Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Tuesday, 15 April 2014

Resepi Puding Kastad Koktel Kristal

Assalamualaikum,

Meh nak share resepi dessert yg sgt sedap ni, dah lama jadi favourite family kitorang sejak saya jumpa resepi ni tahun 2007 (kot....ingat2 lupa la). Namanya Puding Kastad Koktel Kristal.

Puding Kastad Koktel Kristal

Puding:
2 cwn tepung kastad
9-10 cwn air
2 cwn susu cair Ideal
1 cwn gula kastor

Kuah koktel:
2 cwn susu cair Ideal
2 cwn air
1 cwn gula kastor
1 tin buah koktel

Cara-caranya:
1. Campurkan semua bahan-bahan puding, kacau hingga sebati. Bila dah sebati, baru panaskan di atas dapur. Guna api perlahan. Kacau hingga pekat dan mendidih.
2. Untuk kuah koktel, campurkan susu cair, air dan gula, panaskan di atas api sederhana. Bila dah hancur semua gula, boleh tutup api. Sejukkan. Boleh campur dengan 1 tin buah koktel bila dah sejuk.



Adunan di atas boleh dapat dua pyrex macam dalam gambar ni. Memang banyak, boleh ajak adik beradik datang makan sekali. Kalau nak, boleh juga buat separuh daripada adunan di atas. Senang sangat nak buat. Paling best kalau makan time panas-panas. Kadang-kadang dalam koktel tu saya tambah buah laici sebab saya dan husband suka makan buah laici.
Monday, 14 April 2014

Dr. G BB Cream

Assalamualaikum,

Ramai yang dah tau pasal BB cream kan?? Saya pun pernah guna BB cream sebelum ni tapi tak perbah buat survey BB cream mana yang bagus. So, baru-baru ni rasa macam nak guna BB cream pulak sebab rasanya lebih rata kulit muka ni kalau pakai BB cream. Sebelum ni saya cuma guna toner, mosturizer dan krim SPF 50 saja. Bila buat blog walking, ramai juga yang suka guna BB cream ni dan memang nampak kulit jadi licin bila letak BB cream ni.

Bila buat survey kat internet, tertarik juga dengan review beberapa orang yang guna BB cream dan paling ramai puji BB cream Dr. G dari Korea ni. Macam best je kan, bila tengok muka diorang yang letak BB cream ni pon...wow....memang nampak licin je kulitnya. Memang ini la yang saya cari, cream yang boleh buat kulit nampak rata, licin dan ada sun protection. Lepas kerja, terus je singgah kat Aeon Bukit Tinggi, sebab setakat ni krim ni boleh di beli di kedai Sasa je. Kalau ada kedai lain tu, tak tau la pulak kan. Bila masuk je dalam Sasa tu, saya tanya sales girl tu, nak beli BB cream. Terus je dia bawa saya ke rak yang ada BB cream Dr, G ni. Dia pun promote la macam2, kalau dia tak promote pun, memang saya nak beli...hehehe. BB cream ni memang ramai yang beli dan masa saya beli pun, tinggal beberapa kotak je, tu pun yang saiz kecil 45 ml. Harga yang 45 ml ni RM69.

Esoknya, terus la pakai sebelum pergi kerja kan. Memang betul la review yang saya baca, teksturnya smooth je, senang nak apply kat muka. Guna pun sikit je, nipis je kat atas kulit muka. Seharian rasa ok je muka ni.... tak rasa rimas dan yang penting, tak oily. Memang best la guna BB cream ni. Sekarang nak tengok hasil lepas beberapa minggu sebab ada yang cakap, kulit jadi lebih cerah bila dah guna 1-2 minggu. In sya Allah, akan di update lagi.
Brightening Balm Dr. G RM69 (45ml)


Dermalogica Daily Microfoliant



Assalamualaikum,

Sejak dah mula guna produk Dermalogica ni, ada juga perubahan kat muka ni. So, memang puas hati juga la sebab kulit pun dh mula nampak glowing gitu. Daily microfoliant ni adalah salah satu produk yang sangat saya suka sebab bila pakai tu boleh rasa kulit lembut dan mulus lepas pakai. Daily microfoliant ni untuk buang sel-sel kulit mati kat kulit muka, so bila dah buang semua sel-sel mati tu, muka akan nampak glowing. Daily microfoliant ni dalam bentuk serbuk sebab ia adalah dari beras dan di campur dengan beberapa bahan lain.

Sebelum beli daily microfoliant ni, banyak juga saya survey dan baca review dari blog lain, dan kebanyakannya memang puas hati dengan hasilnya, sebab tu la saya berani beli. Baru sebulan je saya guna tapi dah boleh rasa perbezaan kulit yang ketara. Kulit jadi lebih lembut dan semakin cerah. Sebotol saiz 50 ml ni berharga RM200++ tapi sebab saya ada membership kat La Maison De Beaute ni, saya dapat harga promotion 20%, so memang rasa berbaloi la bila beli time promotion ni. Kalau diikutkan, memang suka nak dapat less untuk produk Dermalogica ni. Memang tak rugi beli sebab walaupun agak mahal, tapi boleh tahan lama. Kalau review yang pernah saya baca masa buat blog walking, sebotol daily microfoliant saiz 50 ml ni boleh bertahan 7-8 bulan sebab hanya guna 2-3 kali sahaja seminggu.

Cara nak pakai pun senang je, masa saya beli ni, Irene (my beautician) dah tunjuk cara nak pakai. Tuang kat kat tapak tangan dalam anggaran setengah sudu teh, basahkan dengan air sedikit dan gosok atas tapak tangan hingga serbuk tadi berubah jadi krim dan berbuih, lepas tu gosokkan pada muka. Kalau rasa agak kering, basahkan tangan sedikit dan gosok pada muka, 2-3 minit je. Lepas tu bilas la dengan air. Boleh rasa muka jadi lembut dan licin lepas bilas. Untuk kulit saya, hanya perlu guna 2-3 kali seminggu. Kalau ada yang nak cuba, boleh beli dari mana-mana beauty house yang menggunakan produk Dermalogica sebab selalunya jika mereka buat facial guna produk Dermalogica, mereka juga akan jual produk yang sama.