Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Wednesday 8 July 2015

Resepi Puding Roti Mentega (Bread Butter Pudding)

Assalamualaikum,

Bulan puasa ni rajin pulak nk buat entry. Banyak try resepi baru untuk berbuka. Last week, teringin pulak saya nak makan puding roti, so saya cuba cari resepi yang lain dari yang lain sikit. Resepi puding roti ni saya dpat dari taste.com. Sebab tengok resepi ni dapat 5 stars daripada reviewers, so teringin pulak nak try. Alhamdullillah, dah try dan menjadi. Memang sedap buat buka puasa, sebagai pemanis mulut.

Puding Roti Mentega

100 g gula
1 sudu teh serbuk kayu manis
5 keping roti putih
Mentega
3 genggam kismis sultana (saya pakai kismis hitam je)
500 ml susu segar
2 biji telur

Cara-cara:
1. Campurkan gula dan serbuk kulit kayu manis.
2. Sapu mentega pada roti dan potong 2.
3. Susun roti dalam bekas pembakar, tambahkan kismis dan campuran gula dan serbuk kulit kayu manis.
4. Pastikan setiap lapis roti ditabur dengan kismis serta campuran gula dan serbuk kulit kayu manis.
5.Campurkan telur dan susu, pukul dengan whisker.
6. Tuangkan campuran susu dan telur ke dalam lapisan roti tadi.
7. Bakar dalam oven 35-45 minit dengan suhu 150 darjah celcius.



Sunday 5 July 2015

Menang Peraduan Dutch Lady, Alhamdullillah

Assalamualaikum,

Nak cerita pasal rezeki hari ni. Rezeki ni dari Allah SWT, cuma rezeki ni datang dalam banyak cara dan bentuk. Bagi saya, kebahagiaan rumahtangga, dikurniakan anak-anak yang sihat dan comel, keluarga sihat dan bahagia, itu semua rezeki dari Allah SWT juga.

 Alhamdullillah, baru-baru ni saya dapat panggilan telefon mengatakan saya menang pertandingan 'Lebih Syiok Lebih Meriah Dutch Lady'. Terkejut juga sebenarnya sebab sebenarnya saya dah lupa pun pasal peraduan tu. Saja masuk untuk suka-suka je, tak sangka dapat hadiah pula.

Anak-anak saya memang minum susu UHT Dutch Lady ni, so tiap-tiap bulan memang berkotak-kotak beli susu Dutch Lady ni. Masa masuk peraduan ni, saja suka-suka je sebab masuk peraduan pun pakai SMS je. Tak sampai 2 minit pun nak hantar SMS tu. Nasib baik saya masih simpan resit pembelian susu kat AEON Big tu sebab, bila dia call bagitau saya menang, dia suruh saya pos resit asal dengan salinan kad pengenalan untuk pengesahan diorang nak hantar hadiah nanti.

Apa hadiahnya?????Alhamdullillah, saya menang AEON Big Gift Card bernilai RM500. Banyak kan tu. Boleh buat shopping barang-barang dapur kat AEON Big. Masa diorang call bagitau saya menang hadiah ni bulan Mac, Katanya hadiah akan sampai 6-8 minggu dari tarikh saya pos resit asal dan salinan kad pengenalan saya. Akhirnya, AEON Big Gift Card ni sampai minggu pertama bulan 6 hari tu. Kebetulan dah nak masuk bulan puasa kan, jadi boleh la saya beli barang-barang nak buat kuih raya sekali. Syukur sangat bila tiba-tiba ada orang nak bagi RM500 kat kita. Rezeki anak-anak sebab beli susu ni pun untuk anak-anak. ALHAMDULLILLAH.





Dah sampai

Alhamdullillah, RM500




Friday 3 July 2015

Resepi Kek Carrot dan Cream Cheese Topping

Assalamualaikum,

Kek carrot atau kek lobak merah memang menjadi favourite saya dan keluarga. Resepi ni sebenarnya olahan dari beberapa resepi yang saya pernah try. Ada bahan yang saya tambah sendiri mengikut citarasa saya sendiri. Cream cheese topping pun mcm tu. Ada beberapa resepi yang saya cuba, ada yang manis sangat, ada yang tak berapa ikut selera saya, jadi saya olah semula supaya sesuai dengan taste family saya. Dah lama juga saya dok buat kek carrot ni, sampaikan kawan-kawan husband kat ofis nak order. Tapi saya ni mana la sempat nak ambil tempahan, lagi pun saya masih belum mahir bab-bab nk hias kek ni. Kalau setakat nak makan boleh la. So, kalau ada potluck kat ofis husband, saya sedekah je sebiji kek carrot ni utk kawan2 ofis dia. Husband cakap, kalau ada potluck. memang dia wajib kena bawa kek carrot ni. Ada juga peminat kek saya ni.....hehehe.

Bahan-bahan:
2 1/2 cwn parutan carrot
4 biji telur
1 cwn minyak sayuran
1 1/2 cwn gula putih
2 cwn tepung naik sendiri
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh serbuk buah pala
1 sudu teh perisa vanilla
1/2 sudu teh garam
1 cwn kacang walnut/pecan (cincang sedikit)

Cara-caranya:
1. Ayak tepung, serbuk kayu manis, serbuk buah pala dan garam.
2. Pukul telur sebiji demi sebiji dengan gula.
3. Masukkan minyak.
4. Masukkan campuran tepung berselang seli dengan carrot yang diparut.
5. Tuang adunan dalam loyan 8".
6. Bakar pada suhu yang sesuai. Oven saya guna suhu 150 darjah celcius, bakar lebih kurang 1 jam.

Bahan-bahan topping cream cheese:
100 g gula icing
100 g butter
250 g cream cheese (saya guna Tatura)
1 sudu teh vanilla
1 sudu teh jus lemon

Caranya: Campur semua sekali dalam mixer, putar sehingga sebati.

Pukul telur dan gula

Kek sedang di bakar, cantik je naiknya

Dah siap bakar

Kek carrot dan cream cheese topping

Resepi Samperit Feveret Family

Assalamualaikum,

Lama sungguh tak buat entry. Tak tau kenapa tahun ni tak rajin sangat buka blog. Dari petang semalam lagi nk buat entry pasal resepi samperit ni, tapi ditangguh tangguh sampai la ke pagi ni. Hari ni dah 17 Ramadhan, cepat sungguh masa berlalu. Ramadhan tahun ni, banyak juga ujian melanda family kami ni. Minggu lepas kami sekeluarga dijangkiti demam virus. Beberapa kali pergi klinik sebab demamnya naik turun. Paling kesian kat husband, demam sampai tekaknya luka sebab kering sangat tekaknya. Dah kurus sikit badan dia sebab sakit tekak sampai tak boleh nak telan makanan. Ujian dari Allah, sekali sekala kita diberi peringatan untuk mengingati Allah Ynag Maha Esa.

Hari ni nak share resepi kuih raya favourite family kami ni. Anak-anak memang suka sangat dengan biskut samperit ni. Biskut ni memang sedap dan tak jemu makan. Resepi ni saya ambil dari blog Fiza's Cooking.

Biskut Samperit

Bahan-bahan:
250 g Buttercup
1 cwn gula icing
1 cwn tepung jagung
1 cwn tepung kastad
2 cwn tepung gandum
1 biji kuning telur
Sedikit esen vanilla

Cara-caranya:
1. Masukkan butter dan gula icing dalam mangkuk, pukul guna senduk kayu sahaja.
2. Masukkan kuning telur dan esesn vanilla, pukul lagi hingga mesra.
3. Masukkan campuran tepung (gandum, jagung dan kastad) sedikit demi sedikit dan gaul hingga jadi doh.
4. Seterusnya masukkan dalam acuan samperit dan tekan ke dalam dulang pembakar. Hias dengan bebola manik atau ceri merah (saya guna manik bebola). Bakar dalam oven dalam 12-15 minit, suhu oven saya 150 darjah celcius.

Biskut Samperit Dahlia