Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Sunday 2 December 2012

Happy Birthday

Dah 7 tahun anak sulung ibu tahun ni. Dah lama tak buat birthday party, so tahun ni, cuti sekolah tak ke mana2 sebab ada baby kecil, boleh la buat birthday party kakak best2 sket. tarikh lahir kakak ni sama dengan ayah dia 5 Disember, so every year memang akan celebrate sekali, kadang2 tempah 1 kek je tp tahun ni special sbb masing2 dapat kek sendiri.Kek tahun ni tak share dengan ayah.





Kesian pulak kat husband, kek dah cantik tapi nama pulak salah. huhuhu..... Kek ni kira surprise la untuk husband sebab dia tak tau pun pasal kek ni. Dia ingat tempah untuk anak je. Tahun ni memang seronok sangat buat birthday party ni, dah ramai anak saudara, riuh rendah rumah. Sekejap elok je main sama2, pas tu gaduh pulak. Macam-macam hal.

                                                                    Kakak dan adik



Apam gula hangus

Assalamualaikum,
Semalam buat apam gula hangus untuk birthday husband dan anak.ni kali ketiga dah buat, sedap betul resepi ni. Tak sempat nak taip resepi, nanti bila2 free, resepi akan di update.Tengok gambar je la dulu ye.


Thursday 29 November 2012

Apam Mekar

230GM GULA CASTOR
250 GM TEPUNG GANDUM DIAYAK
2 BIJI TELUR
1 SUDU  TEH ESEN VANILA
1 SUDU TEH OVALLETE
1 TIN AIR AISKRIM SODA

PUTAR GULA DAN TELUR SEHINGGA BETUL2 KEMBANG DAN RINGAN
MASUKKAN TEPUNG SEDKIT DEMI SEDIKIT
DISELANGSELIKAN DENGAN AIR AISKRIM SODA
MASUKKAN OVALETTE DAN ESEN VANILA
PUKUL DENGAN KELAJUAN SEDERHANA SEHINNGA
ADUNAN BERUBAH MENJADI SEPERTI KRIM
ASINGKAN WARNA MENGIKUT KEGEMARAN
KUKUS DALAM MASA 10-15 MINIT
SEDIA UNTUK DIHIDANGKAN

TIPS: PANASKAN KUKUSAN DULU SEBELUM MENGUKUS DAN KUKUS DENGAN API YANG SEDERHANA. SAYA GUNA BEKAS KUIH LOMPANG SEBAB TAK ADA CHOICE. ELOK JIKA GUNA CUP KECIK2 YG MEMANG UNTUK APAM TU..
Wednesday 28 November 2012

Zafar....2 bulan

Zafar dah 2 bulan. Dah tembam, bulat dan tak larat nak angkat. Sihat betul anak ibu ni. Seronoknya tengok anak sihat walafiat. Berkat susu ibu.Zafar dah pandai senyum2 dengan orang. Dah pandai sembang2, seronok layan Zafar. Kakak-kakak Zafar pun suka layan Zafar. Geram tengok pipi Zafar yang makin tembam tu.Sekarang Zafar dah ada jadual tetap....waktu siang Zafar suka tidur je, 1-2 jam sekali akan bangun nak susu. Lepas tu tidur balik.Pukul 4 ptg, Zafar bangun nak mandi. Lepas mandi, menyusu dan tidur balik. Pukul 6 nanti, Zafar bangun balik, tunggu ayah balik kerja.......bangun pukul 6 ni, lama la pulak dia nak tidur balik. Zafar akan tidor balik antara pukul 10-12 malam. Macam tu la rutin baby ibu sekarang ni.


Our 8th Anniversary- Perth (Day 6)

Sedihnya, dah nak balik.......day 6 ni cuma lepak2 kat airport je la sementara tunggu flight.





Perth International Airport ni kecik aje. Tak banyak benda boleh buat kat sini. Flight kitorang pukul 6 pagi, so pukul 10.30 malam kitorang dah check out dari hotel. saja je pergi awal2, tak nak kelam kabut. Lagipun, kalau call cab lepas pukul 12 tengah malam, charge dah lain, double rasanya. So, lepak2 kat airport ni best jugak. Anak2 dah tidor so tinggal berdua je dengan husband. Dah lama rasanya tak berdua-duaan dengan husband.Best jugak, macam tengah hangat bercinta....hehehe. Ada juga internet free kat sini, so sekali sekala tu pergi la juga surf internet.

