Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Monday, 22 December 2014

Teh Pudina a.k.a Mint Tea

Assalamualaikum,

Hujan tengah turun ni, cuaca sangat sejuk. Bayangkan kalau tengah cuaca sejuk ni, kita tengah minum teh pudina panas-panas. Nikmatnya, memang awesome sangat rasanya. Senang je nak buat teh pudina ni, Bancuh teh seteko, letak lah beberapa helai daun pudina. Saya selalu letak dalam 7 - 10 helai daun pudina dalam seteko air teh panas. Kalau suka rasa pudina yang lebih kuat, boleh tambah lagi bilangan daun pudina tu. Antara khasiat daun pudina ni ialah untuk buang angin dalam badan. Saya perasan sebab setiap kali saya minum teh pudina atau minum jus pudina, saya mesti buang angin. Badan pun rasa lega. Sebenarnya banyak lagi khasiat daun pudina ni. In sya Allah, nanti saya buat entry pasal daun pudina ni ye.

Mint tea and mint leaves

Jus Epal Hijau dan Daun Pudina

Assalamualaikum,

Sejak cuti sekolah ni, saya berminat pulak nak tanam pokok-pokok herba. Ada la beli beberapa pokok herba masa jalan-jalan kat SACC Mall tempoh hari. Antara yang dibeli ialah pokok pudina. Saya ni memang suka dengan daun pudina, buat ulam, buat jus, memang sedap. Sejak dah ada pokok ni, rajin juga saya buat jus daun pudina. Hari ni saya nak share cara nak buat jus epal hijau dan daun pudina.

Bahan-bahan:

20 helai daun pudina
1 biji epal
500 ml air
Gula

Caranya:
Kisar semuanya di dalam blender. (Kecuali gula).

Dapat la dalam 3/4 jug besar. Kalau nak sedap lagi, boleh la tambah ais tapi saya tak tambah ais sebab tak suka sangat minum ais. Saya letak je dalam peti sejuk, lepas tu boleh minum dengan nikmatnya. Alhamdullillah.




Resepi Sup Cendawan

Assalamualaikum,

Sejuknya petang ni, memang musim hujan sekarang ni. Hujan-hujan ni, sedapnya kalau dapat makan sup panas-panas. Favourite family saya sekarang ni ialah sup cendawan dan roti bawang putih atau kot english nya, mushroom soup and garlic bread. Dah lama saya simpan resepi ni, tak sempat nak buat. Dah cuti sekolah ni, baru la teringat nak buat. Resepinya simple je, saya pun tak ikut betul2 resepi yang saya dapat tu, saya olah sendiri ikut selera saya. Alhamdullillah, suami dan anak-anak memang suka dengan sup cendawan ni.

Resepi Sup Cendawan

200g cendawan butang 
1 labu bawang besar (cincang halus)
1 kiub ayam Knorr
1/2 cawan air
1 sudu besar tepung gandum
600 ml susu segar
2 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak zaitun
Garam secukup rasa

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak zaitun dan mentega
2. Tumis bawang besar hingga naik bau.
3. Separuh cendawan dikisar, separuh lagi potong kecil-kecil.
4. Masukkan cendawan yang dikisar tadi ke dalam bawang yang sedang ditumis.
5. Masukkan air dan tepung gandum. Masukkan kiub ayam yang telah dihancurkan. Biar sebentar.
6. Masukkan cendawan yang dipotong pula. Biarkan hingga mendidih.
7. Selepas itu, tambahkan susu, biar hingga masak. 

Kepekatan sup ini boleh la ikut kehendak masing-masing. Kalau suka cair, boleh tambahkan air. Saya suka sup yang pekat, jadi saya lebihkan cendawan yang dikisar dan juga susu.

Saya suka guna brown button mushroom ni, memang sedap.
Sedapnya bau bila dah letak cendawan
Yummy....

Friday, 19 December 2014

Kabinet Dapur Baru

Assalamualaikum,

Dah lama nak update pasal kabinet dapur ni tapi mood tak de. So, hari ni macam rajin sikit, so, jom la kita update cerita2 yang dah lama simpan ni. Dah lama niat nak buat kitchen cabinet ni tapi biasa la, kena la tunggu fulus ada dulu, baru boleh buat. Alhamdullillah, ada rezeki sikit hari tu, dapat la tunaikan impian terpendam selama setahun juga ni. Kenapa setahun je....???? Sebenarnya, saya dah ada kabinet dapur, buat sejak pindah rumah 6 tahun yang dulu. Last year, kitorang decide nak extend dapur, tapi duit cuma cukup untuk extend je, tapi tak cukup untuk nak buat kabinet baru. So, tahun ni baru boleh nak buat kabinet baru.

