dengan cara ni, muka akan lebih bersih. Semasa rawatan, Irene memang cakap yang muka saya ni memang kering dan may be saya kena guna produk booster untuk nak lembapkan muka. Saya pun tau sebab selama ni memang tak pernah kisah pun nak jaga muka sangat. Bila dah nampak ada pigmentasi ni, baru la sibuk nak gi buat facial ni. Banyak juga step yang dibuat waktu facial tadi, ada yang dah saya tak ingat. Maklum la, baru first time.

Muka saya ni juga di steamkan dalam 10 minit, kata Irene ini untuk nak buka liang-liang pada wajah. Lepas tu, Irene pun mula buang bintik-bintik yang ada kat muka. Katanya, bintik-bintik timbul sebab kulit saya kering dari dalam, lepas tu dia buang juga whitehead dan blackhead yang ada kat muka ni. Lepas tu, Irene bagi muka saya ni sejuk balik guna mesin, memang best dan nyaman sangat waktu ni, dah tertidur dah sekejap.

Lepas dah buang segala yang patut dibuang tu, tiba masanya untuk rawatan paling mahal iaitu nak apply apple stem cell tu kat muka saya. Menurut Irene, apple stem cell ni akan buat muka saya nampak glowing dan boleh bertahan lama jugak hingga 3-4 bulan. May be sebab tu rawatan ni mahal kot, harga asal package apple stem cell ni ialah RM380. Apple stem cell ni agak mahal harganya.

Then,  Irene letakkan krim untuk massage muka pulak. Waktu ni la memang best, rasa relax sangat masa massage muka ni. Masa ni pun Irene tak ajak saya berbual, agaknya sebab memang nak bagi saya relax dan masa massage ni memang saya tertidur sekejap. Lepas massage, muka saya diletak double mask, dan sekali lagi saya rasa nyaman sangat. Menurut Irene, mask ni akan lembapkan kulit saya hingga ke dalam. Akhir sekali, muka saya disapu dengan mosturiser dan solar defense booster.

Memang rasa best lepas buat facial ni. Lepas dah siap, saya diterangkan dengan pakej yang ada di situ dan saya memang nak sign-up sebagai member sebab kalau jadi member boleh dapat less 50% kalau buat facial waktu weekday. Then, dapat 50% lagi untuk Signature Mini Programme dan dapat buat facial free time birthday. Untuk jadi member, bayar RM258 dan dapat satu Dry Skin Kit worth RM193, dan dapat satu facial free bernilai RM250, so next appointment saya akan buat facial untuk yang free ni pulak. Semua ni saya dah mention dalam entry sebelum ni, boleh baca di sini.
That's all pengalaman facial untuk hari ni, overall, saya memang suka treatment kat sini dan si Irene ni memang ramah tamah orangnya, so tak bosan la time facial.


p/s : Masa saya buat blog walking, ada yang suggest untuk beli barang dermalogica ni di LahBeauty.

Location kat Bukit Rimau, 10 minit drive je dari rumah

Sangat bersih dan baru

Bilik treatment


Free trial kit bila join member, worth RM193,
Then dapat lagi satu free facial traetment worth RM250
Dapat voucher RM50 untuk facial
Masa birthday nanti dapat facial free lagi.
Wednesday, 26 February 2014

Facial Dermalogica

Assalamualaikum,

Ada tak perempuan tak suka cantik??? Ada kot tapi rasanya kebanyakan manusia yang bergelar perempuan memang tak suka kalau tak cantik kan? Memang itu dah lumrah orang perempuan. Nak baju cantik, tudung cantik, muka cantik...kalau boleh dari atas ke bawah semua nak nampak perfect. Saya pun lebih kurang mcm tu la juga, nak pergi kerja ke, nak keluar dengan family ke, mesti nak bersiap lawa-lawa kan, baru la ada self confident skit.

Bab dressing ni, memang kena pandai pilih yang matching la kan, tapi kalau bab muka pulak camana ye. Sesetengah orang tu letak make-up tebal-tebal tapi saya ni tak pandai sangat bermekap ni. Ala kadar je, letak sunblock dengan bedak, dah ok la tu. Tapi sejak dua menjak ni, rasa concern pulak bila tengok muka ni dah mula ada pigmentation. Dari jauh memang la tak nampak, dari dekat, tak bestnya tengok dah ada tompok-tompok hitam kat bawah mata ni. Teringat adik pernah tegur dulu. Katanya muka saya ni dah start ada pigmentation, kalau tak dijaga dari awal, pigmentation ni akan jadi makin tebal dan makin susah nak hilang kalau buat facial pun. Kalau dah tebal, kena buat treatment sampai beribu ringgit la nak hilangkan pigmentation ni. Tetiba rasa pentingnya nak cari tempat buat facial dan nak hilangkan pigmentation ni. Kebetulan adik memang kulit sensitif, kalau dulu kulit muka dia pantang ada silap sikit, mesti naik jerawat benyak sangat. Kiranya kulit dia jenis yang sangat berminyak dan sekarang kulit dia licin dan cantik sebab dia memang buat regular facial guna produk dermalogica.

