View dari Mount Lofty |
Bayaran tiket untuk masuk ke Cleland Wildlife Park ni agak murah berbanding zoo Adelaide. Bayaran untuk satu family cuma AUD50 sahaja. First spot yang kitorang cari ialah kangaroo. Anak-anak memang tak sabar-sabar nak bagi makan kangaroo macam kat Perth dulu, tapi kali ni lebih seronok sebab tiada had masa untuk berinteraksi dengan kangaroo ni. Bebas nak stay berapa lama kat tempat kangaroo ni.
Lama juga spend masa dengan kangaroo ni, kakak seronok sangat dapat bagi makan kangaroo ni. Qisya pulak yang takut sebab kangaroo ni besar-besar katanya. Qisya cakap dia nak feed kangaroo yang kecik je. Cantik betul pemandangan kat sini, tangkap gambar pun cantik je. Nampak juga burung emu kat sini tapi tak berani pulak nak pergi dekat. Lepas lebih kurang sejam dengan kangaroo, kitorang keluar nak tengok binatang lain pulak. Tengok Tasmanian devil, takut pulak tengok muka dia, patutla namanya pun mcm tu....hehehe. Kitorang terus cari tempat koala pulak........syoknya dapat tengok koala ni. Comel, cute.
Kat tempat koala ni pun agak lama, banyak juga posing-posing dengan koala ni. Lepas tu, semua dah lapar, kitorang cari tempat nak piknik. Bawa bekal nasi goreng, tapi nasi gorengnya macam letak dalam peti ais. Sejuk sangat kat sini, sampai nak tangan asyik letak dalam poket je. Baby Zafar makan banyak, lapar sangat kot sebab sejuk. Lepas dah kenyang, dia terus tertidur, dah penat la tu. Kitorang target nak tunggu pukul 2 sebab ada close up dengan koala. Kalau nak dukung koala pun boleh, tapi ada bayaran, dukung koala dan tangkap gambar sekali. Gambar punterus dapat siap dengan frame gambar.
Picnic time |
Comel je kan budak-budak ni dengan koala. Zafar je tak dapat nak posing close up dengan koala ni sebab tengah tidur. Keluar dari temapt tengok koala ni, kitorang tengok kangaroo lagi. Posing lagi dengan kangaroo ni. Dah puas berjalan-jalan, kitorang pergi lepak kat cafe pulak. Ada pendiang api kat situ, bestnya dapat minum kopi panas-panas kat sini. Zafar still tidur. Dalam pukul 4.10 tu, kitorang keluar nak tunggu bas, bas akan datang pukul 4.35 pm. Bagus betul public transport kat sini, memang tepat je sampai. Tak payanh nak risau kalau bas lambat.
Memang seronok pengalaman hari ni. Anak-anak pun happy dapat jumpa koala dan kangaroo. Ibu memang seronok kalau anak-anak seronok. Kali ni pun dapat bawa mama sekali tengok koala dan kangaroo ni. In sya Allah, kalau ada rezeki, kita boleh datang lagi ke negara kangaroo ni. Balik ke Adelaide city, langit pun dah mula gelap, jam baru pukul 5 lebih je. So, get ready for dinner pulak. Wait for tomorrow's program pulak.
0 comments:
Post a Comment