Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Wednesday, 4 June 2014

Happy 10th Anniversary

Assalamualaikum,

Dah seminggu lebih cuti sekolah, bizi betul bila jadi suri rumah sepenuh masa ni. Yang penting, perut anak-anak mesti sentiasa kenyang, baru la diorang tak meragam. Lama gak tak buat entry, bizi le katakan.....hehehe. Pagi ni rasanya boleh la jugak tengok blog ni dan ada entry baru hari ni. Nak story pasal ulangtahun perkahwinan yang ke 10 tahun. Sebenarnya tak de celebrate sesangat pun. Tapi nak juga buat sesuatu yang akan jadi memori anniversary yang ke 10 ni. Seminggu sebelum anniversary ni, saya dah tempah kek dengan kak Zai My Pu3 Cake House. Kek kak Zai ni memang favourite kitorang especially choc moist cake. Tempah diam-diam je, hubby pun tak tau. Hari Khamis, 29 Mei 2014, husband balik dari kerja, tup tup dia dah bawa kek. Ini memang surprise, tak sangka dia pun tempah kek juga. Love u my hubby. Kek rainbow caramel, cantik dan sedap. Anak-anak pun suka sangat dengan kek ni. Husband tempah dengan kawan dia kat ofis je katanya.

Kek Anniversary dari husband
Zafar sempat pulak dapat pisau potong kek tu dan tercacat la sikit decoration kat kek ni. Huhuhu......pantas sungguh baby boy sorang ni tau. Lepas dinner malam tu, terus makan kek ni, memang sedap, just nice je rasanya dan tak manis sangat. Hadiah anniversary untuk husband pun dah beli, ingatkan nak bagi hari sabtu, sekali dengan kek yang ditempah tu, tapi oleh sebab husband dah bagi kek ni, saya pun terus bagi hadiah anniversary untuk husband.
Pen Sheaffer
Pagi tu kebetulan ada hal skit kena pegi sekolah, so balik tu terus singgah belikan hadiah ni untuk husband. Kebetulan ada offer, 50% less. Harga sebenar RM340, so lepas less dapat harga offer RM170 je. Memang terus beli. Engrave kat pen tu Hpy 10th Anniversary. Siap bungkus dan dapat paper bag sekali.

Hari Sabtu, saya minta tolong husband pergi ambil kek kat Giant, check point untuk ambil kek kak Zai ni bagi customer kat Shah Alam ni. Husband cakap dia dh agak saya mesti tempah kek dengan kak Zai ni, cuma dia pun excited nak tengok kek ni macam mana. Kek kak Zai ni memang cantik. Lama juga tunggu husband pegi ambil kek, dekat sejam lebih dah tapi tak balik lagi. Bila husband sampai, bestnya nak tengok kek ni. Husband bawa kek masuk, saya dan anak-anak excited buka kotak nak tengok kek, rupa-rupanya husband ada satu lagi surprise untuk saya. Tengah kitorang sibuk nak tengok kek tu, tiba-tiba husband masuk bawa flower bouquet. Wow....................memang cantik dan happy sangat. Terus peluk hubby....yeayyyyyyyyyyyyyyyy......seronoknya hari ni.

12 roses and 8 lilies flower bouquet
Anniversary cake for husband

Comel tak bear tu....hehehe
Kek dan bunga

Peach roses and lilac lily, so beautiful
Petang tu pakai baju cantik-cantik skit sebab nak tangkap gambar. Saja nak buat kenang-kenangan. Celebrate kat rumah je. Actually, ada juga plan nak celebrate kat luar, tidur kat hotel ke, tapi sebab lagi seminggu nak pergi holiday, so celebrate kat rumah je la. Sebenarnya, holiday ni pun sempena nak sambut anniversary yang ke 10 tahun.

Love u forever My Love
Love this
Aniversary wish
flower bouquet ni nak sama besar dengan Qisya

0 comments:

Post a Comment