Beberapa hari ni saya banyak la buat blog walking pasal facial ni. Banyak juga la info yang saya dapat pasal dermalogica ni. Dua minggu lepas, baby Zafar berak-berak agak kerap, so saya pergi la satu farmasi kat Bukit Rimau nak beli diaper cream, kebetulan kat situ ada satu spa facial dan ternampak produk dermalogica kat dalam. Saya pun terus masuk dan tengok-tengok la produk dermalogica tu. So, ada la seorang perempuan ni tegur saya dan offer untuk terangkan pasal facial diorang ni. Saya pun setuju je la sebab memang tengah survey tempat nak buat facial pun. Pakej yang diorang offer tu agak menarik bagi saya, dalam hati memang berminat la nak ambik offer tu. Offernya macam ni, bayar RM258 untuk membership dan akan dapat satu trial kit dermalogica yang bernila RM188 dan dapat satu kali facial bernilai RM250 selama 2 jam. Lepas tu boleh dapat diskaun 50% kalau buat facial time weekday, isnin sampai jumaat, boleh walk-in je katanya. Boleh juga dapat 50% untuk Signature Mini Programme diorang iaitu pakej-pakej facial lah. Macam menarik kan??? So, diorang pun buat la appointment untuk saya, so nanti bila dah pergi buat facial tu, saya akan update lagi. Untuk trial facial ni, saya dapat harga RM99 untuk swiss stem cell extract daripada harga asal iaitu RM380, facial selama 2 jam 30 minit.

Ni la nama kedainya

1st trial offer





Sunday, 23 February 2014

Resepi Puding Buah Naga

Assalamualaikum,

Dah lama buat puding ni tapi lupa pulak nak update kat sini. Alkisahnya, husband kat luar rumah tiba-tiba bawa masuk buah naga dua biji. Katanya Amirul (jiran sebelah) bagi. Alhamdillillah, dapat rezeki buah naga hari ni. Tengok buah tu dah masak, saya pun kupas sebiji, cantik betul isi dan warna merah pink nya tu. Sangat menggiurkan, memang sedap. Terima kasih jiran sebelah. Kalu ada lagi, boleh bagi lagi...hihihi....tak malu betul. Terfikir pulak, kalau buat puding, sedap juga ni. So, apa lagi, mula la menggugel untuk cari resepi puding naga ni. Nak resepi yang paling senang dan simple, sebab tak de mood sangat nak memasak sebenarnya, cuma excited nak try resepi baru je. So, terjumpa la resepi dari blog, masalahnya saya dah lupa pulak blog sapa, sebab dah lama sangat kan. Nak cepat, saya salin je resepinya terus masuk buku resepi saya, malas dah nak cari printer. Alhamdullillah, menjadi puding saya, cantik pulak tu, warna pink lagi puding ni. Anak yang second memang suka sangat puding ni, banyak betul dia makan. Meh nak share resepinya.

Puding Buah Naga

Bahan-bahan:
10 g agar-agar serbuk
4 cawan air
1 tin susu Ideal
3/4 cawan gula pasir
Sebiji buah naga dipotong dadu

Caranya:
1. Masak gula, air dan agar-agar hingga mendidih.
2. Masukkan susu Ideal.
3. Biar sebentar, hingga mendidih sedikit.
4. Tutup api dan tuangkan buah naga yang telah dipotong dadu tadi. Kacau sebati dalam 5 minit.
5. Tuangkan dalam acuan, sejukkan dalam peti ais.

 Buah naga isi pinky-pinky purple

 Potong dadu

 Masukkan buah naga lepas tutup api ye


 Puding pinky-pinky

 Sedap


Saturday, 22 February 2014

The Street Mall, Cyberjaya

Assalamualaikum,

Sebelum ni tak pernah dengar pun pasal The Street Mall ni. Oleh sebab nak cari Restoran Asian Cibo, terpaksa la google pasal The Street Mall ni. Tempat ni rupa-rupanya open mall dan tak besar pun. Cuma masa ke sini, anak-anak enjoy sebab boleh berlari ke sana-sini. Kitorang ke sini masa weekend, so tak la ramai orang. My brother cakap, kalau weekday memang ramai orang yang datang lunch kat sini, sebab banyak office area Cyberjaya ni. The Street Mall ni banyak juga choice untuk makan. Restoran Thai ada, makanan arab ada, kebab ada, restoran chinese muslim ada restoran makanan india ada, so boleh la pilih nak makan style apa. Mostly, memang halal.