Table top untuk dapur ni, saya upah indon je buat. 8 kaki X 8.5 kaki X 8 kaki , bentuk U, kosnya adalah RM4000. Agak mahal tapi sebenarnya, ini bukan kos table top sahaja, macam-macam kerja kitorang suruh indon ni buat, piping, wiring, pasang sinki, pasang dapur dan ada la lagi kerja-kerja lain. So, bagi saya RM4000 ni kira berpatutan.

Untuk buat pintu kabinet dan tall unit, saya survey dalam google untuk cari dan compare harga. Senang juga guna internet ni, malas nak keluar cari kat kedai-kedai luar. Dari internet, saya terus contact in-charge person dan bagi ukuran untuk quotation. So, dalam beberapa minit diorang boleh bagi price. Saya buat comparison dengan 3 company, dan saya pilih yang termurah dan saya review juga testimonial dalam blog dia. Kerja kemas, cantik, tengok gambar pun puas hati. So, saya terus contact dengan 1 company ni dan confirm terus nak buat dengan dia. In charge person yang saya berurusan ni namanya En. Jamal. Boleh tengok website company ni , http://cabinetkitchen2020.blogspot.com/ .

En. Jamal ni bagus orangnya, semua pertanyaan saya di balas, so senang la saya nak buat bajet. Anggaran harga yang diberi oleh En. Jamal untuk kabinet dapur saya yang berbentuk U ialah RM3900 dan untuk tall unit yang berukuran 7.5 kaki panjang X 9 kaki tinggi lebih kurang RM2980. Anggaran ni untuk material  3g.

Lepas dah confirm pilih company ni, saya pun arrange appointment dengan En Jamal ni untuk datang buat ukuran. En Jamal ni datang tepat betul, janji pukul 10, lebih kurang pukul 10 gak dia sampai. Lepas dah ukur dan dapat harga sebenar, so saya dan husband discuss untuk finalize kan material kabinet dapur kitorang ni. At the end, kitorang decide, untuk dapur kat belakang yang bentuk U tu, kitorang buat melamine sahaja. Kabinet tall unit je buat dengan material 3g. Kos untuk kabinet ni En Jamal bagi RM6100 ++, tapi lepas tu dia bagi diskaun dan genapkan RM6000 sahaja. Dapat 1 free gift lagi, dish rack....hehehe. Overall, saya puas hati dengan servis En Jamal ni. Kabinet yang di pasang memang kemas dan cantik. Happy sangat.

Baru siap table top

Bentuk U
dah siap
Dapur gas (kiri) dan dapur elektrik
Oven pun siap dipasang
Tall unit


Pokok Rose Begonia

Assalamualaikum,

Fuhhhh....lama betul tak update blog ni. Tak tau la kenapa, kalau ikutkan tgh cuti sekolah ni, sepatutnya rajin la nak mengupdate, tapi hati ni rasa nak spend time dengan anak2 je. Seronok dapat jaga anak2 sendiri, masak untuk anak-anak, main dengan anak-anak........rasa macam nak berhenti kerja je......huhuhu.

Kali ni nak cerita pasal bunga, pokok begonia rose ni baru je dibeli kat nursery di sg buluh. Tak de plan pun nak beli pokok ni, tapi bila nampak cantik sangat bunga dia, terus teringin nak beli. Saja je nak mengisi masa time cuti sekolah ni, selain dapat spend time dgn anak-anak, ingat nak test bakat berkebun pulak....hehehe. Penjual bunga kat nursery tu cakap, pokok ni senang je nak jaga, letak kat tempat teduh yg boleh kena matahari sekejap. Tak boleh kena panas terik, nanti bunga dan daun boleh melecur, pas tu mati. Ok, macam senang je nak jaga kan. Baja letak 1 kali setiap 2 minggu, Siram pun, tak payah banyak sangat air. Secawan sehari dah cukup. Kalau musim panas, boleh lebihkan air.

Dah hampir seminggu jaga pokok ni, alhamdullillah, nampak macam positif je. Pokoknya makin banyak berbunga. Happy juga.....bukan apa, kadang-kadang beli pokok kat nursery, belum seminggu pun boleh mati......dah banyak dah pokok yang dibeli dulu mati je. Sedih sangat, Kali ni, lepas beli pokok begonia rose ni, terus google cara nak jaga dia. Lebih kurang sama je la macam penjual bunga kat nursery tu cakap. Harap-harap pokok ni terus sihat dan berbunga. Memang seronok rupanya tanam bunga ni, bangun pagi-pagi, terus tengok pokok bunga kat luar. Rasa tenang je kat hati ni, happy je tengok bunganya makin lebat. Betul la apa yang mama pernah cakap, bila tanam pokok ni, sebenarnya salah satu cara untuk hilangkan stress sebab pokok-pokok ni, dapat memberi ketenangan. Boleh lupa masalah sekejap.

Lepas ni, nak buat mini garden kat depan rumah ni, nak cari juga pokok-pokok lain untuk nak tanam, nak bagi cantik, warna-warni dan biar dapat tenangkan hati kalau tengok halaman rumah ni. Jom tengok bunga begonia rose ni. First time nak try tanam, saya beli begonia rose berwarna merah. Cantik betul bila snap gambar.

Rose begonia
Pokok kecik je, tapi bunganya banyak
Love the colour......beautiful

Sunday, 26 October 2014

Resepi Kek Mentega Pelangi

Assalamualaikum
Sebenarnya tgh tgk bola Kedah vs Pahang ni. Sambil2 dok jenguk bola, sempat juga lari2 ke dapur buat kek mentega ni. Sebenarnya kek ni permintaan kakak, dia suka sgt dgn kek butter ni. Resepi ni di ambil dari majalah SAJI.
Resepi Kek Mentega Pelangi
Bahan-bahan:
4 biji telur
250 g mentega
1 cawan gula
1/2 cawan susu cair
1 sudu teh esen vanilla
2 cwn tepung gandum
Pewarna merah, hijau dan kuning
Cara2 :
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanilla.
3. Masukkan susu cair perlahan-lahan.
4. Masukkan tepung dan kacau hingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 3 warna. Letakkan adunan dalam loyang secara berselang-seli.
6. Bakar pada suhu 175 °C selama 45-50 minit.
Thursday, 23 October 2014

Resepi Kek Yogurt Epal

Assalamualaikum,

Last week masa pergi shopping barang dapur, ternampak majalah Saji yang baru. Yang bestnya tema bulan November ni ialah kek & pastry. Dah tak fikir panjang dah, terus je beli satu. Baking is my passion, bila dapat majalah mcm ni, wow......rasa macam satu ketenangan pulak. Sampai rumah je, terus la belek2 majalah ni, banyak gak resepi best2. Memang tak sabar2 nak buat eksperimen kek-kek ni. Dalam banyak2 resepi tu, berkenan sangat dengan resepi kek yogurt epal. Ni la first kek yang nak cuba buat. So, semalam keluar ke Aeon Big cari bahan2 untuk buat kek ni. Memang menjadi ikut resepi ni. Kek pun sedap dan moist sangat. Memang marvellous.

Resepi Kek Yogurt Epal
Sumber : Majalah SAJI

Bahan-bahan:
3 biji buah epal hijau | potong kiub
25 g gula
1 g serbuk kulit kayu manis
50 g beri hitam
250 g mentega
5 biji telur
120 g yogurt
315 g tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1/4 sudu kecil soda bikarbonat

Cara menyediakan:
1. Panaskan kuali. masukkan epal, gula dan serbuk kayu manis, biarkan epal separa lembik.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
3. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul.
4. Masukkan yogurt, pukul hingga sebati.
5. Kemudian tuangkan tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat gaul sebati.
6. Setelah itu masukkan epal.
7. Tuangkan ke dalam acuan kek 8 inci yang telah dialas kertas. Bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 50 minit - 1 jam.

Resepi ni ada masukkan beri hitam tapi saya tak masukkan sebab masa shopping bahan2 ni, beri hitam tak de stok. So, saya tak letak beri hitam ni.

