Assalamualaikum,
Dah lama tunggu saat ini, akhirnya tiba jua. Plan untuk bercuti ke Adelaide ni dah lama plan sejak hujung tahun lepas. Sebenarnya, tak de plan pun nak pergi oversea tahun ni. Saja je masuk Air Asia dan try tengok harga tiket, tiba-tiba terkejut sebab harga tiket ke Adelaide cuma RM 8.00 sahaja. Macam tak percaya je. 2 -3 kali juga buat, masih keluar harga yang sama. Tiket balik RM 111. So, saya rasa memang rezeki kami sekeluarga la nak melancong ke Adelaide pulak. So, bila dah buat booking, harga total untuk kami sekeluarga termasuk cukai, beg dan makanan adalah RM3600 ++.
Flight ke Adelaide adalah pada 8 Jun 2014. Mak dan adik pun join untuk vacation kali ni. Ramai la juga jadinya. Sampai ke Adelaide dalam pukul 8.00 pagi waktu Adelaide. Cuaca masa sampai sangat sejuk, 6 darjah celcius. Kena pakai jaket dan glove sekali. Sampai je airport, lepas dapat luggage, terus cari teksi untuk ke apartment.
|
Depan airport |
|
Banyak beg kitorang |
Apartment yang kitorang sewa ni adalah 3 bedroom apartment tapi masa tu ada promotion, dapat 3 bedroom apartment tapi bayar harga untuk 2 bedroom apartment je. Rezeki la jugak kan. Kami semua 7 orang, sebab tu kena cari apartment yang banyak bilik. Kalau travel tempat makan mahal macam Australia ni, kena la cari apartment sebab nak masak. Jimat banyak kalau boleh masak kat apartment.
|
Ruang tamu |
|
Dapur |
|
Ruang tamu |
|
Dapur gas |
|
Master bedroom |
|
Third bedroom |
|
TV kat master bedroom |
|
Bilik air kedua |
|
Second bedroom |
|
Bathroom master bedroom |
Apartment memang besar, ada 2 storey. Tingkat bawah ada ruang tamu, meja makan dan dapur. Bilik semua kat tingkat atas. Kebetulan pulak dapat apartment nombor 5, sama dengan nombor rumah, terasa macam rumah sendiri pulak.....ceewwwaaahhhh.
Hari pertama sampai ni, anak-anak mengantuk betul, diorang tidor je.....cuaca pulak sejuk, memang best la tidur je. Saya dan husband, pergi beli barang-barang dapur, nak masak makan malam nanti, so kena pergi beli jugak walaupun mata agak mengantuk sebab tak tidur langsung atas flight. Jalan kaki je ke supermarket Coles, dalam 10 minit je dh boleh sampai. Oleh sebab Zafar tak tidur, bawa la Zafar sekali jalan-jalan.
|
Depan Supreme Court |
|
Background Victoria Square |
|
Kat Chinatown |
|
Jumpa Nutella besar kat Central market |
|
Shopping kat Coles |
Hari pertama just relax dan shopping je. Second day esok baru la start jalan-jalan. Ok, nnt cerita pasal jalan-jalan pulak.
Boleh tau Nama apartment yang Puan Sewa di Adelaide ni. Tq
ReplyDeleteHai Hannah. Apartment yg kami sewa ni ialah RNR Serviced Apartments , Sturt St , Adelaide.
DeleteAssalamualaikum. Nak tanya. Selesa tak rnr apartment tu. Malam2 bising and selamat tak.plan nak ke adelaide bercuti. Tengah cari apartment. Tq ye. Izan.
ReplyDeleteAssalamualaikum. Nak tanya. Selesa tak rnr apartment tu. Malam2 bising and selamat tak.plan nak ke adelaide bercuti. Tengah cari apartment. Tq ye. Izan.
ReplyDelete