Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Tuesday, 21 January 2014

Spa Citra Sari

Assalamualaikum,

Petang-petang ni seronoknya relax2 kat rumah sambil tengok anak-anak dok main kat luar rumah. Teringat pulak nak update blog dan kali ni just nak cerita pasal hati yang seronok sebab dapat beli pakej spa murah dalam Groupon. Dah beberapa kali beli pakej spa kat Groupon tapi yang ni rasa macam berbeza sikit. Tengok treatment dalam pakej ni macam best je.Harga sebenar pakej ni ialah RM503. Ada body massage, body scrub, body mask dan herbal bath dan offer dalam Groupon cuma RM68 je. Itu harga untuk weekdays, kalau weekend kena tambah RM10, so RM78 untuk weekend.

Voucher Groupon

Kalau nak tau lebih lanjut, boleh tengok kat sini https://www.groupon.my/deals/klang/Citra-Sari-Spa/717926653

 Nanti bila dah pergi buat treatment ni, saya akan update lagi siap dengan gambar lagi.
Saturday, 18 January 2014

Resepi roti kismis dan cinnamon

Assalamualaikum,
Bestnya sebab dapat relax 3 hari minggu ni (Jumaat public holiday Thaipusam). Kebetulan mama datang dari kampung, bestnya dapat spend time dengan mama. Bila ada mama, banyak la topik perbincangan termasuk la resepi. Memang seronok try resepi baru bila ada mama sebab mama pun memang suka masak. So, hari hari Khamis, balik je dari sekolah, terus singgah kedai Bagus beli barang-barang nak baking. Sebenarnya teringin nak buat roti sebab dah lama tak buat. Breadmaker dah jadi hiasan je kat dapur tu. Belek-belek buku resepi so teringin la nak try buat roti kismis dan cinnamon ni. Ni lah resepinya.

Roti Kismis dan Cinnamon

1 1/2 cawan air
4 sudu besar susu tepung
4 sudu besar minyak bunga matahari (sunflower oil)
3 sudu besar gula
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil cinnamon (serbuk kulit kayu manis)
4 cawan tepung gandum (saya guna tepung high protein)
2 sudu kecil yis(saya guna mauripan)
3/4 cawan kismis (dicampur dalam adunan selepas bunyi beep)

Campurkan semua bahan diatas dalam breadmaker.

Senang je buat roti guna breadmaker ni. Campur semua dan akan siap diuli dan dimasak dalam tempoh 3 jam.

Ni la rupa roti lepas di masak.

Memang gebu dan lembut.
Friday, 10 January 2014

Resepi Puding Susu

Pudding is my obsession. Banyak juga koleksi puding yang saya ada dan banyak juga yang dah di cuba. Hari ni saya nak share satu resepi puding yang sgt simple....anak-anak saya memang suka puding ni.

Puding Susu

1 bungkus agar-agar (10g)
1 biji telur
3/4 cawan gula pasir
1/2 tin susu cair
2 sudu makan tepung kastad
4 cawan air

Cara-cara:
1. Masak agar-agar dengan air dan gula hingga mendidih. Tutup, biar sebentar.
2. Bancuh tepung kastad, telur dan susu cair. Sebatikan dan tapis.
3. Masukkan bancuhan telur tadi ke dalam agar-agar dan kacau atas api perlahan.
4. Tutup api, bahagikan kepada warna asal, merah dan hijau.
5. Masukkan berselang-seli dalam acuan.

Saturday, 28 December 2013

Resepi donat gebu dan lembut

Assalamualaikum,

Nak share satu resepi yang saya google dulu. Dah lama dah dapat resepi ni sampai dah lupa pulak saya ambik kat blog sapa. Selalu buat donat guna resepi ni sebab tak payah nak perap tepung tu lama-lama.


Donat

500 g tepung gandum
3 sudu besar gula
3 sudu besar susu tepung
1 sudu teh garam
2 sudu besar marjerin
11g yis mauripan (rendam dalam air suam sampai kembang)
Sedikit air sejuk dari peti ais

Cara-cara:
1. Sediakan tepung gandum dalam mangkuk adunan. Buat satu lubang di tengah-tengah tepung gandum.
2. Masukkan gula, susu tepung, garam dan marjerin pada lubang tersebut. Gaulkan hingga mesra dan sebati.
3. Apabila yis dah kembang, tuangkan yis tersebut dalam tepung dan gaul hingga menjadi doh. Tambah sedikit air sejuk dan uli hingga menjadi doh. Tambahn tepung sedikit demi sedikit jika adunan agak lembik.
4. Apabila dah jadi doh, boleh la di canai dan di terap dengan acuan.
5. Goreng donat guna api yang perlahan hingga berwarna kekuning-kuningan. Lepas dah masak, angkat dan boleh la digaul dengan gula kastor.

                      Donat sebelum di goreng

                       Goreng hingga kekuning-kuningan

Untuk adunan ni, selalunya boleh dapat dalam 26 biji donat saiz sederhana. Memang kenyang la makan satu family, siap boleh bagi jiran sebelah lagi. Anak-anak memang suka makan donat dan selalunya donat ni saya buat untuk breakfast atau pun minum petang.

Qaseh Gold

Assalamualikum,

Sekarang ni produk Qaseh Gold ni agak popular di pasaran. Ramai yang dah mencubanya dan ada yang mengakui keberkesanannya. Bila tengok ramai orang dah cuba, teringin juga nak cuba. Kebetulan seorang sahabat baru mula berbisnes Qaseh Gold ni, senang la saya nak dapatkan produk ni. Qaseh Gold ni ada 3 jenis, Qaseh Gold Adinda untuk perempuan, Qaseh Gold Kekanda untuk lelaki dan Qaseh Gold Junior untuk kanak-kanak.





Saya baru je dapat Qaseh Gold Adinda ni 2 hari lepas tapi belum makan lagi sebab saya sedang makan Bidadari. Nak habiskan Bidadari dulu baru nak mula makan Qaseh Gold Adinda ni. Saya pun dah pesan Qaseh Gold Kekanda dengan Qaseh Gold Junior untuk suami dan anak-anak. In sha Allah, lepas dah try dan ada kesan, saya akan update lagi.

Alhamdulillah, dah hampir sebulan saya amalkan Qaseh Gold ni. Memang sesuai dengan badan saya, badan rasa ringan dan bertenaga. Dan yang paling best, susu saya makin bertambah.Walaupun baby Zafar dah 1 tahun 4 bulan, saya still full breast feeding dan Qaseh Gold ni dah terbukti menambahkan air susu ibu. Alhamdulillah, rezeki Zafar.

Kalau ada yang berminat, boleh la order dengan saya, SMS atau whatsapp, 0193895191.
Wednesday, 25 December 2013

Happy Birthday Zafar

Assalamualaikum,

Dah lama nak tulis pasal birthday Zafar ni, tapi agak sibuk sikit, banyak kerja sebab dah nak exam. Tanggal 28 September 2013, genaplah umur Zafar setahun, Setiap anak memang akan disambut harijadi yang pertama walaupun secara sederhana. Kali ni birthday Zafar kitorang sambut kat Pizza Hut Bukit Kemuning. Husband yang suggest supaya buat kat luar supaya tak payah nak kemas rumah.


Ni la kek birthday Zafar. Dah lama teringin nak order kek macam ni, kagum jugak dengan orang yang boleh buat kek macam ni. Macam biasa, sejak 2011 lagi kalau nak buat birthday je, mesti order dengan kak zai. Kek kak Zai ni memang cantik, dan yang penting sangat sedap. Untuk kek Zafar ni, saya pilih perisa chocolate moist dengan topping cream.
Ada lagi 2 kek Zafar sebenarnya, kebetulan nak balik kampung, so husband suruh order satu lagi kek untuk celebrate kat kampung.


Satu lagi kek Zafar untuk nak hantar rumah ummi dia. Ummi ni ialah orang yang jaga anak-anak kitorang sejak Suffiya umur 3 tahun sampai la sekarang. So, sebagai menghargai jasa ummi, sempena birthday Zafar ni, kitorang nak bagi sebiji kek untuk family Ummi.


Cantik kek-kek Zafar ni. Sapa nak order boleh la tengok blog My Pu3 Cake House ni.

Birthday boy nak tiup lilin tapi ramai pulak yang nak tumpang tiup sekali...hihihi.


                         Hadiah-hadiah Zafar....thank u u'olls

Restoran Jemari

Assalamualaikum,

Hari ni terasa rajin pulak nak buat entry. Nak cerita tentang restoran yang baru je pergi 2 malam yang lepas. Sebenarnya cari restoran lain tapi setelah 3-4 kali husband tawaf, tak jumpa-jumpa jugak, so kitorang decide makan je la restoran apa yang ada. Restoran Jemari ni terletak kat seksyen 7 Shah Alam. Mula-mula masuk macam tak ramai orang, tapi lepas je kitorang order, ramai pulak yang datang sampai meja dah penuh. Ada satu family tu sanggup tunggu dalam 10 minit untuk dapat meja sebab meja dah penuh.

Restoran ni agak cantik juga dari segi dekorasinya. For me, konsepnya nampak simple and comfy. Kitorang duduk dekat kerusi panjang dan ada bantal kusyen kecik-kecik. Senang sikit kalau nak menyusu Zafar nanti. Makanan saya pilih restoran Jemari punya special menu, nasi goreng Thai kot namanya. Husband nak cuba tom yam seafood, makan dengan nasi putih dan telur dadar. Anak-anak pula saya order nasi goreng cina. Air pula saya pilih air epal asam boi, husband order jus tembikai laici dan si Suffiya nak air sirap.

Tom yam seafood memang sedap dan pedas, husband kata menepati citarasa dia. Nasi goreng Thai pula sedap juga, ada kerabu mangga sebagai sampingan, sedap dan berselera juga saya makan. Nasi goreng cina anak-anak pun tidak mengecewakan, antara yang sedap juga yang pernah kami rasa. Overall, sedap la makan kat sini, boleh juga datang lagi dan try makanan lain pulak. Air epal asam boi tu memang sedap la untuk tekak saya.

                                                     Menu, harga agak pricey jugak
                                   
                                                        Air epal asam boi

                                                        Jus tembikai laici

                                              Tom yam seafood

                                                     Nasi goreng Thai

                                                        Tempat duduk dengan kusyen