Holiday kali ni memang yang paling best. Dalam kepala ni dah plan pula next holiday. Ada beberapa destinasi cuma may be kena tunggu lagi 2-3 tahun kalau nak ke oversea lagi. Husband cakap, biar baby besar sket baru boleh holiday jauh2.Memang kena tunggu anak besar sket, kalau tak susah juga nak mengusung baby ke sana sini.We will miss this amazing Perth. GOOD BYE PERTH.
Tuesday 27 November 2012

Our 8th Anniversary- Perth (Day 5)

Sekejapnya rasa kat Perth ni, dah hari ke lima hari ni. Plan hari ni ialah SHOPPINGG.............bestnya....tak sabar2 nak gi perabih duit ni......(macam kaya bebenor...hihihi)...........

Sebelum ke Perth ni, dah banyak buat survey kat blog2 org yang pernah sampai sini, semuanya akan cakap Fremantle adalah tempat utk shopping souvenir murah2, so hari ni kami ke Fremantle.Bestnya....hari ni naik train lagi nak ke Fremantle. Suffiya la paling bersemangat bila dengar nak naik train lagi. Awal2 lagi dia dah bising kat ayah dia nak mandi, nak pergi naik train katanya.Train ke Fremantle ni sekejap je, tak la jauh macam Mandurah hari tu, 30 minit je naik train dah sampai kat Fremantle.Stesen keretapi dia, macam muzium plak.Tempat ni memang banyak bangunan lama, so ada la seni bina yang unik2 kat sini.

                                                      Tunggu train belum sampai

                                          Suka tengok building kat sini

                                          Depan Maritime museum

Tempat shopping ni namanya E-Shed Market. Banyak barang boleh beli kat situ. Tempat makan pun ada. Masa sampai kitorang just pusing2 je kat sini, pas tu pergi makan dulu sebab takut tengah shopping nanti, lapar pulak Dah plan nak makan fish and chips kat Kaili's. So, kena la jalan kaki sebab tak de transport kan. Sebenarnya naik bas pun boleh tapi sebab nak tangkap gambar, kitorang jalan kaki je la. Harga dia lebih kurang je macam kat Cicerello's. Kat sini pun ada Cicerello's, sebab dah makan Cicerello's kat Mandurah, hari ni nak try Kaili's pulak.





                                          Hot chocolate.

                                         Boleh tengok kapal.

Lepas order, diorang bagi benda ni, tak tau apa namanya. Bila order dah boleh ambik, benda ni berbunyi la. Macam pager la lebih kurang.....hehehe

Bila dah kenyang, kitorang berjalan kaki la balik nak pergi E-Shed Market tadi. So, banyak la gambar2 yang diambil masa berjalan ni. Tempat ni memang best la, aman betul, tak busy langsung.


Lebih kurang setengah jam berjalan, sampai la kat E-Shed Market ni. Banyak gak kitorang shopping. Ramai org nak kena bagi souvenir...hehehe.Kat 2 jam juga la shopping kat sini. Sampai penat dan dah tak boleh nak pilih2 lagi dah. Pening sebab banyak sangat barang nak beli.

                                          Kedai ni la kitorang shopping. Ownernya org indon.

Lebih kurang pukul 4 lebih, kitorang pun pergi tunggu train. Naik train ni tak boleh lambat2. Tak silap, last train pukul 5. Kat sini pukul 5 dah macam pukul 8 kat Malaysia. Musim winter, cepat la gelap. Kitorang balik hotel dulu, rehat kejap pas tu keluar balik pergi makan kat kedai kebab. Sedap betul kebab dengan wedges dia.
                                         Sedap kebab ni. harganya AUD9 kot.
                                          Wedges dan fries.

Dah kenyang, balik hotel, nak packing barang pulak.dah nak balik dah.........huhuhu

  









Cara Mengendalikan Susu Ibu Selepas Diperah

Untuk panduan diri sendiri dan juga ibu-ibu muda di luar sana yang belum tahu cara penyimpanan dan penggunaan susu ibu yang betul. Untuk keselamatan bayi dan kualiti susu terjamin berkhasiat, pastikan susu yang diperah selamau untuk diminum mengikut cara penyimpanan dan pemanasan yang betul.

