Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Friday 3 February 2017

Malish Ilaria Breast Pump

Assalamualaikum,

Lama sungguh tak update blog. Teringin sangat nak update tapi ....... kadang-kadang tu terfikir kat kepala je. Tak ambil lap top pun, last-last ,memang tak jenguk pun blog ni.

Kali ni nak cerita pasal breast pump. Kenapa breast pump???? Sebab memang nak kena pakai breast pump lepas ni......hehehe. In sya Allah, akan ada ahli baru dalam family kami nanti. Happynya nak tunggu baby baru. Alhamdullillah, minggu ni dah 30 minggu. InsyaAllah, 8 minggu lagi je nak tunggu baby.

Sejak kandungan masuk 26 minggu, saya dan husband dah mula bincang pasal barang-barang baby. Barang-barang apa yang perlu dibeli dan apa yang boleh dipakai lagi. Salah satu yang dibincangkan ialah pam susu. Bagi saya pam susu memang sangat penting dan menjadi top list dalam list barang-barang baby. Sejak anak pertama lagi, saya memang menyusukan anak-anak saya dengan susu ibu. Memang tak campur langsung dengan susu formula. Dah cuba juga bagi susu formula kat anak-anak tapi memang diorang tak nak. Alhamdullillah, Allah bagi rezeki yang banyak untuk anak-anak saya, Susu badan memang banyak dan saya memang dapat menyusukan anak-anak.

Sekarang ni senang je nak survey barang apa pun Semua dah online. Buka handphone je pun boleh survey. Lama juga saya survey pam susu ni, Sejak bulan November 2016 lagi dah mula tengok-tengok page yang jual breast pump ni.Pam susu yang lama masih ada sebenarnya. Medela Swing single breast pump. Dah banyak part yang tak de, nak kena pergi cari part-part yang dah hilang tu. Tapi dalam hati memang teringin sangat nak pakai double breast pump. Bila google je dah banyak sekarang ni breast pump yang murah-murah je harganya. Bila baca review pun, banyak yang berpuas hati. Bila dah puas google, mula-mula saya decide nak beli Lacte Duet breast pump. Dah survey harga dan tengok juga kat Lazada. Harga pun ok sebab saya budget bawah RM500. Banyak kedai yang buat offer. Kebetulan saya ada meeting dekat Meru, sambil-sambil boring tengah meeting tu, saya pun saja la google kedai jual breast pump. Masuk kat FB dan nampak la FB Moms House Babyshop ni. Bila baca kat FB ni, diorang baru je buka cawangan baru kat Setia Alam. Ada offer juga sempena pembukaan cawangan baru ni. Dalam kepala terus decide nak singgah kat kedai ni on the way balik nanti sebab saya memang plan nak balik melalui setia alam, naik highway je cepat sikit sampai rumah.

Memang cantik kedai kat Setia Alam ni, besar dan selesa. Adik yang melayan saya pun sangat baik orangnya. Dah lupa nak tanya nama dia. Bila masuk kedai dia terus ucap selamat datang dan tanya saya nak cari apa. Saya terus je bagitau saya nak cari breast pump. Terus dia bawa kat satu sudut yang ada sofa merah dan karpet merah. Boleh tengok semua breast pump yang ada kat situ dan boleh test sekali. Soalan saya, breast pump mana yang selalu orang beli. Dia cakap ramai yang beli Lacte dan Autumnz. Dia bagi saya test Lacte Duet. Lepas tu saya tengok-tengok dekat rak tu dan nampak breast pump Malish Ilaria. Bila survey, Malish Ilaria dengan Lacte Duet lebih kurang je kriterianya. Cuma saya berminat bila tengok harga Malish Ilaria ni lebih mjurah dari Lacte Duet. Saya test kedua-dua suction breast pump ni, saya rasa suction Malish Ilaria lebih kuat. At last saya decide untuk beli Malish Ilaria. Harga offer masa tu ialah RM359. Adik sales girl ni tanya kalau saya nak ambil pakej sekali. Tambah RM50 je, saya dapat V cool cooler bag, ice brick, 4 botol untuk simpan susu dan satu kotak beg plastic untuk simpan susu. Kalau ikutkan nilai semua tu dalam RM70++. So saya pun setuju la untuk ambil pakej tu. Satu yang saya suka sangat pasal Malish Ilaria ni, motor dia memang comel, warna pink pulak tu. Cantik la jugak kan. Lepas tu dia ada 2 motor, boleh laras asing-asing untuk breast kiri dan kanan nanti. Sama la macam Lacte Duet tu.