Epal yang dah separa lembik

Gula dan mentega mesti dipukul sampai kembang
Adunan yang siap untuk dibakar
Kek Yogurt Epal

Tuesday, 21 October 2014

Family Fun @ Bukit Gambang Resort City - Day 3

Assalamualaikum,

Hari ni tak de aktiviti pun Cuma nak check out dan balik ke Shah Alam. Badan pun terasa penat lagi. Ingatkan nak bawa anak2 mandi swimming pool tapi ayah cakap, dia dah penat, nak rehat je sebelum drive nanti. Kesian ayah......nt nak drive jauh. Nasib baik anak2 pun tak merengek2 minta nak mandi swimming pool, diorang pun penat lagi. Pukul 8.45 pagi kitorang turun breakfast dulu.

Egg omelet, chicken slice and mashed potato....mmg sedap

My favourite, rice porridge

Zafar yang enjoy makan roti canai

Lepas breakfast, balik bilik dan packing. Lepas tu check out pukul 11 pg. Huhuhu....sedih pulak nak balik. Enjoy betul holiday kat sini. Anak2 pun happy je kat sini. In sya Allah, ada rezeki kita datang lagi. Bye bye Bukit Gambang.

Lobby Caribbean Bay Suites
Atas shuttle

Family Fun @ Bukit Gambang Resort City - Day 2

Assalamualaikum,

Anak2 memang seronok sangat hari ni sebab dah janji nak bawa diorang pergi water park. Pagi2 bangun pergi breakfast dulu. Breakfast kat sini best2 juga. Banyak choice juga la. Ada nasi lemak, mi rebus, roti canai, buah-buahan, bubur nasi, mi goreng, roti, mashed potato, sausage dan ada banyak lagi sampai tak larat nak taip. Favourite saya masa breakfast ni ialah bubur nasi. Sedap pulak bubur nasi kat sini. Anak2 macam tak berapa selera nak breakfast, sebab dalam kepala tu dok fikir water park je. Dah faham sangat dah perangai anak2 ibu ni. Lepas breakfast, naik atas tukar swimming suit, lepas tu turun ke lobby dan tunggu tram. Kat sini, jauh juga kalau nak berjalan kaki dari hotel ke water park, sebab tu ada perkhidmatan tram untuk guest berulang alik. Naik tram dalam 5 minit je dah sampai ke water park.

haruslah berposing dulu sebelum basah lencun
Oleh sebab pakej bilik kitorang cuma cover 2 tiket dewasa, so tiket untuk Piya dan Qisya kena la beli. Zafar free je sebab tingginya bawah 90 cm. Dalam water park tak boleh pakai cash, guna sistem e-value. Ada bar code kat wrist band yang berfungsi sebagai e-value. Boleh top up bila2 masa kalau tak cukup. Kat dalam water park nanti, nak sewa pelampung ke, nak beli makanan ke, kena guna e-value ni. Bagus juga sebab kita tak payah la nak usung duit ke sana sini. Semua barang berharga boleh simpan kat locker. Locker kena sewa, RM10. Kitorang tak sewa pelampung pun sebab memang akan main air kat pool budak2 je. Biasa la, bila ramai anak kecik, kena la enjoy cara budak2 kecik kan. Tapi, yang penting, spend the time with kids.







Mula2 nak mandi, kami pergi ke Aqua Play. Kat sini memang khas untuk kanak-kanak, tapi Qisya dan Zafar takut pulak sebab ada mulut ikan besar yang akan curahkan air bila penuh. Bunyi air tu menakutkan Zafar dan Qisya, so diorang tak nak mandi kat sini. Terpaksa la pindah ke Kiddie Slide. Kat sini la diorang paling enjoy. Ada banyak slide boleh main. Qisya yang mula-mula takut nak naik slide sendiri, bila dah banyak kali ibu temankan, dah berani naik sendiri. Good girl anak ibu. Memang dah tak ke mana2 dah, anak2 nak main kat sini je. Walau pun ada banyak lagi tempat lain boleh enjoy, tapi Kiddie Slide ni la tempat paling best untuk budak2.

Dalam pukul 1, semua dah lapar. Makanan dari luar tak boleh bawa masuk. Kena beli kat dalam water park ni je guna e-value. Mahal2 juga la harganya, burger RM4.80, hotdog RM5.80, nasi lemak RM5.80, nasi kukus ayam berempah pun ada tapi harganya RM10.80. Huhuhuhu.......mahal kan. Tapi dah lapar, beli la juga.

