Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Sunday, 22 December 2013

Bercuti di Krabi - Day 1

Assalamualaiku,

Lama sungguh tak jenguk blog ni.............cuti-cuti mcm ni blh la jenguk balik............klu dah start kerja...........mmg la tak de entry langsung.
 Kali ni nk story pasal vacation yang baru je kami pergi, Krabi, Thailand. Dh lama plan juga sbb pergi ramai2 dgn adik.Seronok betul holiday kali ni sbb mmg nk pergi tgk pulau yg cantik-cantik dan nk makan seafood sedap-sedap.

Kami bertolak pada 14.12.2013 dengan flight Air Asia.............flight pukul 7.15 pagi. Pukul 4 pagi dah keluar dari rumah sbb tak nak kelam kabut, biasa la travelling with kids. Ini pertama kali fly ke oversea dengan 3 anak. ni juga pertama kali baby Zafar pergi bercuti luar Malaysia. Alhamdullillah, Zafar ok dan memang happy je sepanjang holiday ni.

Kami sampai lebih kurang pukul 7.30 pg waktu Krabi. Waktu kat sana 1 jam lambat daripada Malaysia. So, husband dan adik ipar terus booking van untuk nak ke hotel. Dlm 40 minit juga dari airport nak ke hotel ni. Hotel kami ialah Centara Anda Dhevi Resort and Spa. Hotel mmg best dan tip top. Yang penting hotel mesti ada spa sebab salah satu tarikan di Krabi ni ialah spa. Dan spa dia pun mmg best.

                                                                     Ni la hotelnya.

                                             Anak-anak dan anak sedara dok berposing.

Masa sampai hotel ni bilik belum ready lagi. Sepatutnya check-in pukul 2 ptg tapi dalam booking.com dah minta nak check-in awal. Bagi alasan sampai awal dan travel dgn baby. Sampai hotel baru pukul 8.45 pg, dapat masuk bilik pukul 10 pagi. Sebelum tu bawa la budak-budak ni pergi kid's room dulu.

                                                  Bilik hotel dgn decoration Thai

Dah masuk bilik, anak-anak dengan ayahnya sekali mmg penat...............maklum le bangun pukul 3 pagi lagi sbb nak bersiap pergi airport. So, si ayah and the girls tido dengan nyenyaknya...............tinggal la si baby Zafar terkonteng sorang-sorang tak de kawan. Patut la Zafar tak penat, dia memang tido je dari naik teksi nak ke airport, naik flight pun tak jaga, terus sampai Krabi baru dia celik. So, bawa la dia ke playroom, memang enjoy sakan la dia sebab kat playroom tu takde orang.

Dalam pukul 3 tu, perut dah lapar, so kitorang pun keluar la nk cari makan. Memang la lapar, belum makan tengahari pun lagi. Nampak motor tuk tuk depan hotel so cakap la kat husband, jom la kita naik tuk tuk. Husband cakap ok, terus dia pun lambai panggil tuk tuk tu. Tuk tuk ni cas 20 baht per head untuk sekitar Ao nang. ok la tu. Memang standard price dah kat sini. So, kami naik 2 tuk tuk. Memang enjoy habis, tak pernah naik kan. Seronoknya.....berangin betul. Budak2 memang enjoy sakan naik tuk tuk ni.
                                       Naik tuk tuk nak cari makan.

Husband bagitau kat driver tuk tuk ni bawa ke restoran yang halal dan sedap. So, dia bawa ke Restoran Chaba. Tom yam kat Chaba ni memang sedap sangat. Baru la rasa puas makan tom yam. Tapi seafood dia kurang sket la. Biasa-biasa je, kat Malaysia pun boleh dapat.
                                        Semua kelaparan, makan timeeeee....yeayyyy

Lepas makan terus balik hotel, tak de plan nak jalan-jalan lagi. Dalam kepala ni dh plan nk pergi spa malam ni. Sampai je hotel, anak-anak nak mandi swimming pool, singgah kat spa buat appointment pukul 8 malam. Ajak adik sekali. Spa dia murah je, resort macam ni, body massage baru 995 baht....kalau kat hotel Malaysia mau RM180 - RM220 untuk body massage je. Memang best spa kat sini, nak tertido dibuatnya............lepas habis spa, balik bilik, dapat tidur dengan nyenyaknyaaaa.

Monday, 27 May 2013

Havin' fun at Kiddie Fotolab

Assalamualaikum,
 Saja nak story pasal bawa my kids pegi photoshoot pada 12 Mei 2013. Sebenarnya dah banyak kali bawa anak2 pegi photoshoot tapi kali ni la yang paling best.Memang professional dan puas hati. Sebenarnya photoshoot ni untuk zafar je tapi bila kat sana diorang shoot juga untuk kakak-kakak zafar dan the whole family.

Sebelum start tu, ada sesi warm-up untuk baby, so baby akan rasa selesa dengan photographer tu. Tapi gambar masa warm-up pun dah cantik-cantik, photographer cakap zafar ni camera friendly. senang nak shoot gambar zafar ni, happy betul zafar masa kena tangkap gambar. Ada pulak orang untuk buat dia ketawa, seronok sangat la dia.

                                         
                                         Ini la antara gambar masa warming up session tu.

Lepas warming up dalam 15 minit, baru la masuk dalam studio.Macam-macam gaya yang photographer ni suruh buat. Ibu kena la tolong Zafar bergaya.Mula-mula tu snap gambar biasa-biasa je, lepas tu pilih topi untuk Zafar, so ibu pilih gaya pirate untuk baby ibu ni.

                                               Gaya pirate Zafar....pirate tersengih...hehehe

Lepas tu pilih costume pulak. Ada 2 costume boleh pilih,ibu pilih costume Donald Duck dan baju jepun....saja je pilih lain sikit.Tak susah nak layan Zafar hari tu, mood dia sangat happy hari tu, tukar baju berapa kali pun ok je.





                                           Anak itik dan anak jepun punya style.....


Last sekali, photographer panggil kakak-kakak Zafar dan ayah sekali nak tangkap gambar. So, masa ni la baru kitorang dapat bergambar satu family lepas Zafar lahir.Cantik gambarnya, lepas ni nak print kat canvas, boleh la gantung kat rumah.


                                             Kakak Suffiya dan kakak Qisya pun happy sangat.

                                             Gambar satu keluarga...i likeee gambar ni

The whole photoshooting ni dalam sejam lebih jugak la tapi tak terasa sangat sebab memang happy masa kat sini. Anak-anak pun boleh main kat dalam ni sebab ada tempat untuk kids main-main.

Sebenarnya pakej ni beli kat Groupon, RM 48 je untuk 1 hour photography pas tu dapat 3 story cards dan 1 personalised mug, tapi ini kan marketing diorang...hehehe....bila dah siap gambarnya, memang rasa nak ambik semua.So, dari 500 lebih shots, dia dah shortlist 107 keping gambar and after discuss with boss (my hubby la), kitorang nak ambil semua gambar tu. Ada beberapa pakej untuk nak ambil gambar ni, kitorang ambil pakej C berharga RM580, dapat semua gambar dalam cd (softcopy), dapat printed 8R dua keping dan 15 keping saiz 4R.Dan Priscilla (boss Kiddie Fotolab kot), cakap gambar Zafar ni comel-comel sangat, dia minta permission kitorang nak buat gambar-gambar Zafar ni sebagai portfolio diorang. Sebagai ganjarannya, dia bagi kitorang satu free printed gambar saiz 12R........amboiiii, Zafar ni dah ada yang berkenan pulak.





Memang puas hati la dengan service diorang.InsyaAllah, lepas ni nak buat untuk Qisya pulak, harap-harap ada rezeki.





Sunday, 2 December 2012

Happy Birthday

Dah 7 tahun anak sulung ibu tahun ni. Dah lama tak buat birthday party, so tahun ni, cuti sekolah tak ke mana2 sebab ada baby kecil, boleh la buat birthday party kakak best2 sket. tarikh lahir kakak ni sama dengan ayah dia 5 Disember, so every year memang akan celebrate sekali, kadang2 tempah 1 kek je tp tahun ni special sbb masing2 dapat kek sendiri.Kek tahun ni tak share dengan ayah.