Malish Ilaria Double Electric Breast Pump

Pakej Malish Ilaria

Motor comel warna pink

Special features and warranty. Menang award lagi.

Friday 12 February 2016

Cuti-cuti Melaka, Swiss-Garden Hotel and Residences

Assalamualaikum,

Dah bulan 2 tahun 2016. Cepatnya masa berlalu. Cuti Disember 2015 pun tak update lagi. Tahun ni memang tak de plan nak ke mana-mana pun. Jalan-jalan dalam Malaysia je. Jenuh juga nak fikir ke mana nak bawa anak-anak cuti kali ni. Kalau ikutkan rasa macam nak stay kat rumah je. Nak rehat, tak de mood sangat nak bercuti. Tapi kesian pula kat anak-anak, mesti boring nak duduk dalam rumah je. So, kitorang decide nak bawa anak-anak jalan-jalan ke Melaka. Kami bercuti pada 5, 6 dan 7 Disember 2016. Setelah survey beberapa hotel, hati ni teringin nak merasa duduk di Swiss-Garden Hotel and Residences Melaka. Tertarik bila tengok ada mini theme park kat swimming pool. Boleh la anak-anak main puas-puas nanti.

Kalau ikutkan plan nak bertolak tengah hari, check-in hotel, lepas tu nak pergi makan seafood kat sungai duyung. Tapi plan dah lari pulak. Ada hal yang perlu suami selesaikan, so kami bertolak lewat dari rumah. Hampir pukul 6 baru bertolak ke Melaka. Kami sampai ke hotel dah nak dekat pukul 8. Lepas check-in, terus keluar cari makan malam. Semuanya dah lapar. Hotel ni bersambung dengan shopping complex The Shore. Dari dalam hotel dah boleh access ke The Shore ni. Turun escalator je terus jumpa food court ni, senang la nak cari makanan. Harga pun tak mahal.

Dalam bilik hotel

Ambil dua katil super single

Lepas makan malam, semua dah penat. Balik je bilik cepat je semua tidur. Pagi esoknya, kami plan nak bawa anak-anak ke Zoo Melaka dan Taman Burung. Dah beberapa kali kami pergi ke zoo ni tapi anak-anak memang suka nak tengok binatang-binatang kat sini. So, kalau pergi Melaka, memang wajib kena pergi zoo.


Dengan pak belang
Meet eli

Zirafah ni cantik kan

Dalam 2 jam juga kitorang kat dalam zoo ni. Lepas berpenat di zoo, kami sambung pulak tengok burung kat Malacca Bird Park. Tempatnya cantik tapi masih kekurangan spesies-spesies burung. So, tengok je la burung apa yang ada.

Cik merak di situ

Burung kakak tua kot

Suka tgk waterfall tu

Masa kat bird park ni, sebenarnya semua dah penat. Cuaca pun agak panas hari tu. Jadi, kami spend tak lama sangat, dalam 40-45 minit je kat sini, lepas tu zafar dah mengamuk ajak balik. Panas kot. Kitorang pun terus balik hotel, lagi pun ptg ni nak bawa anak-anak mandi swimmimg pool. Anak-anak memang tak sabar sangat nak mandi swimming pool kat hotel tu. Dari malam tadi, dok tengok swimming pool je dari beranda hotel.

Best kan ...ada mini theme park lagi

Tak tau la diorang tgh buat apa tu

Ada jacuzzi 

Part ni la paling best. Ibu dengan ayah pun memang enjoy kat sini. Anak-anak lagi la seronok. Lama juga kitorang kat pool ni. Walau pun agak sejuk, budak-budak ni tahan je sebab seronok main air. Swimming pool ni kat tingkat 9. Lepas dah puas mandi, balik bilik hotel, mandi, sembahyang, pas tu keluar pergi dinner kat Nando's. Malam tu semua tidur cepat je. Penat semuanya.