Menyimpan Susu Ibu:
  • Botol susu kecil amat sesuai digunakan.
  • Bekas kedap udara daripada gelas atau plastik yang keras dan tahan dalam peti sejukbeku. termasuklah bekas dadih.
  • Bag sejukbeku khas untuk susu ibu juga boleh digunakan, terdapat jenama Medela, Avent, Gerber, Playtex.
  • Jangan menggunakan plastik aiskrim kerana ia tidak bersih dan boleh merosakkan susu.
Membersihkan Bekas Penyimpanan:
  • Basuh bekas menyimpan susu dalam air panas bersabun dan bilas dengan air panas.
  • Biarkan bekas kering di tempat yang bersih.
  • Anda juga boleh mensteril bekas dengan menggunakan tablet sterile yang dijual di kedai bayi atau farmasi.
Panduan Menyimpan Susu Ibu:
  • Sejukkan susu dalam masa 1 jam selepas diperah.
  • {mosimage}Labelkan bekas dengan tarikh dan masa perahan.
  • Simpan susu dalam kuantiti kecil (2-4 oz) dalam setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.
  • Sejukkan susu yang baru diperah dahulu sebelum mencampurkannya dengan susu yang sudah sedia sejuk.
  • Jangan isi susu terlalu penuh di dalam bekasnya, tinggalkan 1 inci untuk susu mengembang semasa proses sejukbeku.
*Jika bayi anda tidak cukup bulan atau ditahan di wad, minta nasihat jururawat tentang cara
yang sepatutnya anda gunakan untuk menyimpan susu dan membersihkan bekas menyimpan
susu.

Ketahanan susu ibu bergantung kepada cara bagaimana ia disimpan:
  • Suhu bilik, atas 25°C: 4-6 jam
  • Bekas penyejuk (Cooler, icepack): 12-24 jam
  • Peti sejuk 1 pintu
Panduan Menyimpan dan Memanaskan Susu Ibu:
  • bahagian fridge 4°C: 7 hari
  • bahagian freezer -15°C: 2 minggu
  • Peti sejuk 2 pintu
  • bahagian fridge, 4°C: 5 hari
  • bahagian freezer, -18°C hingga -20°C: 3-6 bulan
  • Deep freezer -20°C: 6 bulan
Penting:
  • Susu ibu hendaklah disejukkan jika ia tidak digunakan dalam masa 4-6 jam selepas diperah.
  • Tempatkan bekas susu di bahagian paling sejuk peti ais (jauh daripada pintu).
  • Jika telah melampaui masa simpanan, jangan sayang untuk membuangnya.
Menyahbeku Susu Ibu:
  • {mosimage}Susu ibu yang asalnya beku dan telah dicairkan, boleh digunakan dalam masa 24 jam jika disimpan di dalam peti ais.
  • Susu ini tidak boleh dibekukan semula selepas dicairkan.
  • Semak tarikh pada bekas penyimpanan. Gunakan susu yang lama dahulu.
  • Nyahbekukan susu beku dengan meletakkannya di bahagian fridge selama 4 jam atau
  • Lalukan bekas susu yang beku tadi di bawah air paip yang sejuk. Setelah ia mula cair, lalukan atau rendam dalam air suam pula untuk terus mencairkannya.
  • Jangan cairkan pada suhu bilik. Suamkan susu tadi dengan merendamkannya di dalam mangkuk yang berisi air panas.
  • Jangan mencairkan atau memanaskan susu di dalam ketuhar gelombang mikro, oven atau di atas api.
Panduan Memberi Susu Ibu:
  • Goncang perlahan susu yang telah suam dan rasa kepanasannya dengan tangan anda sebelum menggunakannya.
  • Pegang bayi semasa memberinya susu perahan.
  • Jadikan penyusuan menyeronokkan; bercakap dan senyum dengan bayi.
  • Sendawakan bayi selepas memberi susu perahan.
  • Gunakan susu ini dalam masa 1 jam. Buang selebihnya.
Sumber: Ratuhati.com

Susu Ibu


kelebihan susu ibu:

* Susu awal ibu yang menitis pekat berwarna kekuningan mengandungi kolostrum yang tinggi khasiatnya untuk si manja. Antaranya: melindungi bayi daripada jangkitan dan alahan kerana ia kaya dengan antibodi, mencegah jangkitan dan penyakit mata kerana mengandungi vitamin A & E, kematangan usus dan mencegah alahan dan mengeluarkan mekonium dan mencegah jaundis (susu ibu juga sejenis laksatif).

* Mengandungi khasiat zat yang lengkap bagi memenuhi keperluan bayi

* Mengandungi protein, lemak dan asid lemak yang tinggi dan mudah dihadam. Perkembangan sistem penglihatan bayi yang menyusu juga mengumpul DHA di dalam korteks. (Kajian menunjukkan bayi yang menyusu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu susu ibu. - American Journal Of Clinical 1991)

* Melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan

* Mengurangkan penyakit-penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis dan cirit-birit.

* Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak bila mereka dewasa

* Mengurangkan risiko sindrom kematian bayi

* Mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang

* Mengurangkan risiko pencemaran berbanding penyusuan yang lain.