Antara gerai dalam water park


 3 jam juga spend time kat sini. Dalam pukul 2 tu, kitorang stop mandi sebab nak masuk ke safari pulak. Jenuh juga nak memujuk anak2 ni, semuanya tak puas mandi lagi. Kitorang plan nak balik bilik sekejap, mandi dan tukar baju, lepas tu akan sambung untuk masuk safari pulak.

Pukul 3.30 kitorang dah sampai kat entrance Bukit Gambang Safari Park ni. Tiket untuk desa berharga RM38 dan untuk kanak2 berharga RM28. Tiket ni untuk Safari Park dan Night Jungle. Malam2 pun boleh masuk ke sini. Kebetulan masa sampai tu, ada Multi Animal Show kat Village Arena pukul 4 petang, so kitorang tunggu nak tengok show dulu sebelum nak masuk ke Wild Savannah.

Sun bear show

Ada poney comel
Anatara binatang2 yang terlibat dengan show
Habis je tengok Multi Animal Show ni, kitorang berjalan kaki untuk ke Wild Savannah. Jauh juga nak jalan kaki untuk sampai ke stesen tram Wild Savannah ni. Kakak dah tak larat nak jalan, kesian dia. Bila sampai kat stesen tram, rezeki dapat naik tram dulu sebab ada group yang ramai kat depan tak nak naik lagi, nak tunggu group diorang sampai semua kot. Bila dapat masuk tram lega rasanya, dapat duduk dan aircond pun sejuk. Ada seorang tour guide dalam tram yang cerita pasal binatang2 kat Wild Savannah ni.

harimau bintang

Dubok
Ostrich and zebra


Rusa
Harimau
Ada banyak lagi binatang lain dalam Wild Savannah ni. Gajah, singa, kudu, lembu, kambing gurun, badak air dan banyak lagi yang boleh kita lihat kat sini. Puas hati juga dapat tengok Wild Savannah ni. 1 jam juga la naik tram tengok Wild Savannah ni. Habis je pusing-pusing dalam Wild Savannah ni, kitorang terus balik hotel. Tour guide ada bagitau, malam ni ada Tarzan show pukul 8 malam. Kitorang ni sebenarnya dah penat, tak tau la nak ke tak. Apa2 pun, balik bilik hoel dulu. Kalau anak2 semua ok, boleh la datang tengok show lagi malam ni.

Balik bilik, dapat la rehat2 dalam 1 setengah jam. Lepas tu bersiap2 nak pergi dinner dulu. Sedap juga makan malam ni. Walau pun tak banyak choice sangat, tapi masakannya sedap. Tak sempat nak snap gambar buffet dinner ni sebab nak cepat ke Safari Park, nak tengok show. Kitorang naik tran pun dah pukul 7.55 ptg, sampai kat Village Arena, show dah start tapi nasib baik baru je start. Sempat la lagi nak tengok Tarzan show ni.


Gorila tengah menyakat
Tarzan dah kena tangkap
Lepas habis tarzan show ni, kitorang tengok Fire Show pulak kat luar Village Arena. Tak de tempat duduk so kena la duduk atas lantai je. Tengok la warrior2 ni main api dan makan api. Power betul diorang ni, main sembur2 api, huhuhu....panas tau.

Main pusing2 api
Tu ha semburan api yang agak massive
Lepas tengok Fire Show ni, semua dah penat. Tak sabar2 nak balik bilik dan tidur. Malam tu semua orang tidur dengan nyenyaknya, penat la tu semuanya. Seharian enjoy kat water park dan safari park.
Sebelum balik, ternampak singa putih dekat Simba Hill Gourmet Hall. Sempat la posing dengan white lion ni. Dekat BGRC ni je ada white lion kat Malaysia ni. Kalau dinner kat sini, boleh la dinner sambil2 tengok Simba the white lion ni.