7 Disember 2016, last day kat sini. Kami check-out dalam pukul 11 lebih. Sebelum tu pergi mandi kat swimming pool lagi. Lepas check-out, kami pergi ke Oceanarium. Oceanarium ni pun dalam The Shore ni juga. Oceanarium ni lebih kurang macam Aquaria kat KLCC tapi saiznya lebih kecil. Best juga masuk Oceanarium ni. Ada kuiz kena jawab, nanti boleh claim hadiah kat kaunter masuk.



King crab
Ini ikan piranha tau
Macam dalam laut pulak
Habis la adik, jerung dah buka mulut
Lama juga kaimi dalam Oceanarium ni. Seronok pulak jalan-jalan dalam ni. Lepas habis je sesi lawatan sambil belajar kat Oceanarium ni, ada satu lagi tempat terakhir kami nak pergi kat Melaka ni.



Ini la tempatnya Original Coconut Shake Klebang. Memang dah lama teringin nak rasa coconut shake yang famous sangat kat melaka ni. At last, hari ni dapat juga rasa. Patut la famous, memang sedap coconut shake ni. Memang ramai sangat orang yang datang. Nasib baik ada tempat nak duduk. Musim cuti sekolah kot, ramai la orang. Bila dah dapat rasa coconut shake ni, rasa puas la juga hati bila bercuti ke Melaka kali ni. In sya Allah, kalau umur panjang, lepas ni kita datang Melaka lagi.


Wednesday 30 December 2015

Resepi Biskut Coklat Cip ala Famous Amos

Assalamualaikum,

Sekian lama tak menulis di blog ni. Banyak benda nak dikongsi tapi rasa macam tak sempat nak duduk dan menulis di blog ni. Tiba-tiba hari ni dah pun 31 Disember 2015, hari terakhir dalam tahun ni. Tak sangka cepat sungguh masa berlalu. Tak sempat la kot rasanya nak cerita semua hari ni.

Hari ni nak share satu resepi yang rasanya paling banyak kali saya buat tahun ni. Buat banyak kali sebab anak-anak memang suka sangat dengan biskut ni. Dan sejak saya buat biskut ni, saya dah tak beli biskut chipsmore kat kedai. Kalau ke shopping mall pun, saya dah tak beli biskut Famous Amos, diorang lebih suka biskut yang saya buat ni. Jom lah tengok resepinya. Resepi ni saya ambil dari blog Kak Azie Kitchen. Tapi saya ubah suai sikit ikut selera anak-anak dan guna organik.

Biskut Coklat Cip Famous Amos

Bahan A:
1/2 cawan + dua sudu besar gula organik
1/2 cawan mentega (lbh kurang 75g)
1/2 cawan minyak biji bunga matahari
1 biji telur sederhana
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu besar susu segar
1/2 sudu kecil ekstrak vanilla

Bahan B:
2 cawan tepung gandum (ayak)
1 sudu besar serbuk koko (ayak)
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil cream of tar tar
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/ almond nib/ kacang hazel
1 cawan semi sweet chocolate chip

Cara-cara:
1. Satukan semua bahan A dengan menggunakan whisker.
2. Ayak tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbonat, dan serbuk cream of tar tar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau dengan spatula. Lepas tu masukkan almond nib dan coklat cip. Adunan agak lembik.
3. Sudukan ke atas dulang pembakar. Jarakkan biskut kerana biskut akan mengembang.
4. Bakar dalam oven dengan suhu 150 darjah celcius selama 15 minit.


Adunan yang dah siap



Dah siap

Adunan ni sebenarnya adalah setengah daripada adunan asal. Untuk adunan ni saya boleh dapat lebih kurang 100 keping biskut. Terpulang kepada saiz juga la. Kalau buat saiz kecil, boleh dapat lebih banyak. Biskut ni memang delicious.


