Ramai yang dah tau pasal BB cream kan?? Saya pun pernah guna BB cream sebelum ni tapi tak perbah buat survey BB cream mana yang bagus. So, baru-baru ni rasa macam nak guna BB cream pulak sebab rasanya lebih rata kulit muka ni kalau pakai BB cream. Sebelum ni saya cuma guna toner, mosturizer dan krim SPF 50 saja. Bila buat blog walking, ramai juga yang suka guna BB cream ni dan memang nampak kulit jadi licin bila letak BB cream ni.
Bila buat survey kat internet, tertarik juga dengan review beberapa orang yang guna BB cream dan paling ramai puji BB cream Dr. G dari Korea ni. Macam best je kan, bila tengok muka diorang yang letak BB cream ni pon...wow....memang nampak licin je kulitnya. Memang ini la yang saya cari, cream yang boleh buat kulit nampak rata, licin dan ada sun protection. Lepas kerja, terus je singgah kat Aeon Bukit Tinggi, sebab setakat ni krim ni boleh di beli di kedai Sasa je. Kalau ada kedai lain tu, tak tau la pulak kan. Bila masuk je dalam Sasa tu, saya tanya sales girl tu, nak beli BB cream. Terus je dia bawa saya ke rak yang ada BB cream Dr, G ni. Dia pun promote la macam2, kalau dia tak promote pun, memang saya nak beli...hehehe. BB cream ni memang ramai yang beli dan masa saya beli pun, tinggal beberapa kotak je, tu pun yang saiz kecil 45 ml. Harga yang 45 ml ni RM69.
Esoknya, terus la pakai sebelum pergi kerja kan. Memang betul la review yang saya baca, teksturnya smooth je, senang nak apply kat muka. Guna pun sikit je, nipis je kat atas kulit muka. Seharian rasa ok je muka ni.... tak rasa rimas dan yang penting, tak oily. Memang best la guna BB cream ni. Sekarang nak tengok hasil lepas beberapa minggu sebab ada yang cakap, kulit jadi lebih cerah bila dah guna 1-2 minggu. In sya Allah, akan di update lagi.
Brightening Balm Dr. G RM69 (45ml) |
0 comments:
Post a Comment