Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Thursday, 19 June 2014

Bercuti ke Adelaide 1

Assalamualaikum,

Dah lama tunggu saat ini, akhirnya tiba jua. Plan untuk bercuti ke Adelaide ni dah lama plan sejak hujung tahun lepas. Sebenarnya, tak de plan pun nak pergi oversea tahun ni. Saja je masuk Air Asia dan try tengok harga tiket, tiba-tiba terkejut sebab harga tiket ke Adelaide cuma RM 8.00 sahaja. Macam tak percaya je. 2 -3 kali juga buat, masih keluar harga yang sama. Tiket balik RM 111. So, saya rasa memang rezeki kami sekeluarga la nak melancong ke Adelaide pulak. So, bila dah buat booking, harga total untuk kami sekeluarga  termasuk cukai, beg dan makanan adalah RM3600 ++.

Flight ke Adelaide adalah pada 8 Jun 2014. Mak dan adik pun join untuk vacation kali ni. Ramai la juga jadinya. Sampai ke Adelaide dalam pukul 8.00 pagi waktu Adelaide. Cuaca masa sampai sangat sejuk, 6 darjah celcius. Kena pakai jaket dan glove sekali. Sampai je airport, lepas dapat luggage, terus cari teksi untuk ke apartment.

Depan airport
Banyak beg kitorang
Apartment yang kitorang sewa ni adalah 3 bedroom apartment tapi masa tu ada promotion, dapat 3 bedroom apartment tapi bayar harga untuk 2 bedroom apartment je. Rezeki la jugak kan. Kami semua 7 orang, sebab tu kena cari apartment yang banyak bilik. Kalau travel tempat makan mahal macam Australia ni, kena la cari apartment sebab nak masak. Jimat banyak kalau boleh masak kat apartment.


Ruang tamu 

Dapur

Ruang tamu

Dapur gas

Master bedroom

Third bedroom

TV kat master bedroom

Bilik air kedua

Second bedroom

Bathroom master bedroom
Apartment memang besar, ada 2 storey. Tingkat bawah ada ruang tamu, meja makan dan dapur. Bilik semua kat tingkat atas. Kebetulan pulak dapat apartment nombor 5, sama dengan nombor rumah, terasa macam rumah sendiri pulak.....ceewwwaaahhhh.

Hari pertama sampai ni, anak-anak mengantuk betul, diorang tidor je.....cuaca pulak sejuk, memang best la tidur je. Saya dan husband, pergi beli barang-barang dapur, nak masak makan malam nanti, so kena pergi beli jugak walaupun mata agak mengantuk sebab tak tidur langsung atas flight. Jalan kaki je ke supermarket Coles, dalam 10 minit je dh boleh sampai. Oleh sebab Zafar tak tidur, bawa la Zafar sekali jalan-jalan.


Depan Supreme Court

Background Victoria Square
Kat Chinatown
Jumpa Nutella besar kat Central market
Shopping kat Coles
Hari pertama just relax dan shopping je. Second day esok baru la start jalan-jalan. Ok, nnt cerita pasal jalan-jalan pulak.
Wednesday, 4 June 2014

Happy 10th Anniversary

Assalamualaikum,

Dah seminggu lebih cuti sekolah, bizi betul bila jadi suri rumah sepenuh masa ni. Yang penting, perut anak-anak mesti sentiasa kenyang, baru la diorang tak meragam. Lama gak tak buat entry, bizi le katakan.....hehehe. Pagi ni rasanya boleh la jugak tengok blog ni dan ada entry baru hari ni. Nak story pasal ulangtahun perkahwinan yang ke 10 tahun. Sebenarnya tak de celebrate sesangat pun. Tapi nak juga buat sesuatu yang akan jadi memori anniversary yang ke 10 ni. Seminggu sebelum anniversary ni, saya dah tempah kek dengan kak Zai My Pu3 Cake House. Kek kak Zai ni memang favourite kitorang especially choc moist cake. Tempah diam-diam je, hubby pun tak tau. Hari Khamis, 29 Mei 2014, husband balik dari kerja, tup tup dia dah bawa kek. Ini memang surprise, tak sangka dia pun tempah kek juga. Love u my hubby. Kek rainbow caramel, cantik dan sedap. Anak-anak pun suka sangat dengan kek ni. Husband tempah dengan kawan dia kat ofis je katanya.

Kek Anniversary dari husband
Zafar sempat pulak dapat pisau potong kek tu dan tercacat la sikit decoration kat kek ni. Huhuhu......pantas sungguh baby boy sorang ni tau. Lepas dinner malam tu, terus makan kek ni, memang sedap, just nice je rasanya dan tak manis sangat. Hadiah anniversary untuk husband pun dah beli, ingatkan nak bagi hari sabtu, sekali dengan kek yang ditempah tu, tapi oleh sebab husband dah bagi kek ni, saya pun terus bagi hadiah anniversary untuk husband.
Pen Sheaffer
Pagi tu kebetulan ada hal skit kena pegi sekolah, so balik tu terus singgah belikan hadiah ni untuk husband. Kebetulan ada offer, 50% less. Harga sebenar RM340, so lepas less dapat harga offer RM170 je. Memang terus beli. Engrave kat pen tu Hpy 10th Anniversary. Siap bungkus dan dapat paper bag sekali.