Wednesday 8 July 2015

Resepi Puding Roti Mentega (Bread Butter Pudding)

Assalamualaikum,

Bulan puasa ni rajin pulak nk buat entry. Banyak try resepi baru untuk berbuka. Last week, teringin pulak saya nak makan puding roti, so saya cuba cari resepi yang lain dari yang lain sikit. Resepi puding roti ni saya dpat dari taste.com. Sebab tengok resepi ni dapat 5 stars daripada reviewers, so teringin pulak nak try. Alhamdullillah, dah try dan menjadi. Memang sedap buat buka puasa, sebagai pemanis mulut.

Puding Roti Mentega

100 g gula
1 sudu teh serbuk kayu manis
5 keping roti putih
Mentega
3 genggam kismis sultana (saya pakai kismis hitam je)
500 ml susu segar
2 biji telur

Cara-cara:
1. Campurkan gula dan serbuk kulit kayu manis.
2. Sapu mentega pada roti dan potong 2.
3. Susun roti dalam bekas pembakar, tambahkan kismis dan campuran gula dan serbuk kulit kayu manis.
4. Pastikan setiap lapis roti ditabur dengan kismis serta campuran gula dan serbuk kulit kayu manis.
5.Campurkan telur dan susu, pukul dengan whisker.
6. Tuangkan campuran susu dan telur ke dalam lapisan roti tadi.
7. Bakar dalam oven 35-45 minit dengan suhu 150 darjah celcius.



Sunday 5 July 2015

Menang Peraduan Dutch Lady, Alhamdullillah

Assalamualaikum,

Nak cerita pasal rezeki hari ni. Rezeki ni dari Allah SWT, cuma rezeki ni datang dalam banyak cara dan bentuk. Bagi saya, kebahagiaan rumahtangga, dikurniakan anak-anak yang sihat dan comel, keluarga sihat dan bahagia, itu semua rezeki dari Allah SWT juga.

 Alhamdullillah, baru-baru ni saya dapat panggilan telefon mengatakan saya menang pertandingan 'Lebih Syiok Lebih Meriah Dutch Lady'. Terkejut juga sebenarnya sebab sebenarnya saya dah lupa pun pasal peraduan tu. Saja masuk untuk suka-suka je, tak sangka dapat hadiah pula.

Anak-anak saya memang minum susu UHT Dutch Lady ni, so tiap-tiap bulan memang berkotak-kotak beli susu Dutch Lady ni. Masa masuk peraduan ni, saja suka-suka je sebab masuk peraduan pun pakai SMS je. Tak sampai 2 minit pun nak hantar SMS tu. Nasib baik saya masih simpan resit pembelian susu kat AEON Big tu sebab, bila dia call bagitau saya menang, dia suruh saya pos resit asal dengan salinan kad pengenalan untuk pengesahan diorang nak hantar hadiah nanti.

Apa hadiahnya?????Alhamdullillah, saya menang AEON Big Gift Card bernilai RM500. Banyak kan tu. Boleh buat shopping barang-barang dapur kat AEON Big. Masa diorang call bagitau saya menang hadiah ni bulan Mac, Katanya hadiah akan sampai 6-8 minggu dari tarikh saya pos resit asal dan salinan kad pengenalan saya. Akhirnya, AEON Big Gift Card ni sampai minggu pertama bulan 6 hari tu. Kebetulan dah nak masuk bulan puasa kan, jadi boleh la saya beli barang-barang nak buat kuih raya sekali. Syukur sangat bila tiba-tiba ada orang nak bagi RM500 kat kita. Rezeki anak-anak sebab beli susu ni pun untuk anak-anak. ALHAMDULLILLAH.





