Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Saturday 28 December 2013

Resepi donat gebu dan lembut

Assalamualaikum,

Nak share satu resepi yang saya google dulu. Dah lama dah dapat resepi ni sampai dah lupa pulak saya ambik kat blog sapa. Selalu buat donat guna resepi ni sebab tak payah nak perap tepung tu lama-lama.


Donat

500 g tepung gandum
3 sudu besar gula
3 sudu besar susu tepung
1 sudu teh garam
2 sudu besar marjerin
11g yis mauripan (rendam dalam air suam sampai kembang)
Sedikit air sejuk dari peti ais

Cara-cara:
1. Sediakan tepung gandum dalam mangkuk adunan. Buat satu lubang di tengah-tengah tepung gandum.
2. Masukkan gula, susu tepung, garam dan marjerin pada lubang tersebut. Gaulkan hingga mesra dan sebati.
3. Apabila yis dah kembang, tuangkan yis tersebut dalam tepung dan gaul hingga menjadi doh. Tambah sedikit air sejuk dan uli hingga menjadi doh. Tambahn tepung sedikit demi sedikit jika adunan agak lembik.
4. Apabila dah jadi doh, boleh la di canai dan di terap dengan acuan.
5. Goreng donat guna api yang perlahan hingga berwarna kekuning-kuningan. Lepas dah masak, angkat dan boleh la digaul dengan gula kastor.

                      Donat sebelum di goreng

                       Goreng hingga kekuning-kuningan

Untuk adunan ni, selalunya boleh dapat dalam 26 biji donat saiz sederhana. Memang kenyang la makan satu family, siap boleh bagi jiran sebelah lagi. Anak-anak memang suka makan donat dan selalunya donat ni saya buat untuk breakfast atau pun minum petang.

Qaseh Gold

Assalamualikum,

Sekarang ni produk Qaseh Gold ni agak popular di pasaran. Ramai yang dah mencubanya dan ada yang mengakui keberkesanannya. Bila tengok ramai orang dah cuba, teringin juga nak cuba. Kebetulan seorang sahabat baru mula berbisnes Qaseh Gold ni, senang la saya nak dapatkan produk ni. Qaseh Gold ni ada 3 jenis, Qaseh Gold Adinda untuk perempuan, Qaseh Gold Kekanda untuk lelaki dan Qaseh Gold Junior untuk kanak-kanak.





Saya baru je dapat Qaseh Gold Adinda ni 2 hari lepas tapi belum makan lagi sebab saya sedang makan Bidadari. Nak habiskan Bidadari dulu baru nak mula makan Qaseh Gold Adinda ni. Saya pun dah pesan Qaseh Gold Kekanda dengan Qaseh Gold Junior untuk suami dan anak-anak. In sha Allah, lepas dah try dan ada kesan, saya akan update lagi.

Alhamdulillah, dah hampir sebulan saya amalkan Qaseh Gold ni. Memang sesuai dengan badan saya, badan rasa ringan dan bertenaga. Dan yang paling best, susu saya makin bertambah.Walaupun baby Zafar dah 1 tahun 4 bulan, saya still full breast feeding dan Qaseh Gold ni dah terbukti menambahkan air susu ibu. Alhamdulillah, rezeki Zafar.

Kalau ada yang berminat, boleh la order dengan saya, SMS atau whatsapp, 0193895191.
Wednesday 25 December 2013

Happy Birthday Zafar

Assalamualaikum,

Dah lama nak tulis pasal birthday Zafar ni, tapi agak sibuk sikit, banyak kerja sebab dah nak exam. Tanggal 28 September 2013, genaplah umur Zafar setahun, Setiap anak memang akan disambut harijadi yang pertama walaupun secara sederhana. Kali ni birthday Zafar kitorang sambut kat Pizza Hut Bukit Kemuning. Husband yang suggest supaya buat kat luar supaya tak payah nak kemas rumah.


Ni la kek birthday Zafar. Dah lama teringin nak order kek macam ni, kagum jugak dengan orang yang boleh buat kek macam ni. Macam biasa, sejak 2011 lagi kalau nak buat birthday je, mesti order dengan kak zai. Kek kak Zai ni memang cantik, dan yang penting sangat sedap. Untuk kek Zafar ni, saya pilih perisa chocolate moist dengan topping cream.
Ada lagi 2 kek Zafar sebenarnya, kebetulan nak balik kampung, so husband suruh order satu lagi kek untuk celebrate kat kampung.


Satu lagi kek Zafar untuk nak hantar rumah ummi dia. Ummi ni ialah orang yang jaga anak-anak kitorang sejak Suffiya umur 3 tahun sampai la sekarang. So, sebagai menghargai jasa ummi, sempena birthday Zafar ni, kitorang nak bagi sebiji kek untuk family Ummi.


Cantik kek-kek Zafar ni. Sapa nak order boleh la tengok blog My Pu3 Cake House ni.

Birthday boy nak tiup lilin tapi ramai pulak yang nak tumpang tiup sekali...hihihi.


                         Hadiah-hadiah Zafar....thank u u'olls

Restoran Jemari

Assalamualaikum,

Hari ni terasa rajin pulak nak buat entry. Nak cerita tentang restoran yang baru je pergi 2 malam yang lepas. Sebenarnya cari restoran lain tapi setelah 3-4 kali husband tawaf, tak jumpa-jumpa jugak, so kitorang decide makan je la restoran apa yang ada. Restoran Jemari ni terletak kat seksyen 7 Shah Alam. Mula-mula masuk macam tak ramai orang, tapi lepas je kitorang order, ramai pulak yang datang sampai meja dah penuh. Ada satu family tu sanggup tunggu dalam 10 minit untuk dapat meja sebab meja dah penuh.

Restoran ni agak cantik juga dari segi dekorasinya. For me, konsepnya nampak simple and comfy. Kitorang duduk dekat kerusi panjang dan ada bantal kusyen kecik-kecik. Senang sikit kalau nak menyusu Zafar nanti. Makanan saya pilih restoran Jemari punya special menu, nasi goreng Thai kot namanya. Husband nak cuba tom yam seafood, makan dengan nasi putih dan telur dadar. Anak-anak pula saya order nasi goreng cina. Air pula saya pilih air epal asam boi, husband order jus tembikai laici dan si Suffiya nak air sirap.

Tom yam seafood memang sedap dan pedas, husband kata menepati citarasa dia. Nasi goreng Thai pula sedap juga, ada kerabu mangga sebagai sampingan, sedap dan berselera juga saya makan. Nasi goreng cina anak-anak pun tidak mengecewakan, antara yang sedap juga yang pernah kami rasa. Overall, sedap la makan kat sini, boleh juga datang lagi dan try makanan lain pulak. Air epal asam boi tu memang sedap la untuk tekak saya.

                                                     Menu, harga agak pricey jugak
                                   
                                                        Air epal asam boi

                                                        Jus tembikai laici

                                              Tom yam seafood

                                                     Nasi goreng Thai

                                                        Tempat duduk dengan kusyen

Restoran Mohd Chan, Chinese Muslim Food

Assalamualaikum,

Hari ni saja nak cerita pasal tempat makan best yang baru je di cuba 2 minggu lepas. Restoran Mohd Chan Kota Kemuning. Restoran ni ialah restoran makanan cina muslim. Rasanya ramai yang dah tahu pasal restoran ni kot sebab cawangan dia pun banyak. Kat Kota Kemuning ni adalah yang paling dekat dengan rumah kitorang, dalam 3 km la lebih kurang. Kat Kota Kemuning ni baru je di buka dalam bulan Mac kot. Sejak di buka, hati memang teringin sangat nak pergi makan kat situ. So, minggu lepas ajak la husband pergi ke restoran Mohd Chan ni. Lepas husband balik kerja, mandi, solat, terus je keluar. Masa tu hari Isnin, so orang pun tak ramai sangat.