Hari Sabtu, saya minta tolong husband pergi ambil kek kat Giant, check point untuk ambil kek kak Zai ni bagi customer kat Shah Alam ni. Husband cakap dia dh agak saya mesti tempah kek dengan kak Zai ni, cuma dia pun excited nak tengok kek ni macam mana. Kek kak Zai ni memang cantik. Lama juga tunggu husband pegi ambil kek, dekat sejam lebih dah tapi tak balik lagi. Bila husband sampai, bestnya nak tengok kek ni. Husband bawa kek masuk, saya dan anak-anak excited buka kotak nak tengok kek, rupa-rupanya husband ada satu lagi surprise untuk saya. Tengah kitorang sibuk nak tengok kek tu, tiba-tiba husband masuk bawa flower bouquet. Wow....................memang cantik dan happy sangat. Terus peluk hubby....yeayyyyyyyyyyyyyyyy......seronoknya hari ni.

12 roses and 8 lilies flower bouquet
Anniversary cake for husband

Comel tak bear tu....hehehe
Kek dan bunga

Peach roses and lilac lily, so beautiful
Petang tu pakai baju cantik-cantik skit sebab nak tangkap gambar. Saja nak buat kenang-kenangan. Celebrate kat rumah je. Actually, ada juga plan nak celebrate kat luar, tidur kat hotel ke, tapi sebab lagi seminggu nak pergi holiday, so celebrate kat rumah je la. Sebenarnya, holiday ni pun sempena nak sambut anniversary yang ke 10 tahun.

Love u forever My Love
Love this
Aniversary wish
flower bouquet ni nak sama besar dengan Qisya

Monday, 19 May 2014

COVO Flawless Dual Finish Powder SPF 25

Assalamualaikum,

Flawless Dual Finish Powder SPF 25

Pernah dengar tak brand COVO? Saya pun baru je tau pasal brand ni. Masa jalan-jalan di Aeon hari tu, ternampak la kaunter Covo ni buat promotion bedak ni. Salesgirl tu memang promote la bedak ni kat saya. Akhirnya terbeli la juga bedak ni. Kenapa saya beli, sebab offer dia memang besttttttt.....................harga bedak ni RM79 dan harga offer cuma RM19 sahaja......terus la beli kan. So, esok tu terus la try bedak ni masa pergi kerja, wowwww..................memang best la bedak ni. Muka nampak licin dan senang je nak pakai, glide cantiiikkkkk je atas kulit muka. Kiranya, senang la nak pakai.Dan, ada pulak kawan tegur sebab nampak lain sikit, rasanya sebab pakai bedak ni la kot. Yang bestnya, saya pergi beli satu lagi bedak ni sementara masih harga offer RM19 ni. Sekarang memang guna bedak ni je la, puas hati la dengan harga yang sangat murah ni. Sebelum pakai bedak ni, saya guna bedak The Body Shop, harganya memang la boleh tahan, tapi rasanya senang lagi guna bedak Covo ni sebab bedak ni tak melekit kat muka. Lagi satu, bedak ni dah ada foundation sekali dan ada sun protection SPF 25. So, tak payah la pakai foundation dan cream sun protection yang lain. Senang kan.....

Bahagian dalam
Bedak ni dibungkus dengan kotak dan ada pouch sekali
Paper bag special untuk bedak


Friday, 9 May 2014

Dermalogica: Multivitamin Thermafoliant

Assalamualaikum,

Produk ni memang best. Multivitamin thermafoliant ni adalah antara produk exfoliant daripada Dermalogica. Selepas google dan compare dengan produk lain, saya decide nak cuba multivitamin thermafoliant ni. Produk ni agak kasar sedikit dan bila pakai memang rasa panas sikit kat muka dan jangan guna dekat area mata. Produk ni khas untuk buang sel-sel kulit mati dan dalam masa yang sama membekalkan vitamin A, C dan E untuk kulit muka. Lepas guna produk ni, kulit memang terasa sangat licin dan nampak glowing. Multivitamin thermafoliant ni agak mahal RM200++ tapi cuma guna sekali seminggu sahaja. Cara nak guna, cuci muka dulu, lepas tu lap muka kering-kering. Apply multivitamin thermafoliant ni pada kulit yang kering, sapu pada seluruh muka (kecuali kawasan mata) selama beberapa minit, lepas tu bilas dengan air. Memang fantastic sangat hasilnya pada kulit muka. In sya Allah, lama-kelamaan, memang akan nampak perbezaan pada kulit muka.


















































































































































































































































































