Selepas discuss dengan husband dan adik, hari ke-2 kami bercadang untuk ke Adelaide Zoo. Di Australia ni, hanya Adelaide zoo sahaja yang ada giant panda. Tapi kitorang bukan la nak pergi tengok panda je, memang dah ada dalam list untuk nak melawat zoo Adelaide ni. Nak pergi pun senang, naik loop city bus je. Loop city bus ni adalah perkhidmatan bas percuma dalam bandar Adelaide city ni. Untuk ke zoo, naik bas nombor 98A, kami tunggu di stop D1, stop yang paling dekat dengan apartment kami. 20 minit sahaja perjalanan ke Adelaide zoo dari Sturt street ni. Anak-anak yang tak pernah naik bas kat Malaysia, memang seronok bila dapat naik bas kat sini.
|
Kat depan zoo |
Tiket masuk zoo ni agak mahal juga. Kitorang ambil terus pakej satu family yang berharga AUD 85 untuk 2 dewasa dan 3 kanak-kanak. Harga tiket dewasa sahaja ialah AUD 32.50.Hari kedua ni memang seharian kat zoo je. Sampai zoo pun dah pukul 11 lebih sebab semua bangun agak lewat. Penat naik flight belum habis lagi. First stop kat dalam zoo ni adalah kat giant panda. Kitorang tak la excited sangat nak tengok panda ni sebab sebelum ni dah tengok panda kat Ocean Park, Hong Kong. So, bila dah ada tu, tengok je la kan.
|
Panda kat belakang tu tgh makan |
Jalan-jalan dalam zoo ni, lapar la jugak. Memang dh bawa bekal dari apartment lagi. Kalau ada restoran kat sini pun, memang tak boleh makan kot. Best juga picnic dalam zoo ni. View pun cantik je. Cuaca sejuk, sebab tu cepat lapar kot. Satu lagi tips, kalau travel dengan anak-anak kecil memang kena make sure bekal makanan untuk anak-anak cukup, sebab budak-budak memang cepat meragam kalau lapar. Kitorang bawa bekal roti, epal dan pisang yang di beli kat supermarket Coles semalam. Sepanjang dalam zoo ni, anak-anak asyik minta makan je. Biar diorang kenyang, baru dunia aman....hahahaha.
|
Picnic dalam zoo |
Kali ni pergi zoo Adelaide kurang bernasib baik sebab banyak binatang favourite tak ada. Singa dan harimau pun tak ada......huhuhu. Paling best dapat tengok zirafah dekat-dekat. Anak-anak pun excited je bila zirafah datang dekat-dekat. Kat sini juga ada children's zoo. Macam petting zoo la, boleh masuk dan pegang-pegang serta bagi makanan kat binatang dalam children's zoo ni. Paling best, dapat tengok penguin kat children's zoo ni. Ni la first time dapat penguin.
|
Tak berkelip Zafar tengok zirafah |
|
Kakak dgn mousedeer |
|
Kat belakang tu ada penguin |
|
Ini namanya alpaca |
|
Sea-lion |
Seharian juga meronda zoo ni. Time winter ni zoo tutup awal sebab pukul 5.30 kat sini dah gelap macam pukul 8 malam kat Malaysia. Pukul 4 kitorang keluar dari zoo, tunggu bas untuk balik ke apartment. Sambil-sambil tunggu bas, sempat la berposing kat River Torrens ni. Cantik tempat ni, tapi dah petang sangat, tak sempat nak pusing-pusing kat River Torrens ni. River Torrens ni adalah salah satu attractions kat Adelaide city ni, tempat untuk beriadah dan boleh juga kalau nak naik cruise.
|
River Torrens |
|
Dapat gambar boat cruise |
Dah penat juga kaki ni berjalan seharian. Zafar dah selamat tidur dalam stroller. Penat sangat la tu. Cuaca sejuk kat Adelaide ni, senang sangat anak-anak tidur. Balik apartment, kena la masak, perut pun dah lapar.
0 comments:
Post a Comment