Faedah penyusuan terhadap ibu

* Melindungi kesihatan ibu, merendahkan risiko terhadap barah buah dada dan ovari

* mengelakkan pendarahan selepas bersalin

* Menjarakkan kelahiran kerana ia merupakan cara perancang keluarga semula jadi

* Mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut kerana hormon oksitosin membantu mengecutkan rahim

* Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak

Our 8th Anniversary- Perth (Day 4)

Penat hari ke-3 tak habis lagi, enjoy sakan satu hari. Hari ke-4, kami plan nk ke  King's Park, memang famous kat Perth ni. Wajib pergi kalau datang sini. Keluar hotel pun lewat sket sbb penat, so kitorang berjalan kaki slow-slow sampai ke Barrack jetty, nak naik bas sightseeing ke King's Park. So, sementara tunggu bas tu, berposing la lagi. Qisya suka sangat dgn burung camar putih ni. Siap main kejar2 lagi.
  




Sempat la berposing cantik2 sket kat Bell Tower ni. Anak2 sibuk dok kejar burung, boleh la posing2 sekejap.




Bila bas datang, husband pun beli tiket dgn driver tu, dan kitorang nail bas, duduk kat tingkat atas. Syoknya first time naik bas double decker yang open cam ni. Dapat tgk view Perth ni, mmg indah la tempat ni, teratur je.



Tak jauh sgt pun King's Park ni, 10 min naik bas dah blh sampai. Kat King's Park ni memang tempat utk releks2 je la. Kitorang pun cuma jalan2, pas tu lepak2 makan kentang goreng. Itu je yg berani kitorang makan kat situ. Anak2 memang seronok kat sini, berlari2 sakan. Tempatnya lapang sangat, pas tu sejuk pulak tu. Nak tidur pun boleh, rumputnya bersih.

                                         Unik kan pokok ni, ni la pokok boab (betul kot ejaannya)


                                          Tgh lapar ni.

                                         Ni real punya bunga lavender.

                                          View Perth CBD.

Hari ke-4 cuma kat sini je. Plan lepas tu nak pergi ke Perth Mint, tapi sesat pulak. Last2, lepak kat hotel je sebab hujan lebat masa tgh cari Perth Mint tu. Sedih juga sbb tak dapat pergi Perth Mint sebab cadangnya nak tempah syiling emas yang ada nama berdua dengan husband dan tulis Our 8th Anniversary. Hajat tak kesampaian..............huhuhu.




Friday 23 November 2012

Our 8th Aniversary - Perth (Day 3)


Dah hari ke-3 kat Perth, sekejapnya masa berlalu.Inilah hari yang paling bermak na sebab hari ni lah anniversary kitorang so, plan hari ni lah yang paling best. Hari ke-3 ni kitorang dh booking untuk pergi ke Caversham Wildlife Park. Tapi tour ni start kul 12 tgh hari, so sementara nak tunggu tour ni, kitorang akan berjalan kaki ke Hay Street nak pergi ke London Court. Lepas tu sambung jalan kaki lagi ke Barrack Street Jetty, lepak2 situ sambil tangkap gambar. Begitulah lbh kurang plan hari ni.

Pukul 9 dah keluar, sebelum tu kitorang masak dan breakfast dulu.Jalan kaki pagi2 kat sini best sangat, sejuk, nyaman, dingin, rasa mcm tak nak balik. Orang kat sini pun jenis yang releks je, jalan kaki je pegi kerja, sebelah tangan pegang coffee.Jalan dlm 15 min je dah sampai London Court. London Court ni tempat shopping kat loron kecik je, tapi suasananya mcm kat London.

                                                           Entrance London Court

Barang kat sini mahal2, so kitorang jalan2 je. Tangkap gambar dan posing2 je la kat sini.





Lebih kurang setengah jam je kitorang kat London Court ni. Lepas tu kitorang posing-posing kat Hay Street ni.Buildingnya moden dan cantik-cantik. Persekitarannya bersih sangat. Tak nampak sampah pun, pasir pun tak de.
                                            Masa ni dah on the way ke Barrack Jetty.



Kat sini ada Bell Tower, kira mercu tanda kat Perth ni la. sakan jugak kitorang berposing kat sini sbb masa panjang lagi nk tunggu bas tour nak pegi ke Caversham Wildlife Park ni. View kat sini memang cantik. Kat sini la namanya Swan River.


                                                       Ni la Bell Tower.
                                                 Cantik tak view ni.