Dah sampai

Alhamdullillah, RM500




Friday 3 July 2015

Resepi Kek Carrot dan Cream Cheese Topping

Assalamualaikum,

Kek carrot atau kek lobak merah memang menjadi favourite saya dan keluarga. Resepi ni sebenarnya olahan dari beberapa resepi yang saya pernah try. Ada bahan yang saya tambah sendiri mengikut citarasa saya sendiri. Cream cheese topping pun mcm tu. Ada beberapa resepi yang saya cuba, ada yang manis sangat, ada yang tak berapa ikut selera saya, jadi saya olah semula supaya sesuai dengan taste family saya. Dah lama juga saya dok buat kek carrot ni, sampaikan kawan-kawan husband kat ofis nak order. Tapi saya ni mana la sempat nak ambil tempahan, lagi pun saya masih belum mahir bab-bab nk hias kek ni. Kalau setakat nak makan boleh la. So, kalau ada potluck kat ofis husband, saya sedekah je sebiji kek carrot ni utk kawan2 ofis dia. Husband cakap, kalau ada potluck. memang dia wajib kena bawa kek carrot ni. Ada juga peminat kek saya ni.....hehehe.

Bahan-bahan:
2 1/2 cwn parutan carrot
4 biji telur
1 cwn minyak sayuran
1 1/2 cwn gula putih
2 cwn tepung naik sendiri
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh serbuk buah pala
1 sudu teh perisa vanilla
1/2 sudu teh garam
1 cwn kacang walnut/pecan (cincang sedikit)

Cara-caranya:
1. Ayak tepung, serbuk kayu manis, serbuk buah pala dan garam.
2. Pukul telur sebiji demi sebiji dengan gula.
3. Masukkan minyak.
4. Masukkan campuran tepung berselang seli dengan carrot yang diparut.
5. Tuang adunan dalam loyan 8".
6. Bakar pada suhu yang sesuai. Oven saya guna suhu 150 darjah celcius, bakar lebih kurang 1 jam.

Bahan-bahan topping cream cheese:
100 g gula icing
100 g butter
250 g cream cheese (saya guna Tatura)
1 sudu teh vanilla
1 sudu teh jus lemon

Caranya: Campur semua sekali dalam mixer, putar sehingga sebati.

Pukul telur dan gula

Kek sedang di bakar, cantik je naiknya

Dah siap bakar

Kek carrot dan cream cheese topping

Resepi Samperit Feveret Family

Assalamualaikum,

Lama sungguh tak buat entry. Tak tau kenapa tahun ni tak rajin sangat buka blog. Dari petang semalam lagi nk buat entry pasal resepi samperit ni, tapi ditangguh tangguh sampai la ke pagi ni. Hari ni dah 17 Ramadhan, cepat sungguh masa berlalu. Ramadhan tahun ni, banyak juga ujian melanda family kami ni. Minggu lepas kami sekeluarga dijangkiti demam virus. Beberapa kali pergi klinik sebab demamnya naik turun. Paling kesian kat husband, demam sampai tekaknya luka sebab kering sangat tekaknya. Dah kurus sikit badan dia sebab sakit tekak sampai tak boleh nak telan makanan. Ujian dari Allah, sekali sekala kita diberi peringatan untuk mengingati Allah Ynag Maha Esa.

Hari ni nak share resepi kuih raya favourite family kami ni. Anak-anak memang suka sangat dengan biskut samperit ni. Biskut ni memang sedap dan tak jemu makan. Resepi ni saya ambil dari blog Fiza's Cooking.

Biskut Samperit

Bahan-bahan:
250 g Buttercup
1 cwn gula icing
1 cwn tepung jagung
1 cwn tepung kastad
2 cwn tepung gandum
1 biji kuning telur
Sedikit esen vanilla

Cara-caranya:
1. Masukkan butter dan gula icing dalam mangkuk, pukul guna senduk kayu sahaja.
2. Masukkan kuning telur dan esesn vanilla, pukul lagi hingga mesra.
3. Masukkan campuran tepung (gandum, jagung dan kastad) sedikit demi sedikit dan gaul hingga jadi doh.
4. Seterusnya masukkan dalam acuan samperit dan tekan ke dalam dulang pembakar. Hias dengan bebola manik atau ceri merah (saya guna manik bebola). Bakar dalam oven dalam 12-15 minit, suhu oven saya 150 darjah celcius.

Biskut Samperit Dahlia