Singa putih
Qisya and white lion

Kakak posing ala Elsa 





Family Fun @ Bukit Gambang Resort City - Day 1

Assalamualaikum,

Hujan lebat betul hari ni. Syok gak nak menaip entry baru ni. Sejuk je cuaca sekarang ni. Semalam baru je balik dari bukit gambang. Saja bawa anak2 mandi manda kat Bukit Gambang Waterpark. Dapat deal yang berbaloi kat Groupon. Pakej 3 hari 2 malam sekali dengan tiket masuk ke water park untuk 2 dewasa. Lepas tu ada breakfast dan dinner buffet sekali. Semuanya untuk 2 orang, so kena beli tiket untuk anak2 je la time nak masuk water park, breakfast dengan dinner buffet tu bayar untuk kakak sorang je. Kitorang bertolak dalam pukul 11 pagi dari shah alam. Sampai lebih kurang pukul 3 kat gambang, just nice untuk check in. Lambat gak sampai sebab jem lama dekat MRR2. Tak tau la kenapa jem lama sangat. Husband cakap, kat situ memang selalu je jem, kereta memang banyak. Lepas bayar tol kat plaza tol Gombak, baru la boleh bawa kereta laju sikit.

Kami check in kat Caribbean Bay Resort. Bilik yang ditempah ni sebenarnya untuk 2 orang tapi alhamdullillah, katilnya besar, 2 twins digabung skali, so dapat la kitorang 5 sefamily tidur atas katil. Kalau katil kecil, selalunya kakak la yang kena tidur atas sofa. Hihihi....kesian kakak.





Ok juga la biliknya, tak la mewah pun, biasa je. Tapi puas hati juga sebab aircond memang sejuk dan water heater pun bagus. Air memang kuat dan puas hati mandi. TV memang fail la, zaman sekarang dah tak de dah TV kotak mcm tu, tapi may be nak save budget kot, ada TV kotak je la. Lepas dah check in, terus bagi budak2 mandi, biar segar sket badan tu. Lepas tu semuanya mengadu dah lapar, termasuk la ayahnya, ingatkan nak order room service je. Rupa2nya tak de room service kat sini, kena la makan kat coffe house dia. So, lepas dah siap, semua pergi coffe house sebab dah kelaparan.

Konsep gerai kat Caribbean Coffe House
Harga kat Coffee House ni boleh tahan juga tapi tak la semahal hotel-hotel 5 bintang. Kiranya berpatutan la dengan resortnya. Kami makan nasi goreng kampung, grilled black pepper chicken dan spaghetti boloignese, air pulak 3 ice lemon tea, semuanya RM66. Sambil2 makan ni, sebenarnya tengah plan nak jumpa member lama kat USM dulu kat kuantan. Plan asal nak jumpa petang tapi member ajak jumpa malam sebab nak belanja kitorang makan malam. Memang best la Ida ni.

Kitorang keluar dalam pukul 7.20 malam, dah berjanji dengan member nak jumpa kat Kuantan. Ida dengan husband dia Syam, nak bawa kitorang ke Tg Lumpur, makan seafood. Wow....bestnya. Memang feveret la nak makan seafood ni. Ida dah siap tempah, sampai je kat gerai tu, dah siap atas meja, tinggal nak ngap aje. Si kakak pulak buat special request nak sotong gorang tepung. Achik Ida melayan la pulak, siap order lagi sepinggan pulak sotong goreng tepung khas untuk Suffiya. Banyak betul lauk yang Ida order, tergezut kitorang. Memang tak leh nak habis semua ni. Ida cakap, makan puas2. Memang puas pun sampai tak habis nak makan. Memang sedap dan puas hati betul makan seafood kat sini. Thank u Ida. Nak tolong bayar separuh pun dia tak kasi, memang dia nak belanja katanya. Tak puas pulak jumpa Ida ni, kitorang ni kawan lama sejak matriks USM dulu lagi. Sejak masing-masing dah kerja dan kahwin, memang jarang sangat berjumpa. In sya Allah, lain kali harap boleh jumpa puas2. Jom tengok apa kitorang makan malam tu. Best tau.....

Ada sotong, ketam, ikan, sayur campur.....mmg marvellous
Ni la my best friend, Ida

Ayah yang kena layan Zafar
We all and our kids
Memang kekenyangan la malam tu. Dalam pukul 9.45 malam, kitorang pun balik ke hotel. Thank u Ida and Syam. Memang happy sangat dapat jumpa korang. Sampai bilik hotel, semua dah layu. Anak2 mandi lagi skali sebab berjalan malam2 kan. Lepas tu semua memang tidur dengan nyenyaknya. Tak sabar2 nak masuk water park esok.