Lepak2 kat sini lama la juga. 2 jam juga lepak sini, so banyak la gambar2 kat sini. Dalam pukul 12 lebih bas utk pegi tour pun sampai. Pukul 1 baru bertolak. kitorang ambil pakej setengah hari. mula2 pegi choclate factory dulu. shopping coklat, tp tak blh la beli banyak2. cair pulak nnt. pekerja2 kat  kilang ni pun bagus. dia bagitau yang mana org islam blh makan sbb byk juga yg ada alkohol.20 min je kat kilang coklat ni.

Lepas tu baru la bergerak ke Caversham Wildlife Park. anak2 excited sangat nak tunggu tengok kanggaru, ibu pulak nak tengok koala. tercapai jugak hasrat nak pegang koala ni.kat sini kitorang spend dalam 1 jam jugak la.
Part paling best kat sini ialah dpt bagi makan kat kanggaru. seronok sgt anak2 dapat pegang kanggaru ni. mcm2 posing ambik dengan kanggaru ni.





Lepas pergi wildlife park ni, event seterusnya adalah ke ladang anggur untuk wine tasting. kitorang tak la merasa wine tu...(gila nak rasa wine)...........so lepak2 tangkap gambar je la. view ladang memang cantik. macam nak pindah duduk sini je, husband cakap kita berkebun je kat sini...hehehe.




Piya seronok tengok buah labu yang besar2 ni. memang tak jumpa kat Malaysia ni.Penat jugak satu hari enjoy, lepas ni balik ke Perth. Sampai Perth CBD dalam pukul 6 tapi dah gelap gelita. Kitorang turun kat Hay Street je, pas tu jalan kaki. Singgah kedai kebab beli makan malam sbb dh tak larat nak masak malam ni. Nak balik makan & tidur je.
Ni la kedai kebab tu. Sedap jugak kebab dia, satu kebab blh makan dua orang, tapi untuk aku, satu memang boleh habis la kan sbb makan untuk 2 orang. Biasa la, tengah preggy ni memang kuat makan.

Ini la coklat yang shopping kat kilang coklat tadi. separuh dah makan dalam bas tadi. memang sedap coklat dia, rasa rugi plak tak borong banyak sikit. So, itulah cerita hari ke-3 di Perth ni. Memang enjoy habis dan puas hati sgt sbb full day dapat spend di sekitar Perth ni.
















Our 8th Anniversary-Perth (Day 2)

Hari ke-2 di Perth, kami dh buat plan nak ke Mandurah. Nk pergi Mandurah kena naik train selama 50 min lbh kurang.anak2 seronok sakan dpt naik train ni. kat Malaysia pun tak pernah naik lrt, tp actually ini pengalaman kedua diorang naik train ni. First time naik train masa gi hong kong last year...tak pe, lps ni crita pasal hong kong pulak. sronoknya naik trai sbb tak ramai org. waktu tu bukan peak hour. kluar dr hotel pun dh kul 10 lbh.










Happy sakan diorang ni dpt naik train...yg ayahnya pulak sempat terlelap dlm train...katanya aman sgt, tak de bunyi bising. Tujuan utama pergi Mandurah ni sebenarnya nk pergi Abingdon Miniature Village. Hampir tak sampai ke Abingdon Miniature Village ni sbb torist centre kat Mandurah ckp susah nak pegi situ. Teksi pun tak nak bawak sbb jauh ke dalam. Tapi disebabkan aku yg degil dan nk pergi jugak, si Sue (org kat tourist center ) tlg usahakan jugak.akhirnya sampai juga ke sana, org miniature village ni dtg ambil sendiri. rupanya diorang ada transport utk ambil org yg nk ke sana.




                                                          Dah sampai ...........







bdk2 ni sakan sgt berposing kat sini.geram tgk miniature kat sini......cute2....


lps penat berposing kat sini, kitorang pergi mkn fish n chip kat Cicerello's...(betul ke aku eja ni)....kabarnya fish n chip yg paling famous kat Perth ni.....mmg sedap pon......




dh kenyang pas tu shopping sket kat kedai souvenir kat situ, kitorang pun tunggu bas utk ke train station nk balik ke Perth. Sampai perth, dh gelap mcm pukul 8, tgk jam baru pukul 5. singgah murray street kejap sbb nk beli barang kat woolworth. nk masak mkn malam ni.




Ni baru lps beli barang, saja masuk kedai gift kat belakang tu, mahalnya souvenir dia.....tak pe lah, nnt pergi shopping tempat yg murah je.




Ni la barang yg dibeli kat woolworth tu.....



Dh abis Day 2 kat Perth.............tido dulu ....ZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzz