Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Wednesday 30 December 2015

Resepi Biskut Coklat Cip ala Famous Amos

Assalamualaikum,

Sekian lama tak menulis di blog ni. Banyak benda nak dikongsi tapi rasa macam tak sempat nak duduk dan menulis di blog ni. Tiba-tiba hari ni dah pun 31 Disember 2015, hari terakhir dalam tahun ni. Tak sangka cepat sungguh masa berlalu. Tak sempat la kot rasanya nak cerita semua hari ni.

Hari ni nak share satu resepi yang rasanya paling banyak kali saya buat tahun ni. Buat banyak kali sebab anak-anak memang suka sangat dengan biskut ni. Dan sejak saya buat biskut ni, saya dah tak beli biskut chipsmore kat kedai. Kalau ke shopping mall pun, saya dah tak beli biskut Famous Amos, diorang lebih suka biskut yang saya buat ni. Jom lah tengok resepinya. Resepi ni saya ambil dari blog Kak Azie Kitchen. Tapi saya ubah suai sikit ikut selera anak-anak dan guna organik.

Biskut Coklat Cip Famous Amos

Bahan A:
1/2 cawan + dua sudu besar gula organik
1/2 cawan mentega (lbh kurang 75g)
1/2 cawan minyak biji bunga matahari
1 biji telur sederhana
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu besar susu segar
1/2 sudu kecil ekstrak vanilla

Bahan B:
2 cawan tepung gandum (ayak)
1 sudu besar serbuk koko (ayak)
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil cream of tar tar
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/ almond nib/ kacang hazel
1 cawan semi sweet chocolate chip

Cara-cara:
1. Satukan semua bahan A dengan menggunakan whisker.
2. Ayak tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbonat, dan serbuk cream of tar tar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau dengan spatula. Lepas tu masukkan almond nib dan coklat cip. Adunan agak lembik.
3. Sudukan ke atas dulang pembakar. Jarakkan biskut kerana biskut akan mengembang.
4. Bakar dalam oven dengan suhu 150 darjah celcius selama 15 minit.


Adunan yang dah siap



Dah siap

Adunan ni sebenarnya adalah setengah daripada adunan asal. Untuk adunan ni saya boleh dapat lebih kurang 100 keping biskut. Terpulang kepada saiz juga la. Kalau buat saiz kecil, boleh dapat lebih banyak. Biskut ni memang delicious.


0 comments:

Post a Comment