Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Sunday, 2 December 2012

Happy Birthday

Dah 7 tahun anak sulung ibu tahun ni. Dah lama tak buat birthday party, so tahun ni, cuti sekolah tak ke mana2 sebab ada baby kecil, boleh la buat birthday party kakak best2 sket. tarikh lahir kakak ni sama dengan ayah dia 5 Disember, so every year memang akan celebrate sekali, kadang2 tempah 1 kek je tp tahun ni special sbb masing2 dapat kek sendiri.Kek tahun ni tak share dengan ayah.





Kesian pulak kat husband, kek dah cantik tapi nama pulak salah. huhuhu..... Kek ni kira surprise la untuk husband sebab dia tak tau pun pasal kek ni. Dia ingat tempah untuk anak je. Tahun ni memang seronok sangat buat birthday party ni, dah ramai anak saudara, riuh rendah rumah. Sekejap elok je main sama2, pas tu gaduh pulak. Macam-macam hal.

                                                                    Kakak dan adik



Apam gula hangus

Assalamualaikum,
Semalam buat apam gula hangus untuk birthday husband dan anak.ni kali ketiga dah buat, sedap betul resepi ni. Tak sempat nak taip resepi, nanti bila2 free, resepi akan di update.Tengok gambar je la dulu ye.


Thursday, 29 November 2012

Apam Mekar

230GM GULA CASTOR
250 GM TEPUNG GANDUM DIAYAK
2 BIJI TELUR
1 SUDU  TEH ESEN VANILA
1 SUDU TEH OVALLETE
1 TIN AIR AISKRIM SODA

PUTAR GULA DAN TELUR SEHINGGA BETUL2 KEMBANG DAN RINGAN
MASUKKAN TEPUNG SEDKIT DEMI SEDIKIT
DISELANGSELIKAN DENGAN AIR AISKRIM SODA
MASUKKAN OVALETTE DAN ESEN VANILA
PUKUL DENGAN KELAJUAN SEDERHANA SEHINNGA
ADUNAN BERUBAH MENJADI SEPERTI KRIM
ASINGKAN WARNA MENGIKUT KEGEMARAN
KUKUS DALAM MASA 10-15 MINIT
SEDIA UNTUK DIHIDANGKAN

TIPS: PANASKAN KUKUSAN DULU SEBELUM MENGUKUS DAN KUKUS DENGAN API YANG SEDERHANA. SAYA GUNA BEKAS KUIH LOMPANG SEBAB TAK ADA CHOICE. ELOK JIKA GUNA CUP KECIK2 YG MEMANG UNTUK APAM TU..
Wednesday, 28 November 2012

Zafar....2 bulan

Zafar dah 2 bulan. Dah tembam, bulat dan tak larat nak angkat. Sihat betul anak ibu ni. Seronoknya tengok anak sihat walafiat. Berkat susu ibu.Zafar dah pandai senyum2 dengan orang. Dah pandai sembang2, seronok layan Zafar. Kakak-kakak Zafar pun suka layan Zafar. Geram tengok pipi Zafar yang makin tembam tu.Sekarang Zafar dah ada jadual tetap....waktu siang Zafar suka tidur je, 1-2 jam sekali akan bangun nak susu. Lepas tu tidur balik.Pukul 4 ptg, Zafar bangun nak mandi. Lepas mandi, menyusu dan tidur balik. Pukul 6 nanti, Zafar bangun balik, tunggu ayah balik kerja.......bangun pukul 6 ni, lama la pulak dia nak tidur balik. Zafar akan tidor balik antara pukul 10-12 malam. Macam tu la rutin baby ibu sekarang ni.


Our 8th Anniversary- Perth (Day 6)

Sedihnya, dah nak balik.......day 6 ni cuma lepak2 kat airport je la sementara tunggu flight.





Perth International Airport ni kecik aje. Tak banyak benda boleh buat kat sini. Flight kitorang pukul 6 pagi, so pukul 10.30 malam kitorang dah check out dari hotel. saja je pergi awal2, tak nak kelam kabut. Lagipun, kalau call cab lepas pukul 12 tengah malam, charge dah lain, double rasanya. So, lepak2 kat airport ni best jugak. Anak2 dah tidor so tinggal berdua je dengan husband. Dah lama rasanya tak berdua-duaan dengan husband.Best jugak, macam tengah hangat bercinta....hehehe. Ada juga internet free kat sini, so sekali sekala tu pergi la juga surf internet.

Holiday kali ni memang yang paling best. Dalam kepala ni dah plan pula next holiday. Ada beberapa destinasi cuma may be kena tunggu lagi 2-3 tahun kalau nak ke oversea lagi. Husband cakap, biar baby besar sket baru boleh holiday jauh2.Memang kena tunggu anak besar sket, kalau tak susah juga nak mengusung baby ke sana sini.We will miss this amazing Perth. GOOD BYE PERTH.
Tuesday, 27 November 2012

Our 8th Anniversary- Perth (Day 5)

Sekejapnya rasa kat Perth ni, dah hari ke lima hari ni. Plan hari ni ialah SHOPPINGG.............bestnya....tak sabar2 nak gi perabih duit ni......(macam kaya bebenor...hihihi)...........

Sebelum ke Perth ni, dah banyak buat survey kat blog2 org yang pernah sampai sini, semuanya akan cakap Fremantle adalah tempat utk shopping souvenir murah2, so hari ni kami ke Fremantle.Bestnya....hari ni naik train lagi nak ke Fremantle. Suffiya la paling bersemangat bila dengar nak naik train lagi. Awal2 lagi dia dah bising kat ayah dia nak mandi, nak pergi naik train katanya.Train ke Fremantle ni sekejap je, tak la jauh macam Mandurah hari tu, 30 minit je naik train dah sampai kat Fremantle.Stesen keretapi dia, macam muzium plak.Tempat ni memang banyak bangunan lama, so ada la seni bina yang unik2 kat sini.

                                                      Tunggu train belum sampai

                                          Suka tengok building kat sini

                                          Depan Maritime museum

Tempat shopping ni namanya E-Shed Market. Banyak barang boleh beli kat situ. Tempat makan pun ada. Masa sampai kitorang just pusing2 je kat sini, pas tu pergi makan dulu sebab takut tengah shopping nanti, lapar pulak Dah plan nak makan fish and chips kat Kaili's. So, kena la jalan kaki sebab tak de transport kan. Sebenarnya naik bas pun boleh tapi sebab nak tangkap gambar, kitorang jalan kaki je la. Harga dia lebih kurang je macam kat Cicerello's. Kat sini pun ada Cicerello's, sebab dah makan Cicerello's kat Mandurah, hari ni nak try Kaili's pulak.





                                          Hot chocolate.

                                         Boleh tengok kapal.

Lepas order, diorang bagi benda ni, tak tau apa namanya. Bila order dah boleh ambik, benda ni berbunyi la. Macam pager la lebih kurang.....hehehe

Bila dah kenyang, kitorang berjalan kaki la balik nak pergi E-Shed Market tadi. So, banyak la gambar2 yang diambil masa berjalan ni. Tempat ni memang best la, aman betul, tak busy langsung.


Lebih kurang setengah jam berjalan, sampai la kat E-Shed Market ni. Banyak gak kitorang shopping. Ramai org nak kena bagi souvenir...hehehe.Kat 2 jam juga la shopping kat sini. Sampai penat dan dah tak boleh nak pilih2 lagi dah. Pening sebab banyak sangat barang nak beli.

                                          Kedai ni la kitorang shopping. Ownernya org indon.

Lebih kurang pukul 4 lebih, kitorang pun pergi tunggu train. Naik train ni tak boleh lambat2. Tak silap, last train pukul 5. Kat sini pukul 5 dah macam pukul 8 kat Malaysia. Musim winter, cepat la gelap. Kitorang balik hotel dulu, rehat kejap pas tu keluar balik pergi makan kat kedai kebab. Sedap betul kebab dengan wedges dia.
                                         Sedap kebab ni. harganya AUD9 kot.
                                          Wedges dan fries.

Dah kenyang, balik hotel, nak packing barang pulak.dah nak balik dah.........huhuhu

  









Cara Mengendalikan Susu Ibu Selepas Diperah

Untuk panduan diri sendiri dan juga ibu-ibu muda di luar sana yang belum tahu cara penyimpanan dan penggunaan susu ibu yang betul. Untuk keselamatan bayi dan kualiti susu terjamin berkhasiat, pastikan susu yang diperah selamau untuk diminum mengikut cara penyimpanan dan pemanasan yang betul.

Menyimpan Susu Ibu:
  • Botol susu kecil amat sesuai digunakan.
  • Bekas kedap udara daripada gelas atau plastik yang keras dan tahan dalam peti sejukbeku. termasuklah bekas dadih.
  • Bag sejukbeku khas untuk susu ibu juga boleh digunakan, terdapat jenama Medela, Avent, Gerber, Playtex.
  • Jangan menggunakan plastik aiskrim kerana ia tidak bersih dan boleh merosakkan susu.
Membersihkan Bekas Penyimpanan:
  • Basuh bekas menyimpan susu dalam air panas bersabun dan bilas dengan air panas.
  • Biarkan bekas kering di tempat yang bersih.
  • Anda juga boleh mensteril bekas dengan menggunakan tablet sterile yang dijual di kedai bayi atau farmasi.
Panduan Menyimpan Susu Ibu:
  • Sejukkan susu dalam masa 1 jam selepas diperah.
  • {mosimage}Labelkan bekas dengan tarikh dan masa perahan.
  • Simpan susu dalam kuantiti kecil (2-4 oz) dalam setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.
  • Sejukkan susu yang baru diperah dahulu sebelum mencampurkannya dengan susu yang sudah sedia sejuk.
  • Jangan isi susu terlalu penuh di dalam bekasnya, tinggalkan 1 inci untuk susu mengembang semasa proses sejukbeku.
*Jika bayi anda tidak cukup bulan atau ditahan di wad, minta nasihat jururawat tentang cara
yang sepatutnya anda gunakan untuk menyimpan susu dan membersihkan bekas menyimpan
susu.

Ketahanan susu ibu bergantung kepada cara bagaimana ia disimpan:
  • Suhu bilik, atas 25°C: 4-6 jam
  • Bekas penyejuk (Cooler, icepack): 12-24 jam
  • Peti sejuk 1 pintu
Panduan Menyimpan dan Memanaskan Susu Ibu:
  • bahagian fridge 4°C: 7 hari
  • bahagian freezer -15°C: 2 minggu
  • Peti sejuk 2 pintu
  • bahagian fridge, 4°C: 5 hari
  • bahagian freezer, -18°C hingga -20°C: 3-6 bulan
  • Deep freezer -20°C: 6 bulan
Penting:
  • Susu ibu hendaklah disejukkan jika ia tidak digunakan dalam masa 4-6 jam selepas diperah.
  • Tempatkan bekas susu di bahagian paling sejuk peti ais (jauh daripada pintu).
  • Jika telah melampaui masa simpanan, jangan sayang untuk membuangnya.
Menyahbeku Susu Ibu:
  • {mosimage}Susu ibu yang asalnya beku dan telah dicairkan, boleh digunakan dalam masa 24 jam jika disimpan di dalam peti ais.
  • Susu ini tidak boleh dibekukan semula selepas dicairkan.
  • Semak tarikh pada bekas penyimpanan. Gunakan susu yang lama dahulu.
  • Nyahbekukan susu beku dengan meletakkannya di bahagian fridge selama 4 jam atau
  • Lalukan bekas susu yang beku tadi di bawah air paip yang sejuk. Setelah ia mula cair, lalukan atau rendam dalam air suam pula untuk terus mencairkannya.
  • Jangan cairkan pada suhu bilik. Suamkan susu tadi dengan merendamkannya di dalam mangkuk yang berisi air panas.
  • Jangan mencairkan atau memanaskan susu di dalam ketuhar gelombang mikro, oven atau di atas api.
Panduan Memberi Susu Ibu:
  • Goncang perlahan susu yang telah suam dan rasa kepanasannya dengan tangan anda sebelum menggunakannya.
  • Pegang bayi semasa memberinya susu perahan.
  • Jadikan penyusuan menyeronokkan; bercakap dan senyum dengan bayi.
  • Sendawakan bayi selepas memberi susu perahan.
  • Gunakan susu ini dalam masa 1 jam. Buang selebihnya.
Sumber: Ratuhati.com