Dermalogica : Solar Defense Booster

Assalamualaikum,

Solar defense booster
Dah 2 bulan saya guna solar defense booster ni, Saya beli solar defense booster ni masa buat facial, dan dapat 20% diskaun. Mahal juga kalau tak de diskaun, harganya RM258. Solar defense booster ni untuk perlindungan daripada sinar UV dan mempunyai spf 50. Cara nak pakai senang je, sapu je sebelum keluar rumah, letak toner dulu, lepas tu letak mosturiser dan sapu solar defense booster ni. Baru la letak bedak. In sya Allah, solar defense booster ni tahan la untuk tempoh yang lama, lagi2 kalau memang kena involve dengan aktiviti luar yang memang sah-sah kena matahari untuk tempoh yang lama. Sejak guna solar defense booster ni, kulit pun agak cerah sedikit. Menurut fakta, pembentukan pigmentasi berlaku akibat pendedahan terus kulit terhadap sinar uv, so kalau tak nak lebih banyak pigmentasi terbentuk, kena la apply sun block ni setiap kali nak keluar rumah terutamanya bila hari panas terik. Kalau malam kena pakai tak?? Saya tak pakai pun, sebab nak jimat. Malam mana ada matahari, so tak payah nak membazir.

Ancasa All Suites, Port Dickson

Assalamualaikkum,

Cerita pergi PD ni dah lama sebenarnya, sekali dengan pergi Melaka dua bulan lepas. Dh lepas 2 bulan baru nk upload. Saja bawa anak-anak holiday cuti sekolah. Nak cari angin pantai pulak. Kat PD, kitorang stay kat  Ancasa All Suites Resort & Spa. Dalam booking.com dapat rate 4 star tapi saya rasa macam kurang dari 4 star je. Kurang memuaskan keadaan biliknya, kiranya biasa je la. Cuma, yang saya suka sebab hotel ni boleh direct access ke pantai, senang nak pergi pantai. Swimming pool pun biasa je, tak besar sangat. Bila ramai orang, rasa crowded sangat kat swimming pool.

Kami tempah apartment tiga bilik dengan harga RM478. Saya tempah terus dengan hotel, tak guna Booking.com macam biasa sebab tengok kat Booking.com tak include breakfast. Kali ni bawa ibu dan bapa mertua sekali. Trip ni pun khas untuk nak bawa mak dan abah jalan-jalan. Dah lama diorang tak jalan-jalan makan angin sejak mak tak berapa sihat. Kali ni tengok mak sihat, sebab tu ajak sekali mak dan abah. Mak pula memang minta nak pergi tempat ada pantai, so kitorang pilih PD la yang paling dekat.

Tempah direct dengan hotel
Bilik utama

ruang tamu


Thursday, 8 May 2014

Cuti di Melaka

Assalamualaikum,
Cerita ke Melaka ni dah lebih 2 bulan sebenarnya, tapi baru ada semangat nak buat entry ni. Kali ni saja nak isi masa sewaktu cuti penggal pertama persekolahan. Oleh sebab memang tak buat plan nak bercuti ke mana-mana, at the end of the week tu, ajak la husband bercuti ke PD dan Melaka. Entry PD lepas ni ye. Kenapa semangat sangat nak buat entry yang pergi Melaka ni, sebab memang best pergi Melaka, stay dekat apartment kat Hotel Mahkota. Memang best swimming pool kat sini.

Saya ni kalau pergi bercuti, salah satu yang penting ialah swimming pool mesti best. Saya booking hotel melalui Booking.com. Senang guna booking.com ni, website ni terus bagi harga untuk berapa malam yang kita akan stay, so senang nak buat bajet. Masa tengah cari hotel, ternampak swimming pool ni, terus berkenan dan booking, RM250 untuk 1 malam, apartment 2 bilik.

Book with booking.com
Anak-anak yang suka mandi

Kakak yg happy

Ada water slide

Ayah posing sexy

Tunggu nak naik slide

Ada jacuzzi juga.....
Sebelum tu, sebelah malam, kitorang pergi naik cruise kat Malacca River cruise. Tapi ramai sangat orang, pukul 10 lebih baru dapat naik setelah beratur selama setengah jam. Anak-anak pun dah mengantuk.


Atas bot

Pemandangan ala-ala Venice
Percutian ni singkat je. 1 malam je kat sini, esoknya dah balik. Sebelum balik, kitorang singgah makan asam pedas Melaka kat kedai makan area Dataran Pahlawan tu. Ok la, sedap juga tapi agak mahal la rasanya. Lunch nasi dengan lauk-pauk pun mencecah RM70.....huhuhu. May be sebab asam pedas ni special kat Melaka, sebab tu la mahal kot. Ok, nanti kita tengok la nak holiday ke mana pulak lepas ni.