Lama juga tak buka blog ni. Semakin hari semakin banyak kerja, bila rasa free sket baru la boleh jengok blog ni. Hero yang sorang tu dah selamat tidor, so boleh la ibu ber'lappy' sekejap.
Kali ni nak story tentang short holiday kitorang last week. 2 hari 1 malam di Cameron Highlands. Rasa macam tak cukup plak pergi 2 hari 1 malam je. Tak pe, ada rezeki kita pergi lagi. Sebenarnya, dapat good deal kat Groupon, RM200++ je untuk bilik 4 orang kat Hotel De La Ferns.
Hotel De La Ferns |
Piya dan Zafar posing atas katil |
Nampak delicious sangat papan kat belakang tu kan. Kat sini bukan je ada strawberi, tapi ada juga sayur-sayur lain yang di tanam, memang nampak fresh dan sedap la syur-sayur tu. Hijau mata memandang. Kat sini ada juga tempat untuk menikmati strawberi ni dalam pelbagai menu, ada waffle, sundae, strawberi fondue, dan banyak lagi la.
Memang puas hati la dapat makan aiskrim sundae dan waffle ni. Satu ni memang Qisya punya je tapi dia tak habis pun, makan separuh dah kenyang katanya. Lepas makan-makan ni, pergi shopping sekejap, ada mini mart kat situ yang jual barang-barang berasaskan strawberi. So, ada la beli serba sedikit buat buah tangan dari Cameron Highlands ni.
Lepas makan-makan tu, kitorang jalan-jalan la tengok-tengok apa yang ada kat situ. Ada pokok-pokok bunga, kaktus dan juga pokok-pokok strawberi.
Hari pertama memang just ke strawberry farm ni je. Lebih kurang 2 jam juga kat sini, lepas tu terus balik hotel. Malam ni just nak relax-relax je kat bilik. Waktu malam, semua dah penat, so dinner kat hotel je. Ambil set steamboat untuk 2 orang, tapi makananya macam untuk 4 orang. Rate steamboat kat hotel pun tak mahal sangat RM30 je seorang. Sedap juga steamboat kat hotel ni, memang kenyang sangat dan tak habis semua.....rasa banyak sangat pulak. Overall, hari ni memang happy.
0 comments:
Post a Comment