Kesian pulak kat husband, kek dah cantik tapi nama pulak salah. huhuhu..... Kek ni kira surprise la untuk husband sebab dia tak tau pun pasal kek ni. Dia ingat tempah untuk anak je. Tahun ni memang seronok sangat buat birthday party ni, dah ramai anak saudara, riuh rendah rumah. Sekejap elok je main sama2, pas tu gaduh pulak. Macam-macam hal.

                                                                    Kakak dan adik



Apam gula hangus

Assalamualaikum,
Semalam buat apam gula hangus untuk birthday husband dan anak.ni kali ketiga dah buat, sedap betul resepi ni. Tak sempat nak taip resepi, nanti bila2 free, resepi akan di update.Tengok gambar je la dulu ye.


Thursday, 29 November 2012

Apam Mekar

230GM GULA CASTOR
250 GM TEPUNG GANDUM DIAYAK
2 BIJI TELUR
1 SUDU  TEH ESEN VANILA
1 SUDU TEH OVALLETE
1 TIN AIR AISKRIM SODA

PUTAR GULA DAN TELUR SEHINGGA BETUL2 KEMBANG DAN RINGAN
MASUKKAN TEPUNG SEDKIT DEMI SEDIKIT
DISELANGSELIKAN DENGAN AIR AISKRIM SODA
MASUKKAN OVALETTE DAN ESEN VANILA
PUKUL DENGAN KELAJUAN SEDERHANA SEHINNGA
ADUNAN BERUBAH MENJADI SEPERTI KRIM
ASINGKAN WARNA MENGIKUT KEGEMARAN
KUKUS DALAM MASA 10-15 MINIT
SEDIA UNTUK DIHIDANGKAN

TIPS: PANASKAN KUKUSAN DULU SEBELUM MENGUKUS DAN KUKUS DENGAN API YANG SEDERHANA. SAYA GUNA BEKAS KUIH LOMPANG SEBAB TAK ADA CHOICE. ELOK JIKA GUNA CUP KECIK2 YG MEMANG UNTUK APAM TU..
Wednesday, 28 November 2012

Zafar....2 bulan

Zafar dah 2 bulan. Dah tembam, bulat dan tak larat nak angkat. Sihat betul anak ibu ni. Seronoknya tengok anak sihat walafiat. Berkat susu ibu.Zafar dah pandai senyum2 dengan orang. Dah pandai sembang2, seronok layan Zafar. Kakak-kakak Zafar pun suka layan Zafar. Geram tengok pipi Zafar yang makin tembam tu.Sekarang Zafar dah ada jadual tetap....waktu siang Zafar suka tidur je, 1-2 jam sekali akan bangun nak susu. Lepas tu tidur balik.Pukul 4 ptg, Zafar bangun nak mandi. Lepas mandi, menyusu dan tidur balik. Pukul 6 nanti, Zafar bangun balik, tunggu ayah balik kerja.......bangun pukul 6 ni, lama la pulak dia nak tidur balik. Zafar akan tidor balik antara pukul 10-12 malam. Macam tu la rutin baby ibu sekarang ni.


Our 8th Anniversary- Perth (Day 6)

Sedihnya, dah nak balik.......day 6 ni cuma lepak2 kat airport je la sementara tunggu flight.





Perth International Airport ni kecik aje. Tak banyak benda boleh buat kat sini. Flight kitorang pukul 6 pagi, so pukul 10.30 malam kitorang dah check out dari hotel. saja je pergi awal2, tak nak kelam kabut. Lagipun, kalau call cab lepas pukul 12 tengah malam, charge dah lain, double rasanya. So, lepak2 kat airport ni best jugak. Anak2 dah tidor so tinggal berdua je dengan husband. Dah lama rasanya tak berdua-duaan dengan husband.Best jugak, macam tengah hangat bercinta....hehehe. Ada juga internet free kat sini, so sekali sekala tu pergi la juga surf internet.

Holiday kali ni memang yang paling best. Dalam kepala ni dah plan pula next holiday. Ada beberapa destinasi cuma may be kena tunggu lagi 2-3 tahun kalau nak ke oversea lagi. Husband cakap, biar baby besar sket baru boleh holiday jauh2.Memang kena tunggu anak besar sket, kalau tak susah juga nak mengusung baby ke sana sini.We will miss this amazing Perth. GOOD BYE PERTH.