Tengok menu macam best je. Kitorang order ikan kerapu masak daun teratai, itu yang di sarankan oleh waiter kat situ. Lepas tu nasi goreng cina untuk anak-anak. Lupa pulak, husband order sayur yang di campur 4 jenis sayur, lupa dah namanya. Masa first time pergi, lupa nak snap gambar. Ikan kerapu tu memang sedap, ikan yang besar tu boleh habis dimakan oleh saya dan husband. Memang berbeza dan tak pernah rasa lagi di tempat lain. Masa nak order, menu ni tak de print lagi kat dalam buku menu dia sebab waiter tu cakap ini menu baru. Harga ikan kerapu ni lebih mahal daripada ikan siakap. Ikan kerapu berharga RM68 seekor.

Bila dah sedap, terasa nak pergi lagi, so last week masa balik dari kampung, husband ajak singgah makan kat restoran ni lagi, Saya pun ok je, dalam hati memang teringin nak pergi lagi. Kali ni husband yang pilih order, dia pilih ikan siakap masak kapitan, shark fin soup dan sayur kailan masak oyster dan garlic. Ikan siakap masak kapitan ni pun sedap, anak-anak pulak bila rasa shark fin soup ni, terus muka tersengih-sengih cakap sedap. Baby Zafar ni mulut asyik mengomel je bila ayah lambat suap sup, suka sangat la tu. Servis memang bagus, order cepat sampai, tak tunggu lama sangat. Kedai pun bersih dan selesa dan restoran ni akan jadi salah satu choice kalau nak makan kat luar, sebab dekat sangat dengan rumah. Ikan ni berharga RM38 dan shark fin soup RM20 semangkuk tapi mangkuknya sangatlah besar, memang untuk satu family 4-5 orang.

                                                                    Ikan siakap

                                                                Shark fin soup


Monday 23 December 2013

Bercuti di Krabi - Day 3

Dah hari ke tiga dah pun kat Krabi ni. Apasal la cepat sangat masa berlalu. Hari ni adalah hari terakhir nak enjoy kat Krabi ni sebab esok dah nak balik, flight pagi pulak tu. Huhuhu....

Hari ni la paling best kat Krabi ni, nak pergi island hopping...hehehe. Mula-mula ingatkan tak boleh pergi dah island hopping ni sebab ada baby kan. Semalam husband tanya dengan tour yang kitorang ambil ni, dia kata boleh je, tak cas pun. Speed boat dia pun besar.So, seronok la sebab boleh ikut sekali. Untuk tour ni kitorang ambil tour ke Phi Phi Island, dapat 6100 baht untuk group kitorang ni. Pagi-pagi lagi dah tunggu kat lobby hotel, diorang pick-up dalam 8.30 pg. Kena pergi kedai diorang dulu, nak isi insurans katanya. Dari kedai diorang tu, kena jalan kaki ke pantai Ao nang nak naik speed boat, dekat je pun.


Sebelum naik speed boat ni, ada la briefing sikit, tak dengar sangat pun apa dia cakap. Pasal safety la kot, antaranya, tak boleh berdiri masa bot tengah jalan. Takut terjatuh kot. So, bila naik bot kena duduk je ye. Speed boat kami ni ramai pulak mat saleh, group kitorang je yang melayu dan ada lagi satu couple dari Malaysia juga. Yang lain tu rasanya ada dengar cakap Spain, cakap Russia pun ada, tapi semua mat saleh la.


First sekali speed boat ni stop kat Bamboo Island....nampak tak air dia...cantik kan? Memang cantik, air pun sejuk je, pantai pun putih bersih, indah sungguh alam kurniaan Allah ni. Memang best sangat mandi kat sini tapi sekejap sangat tour guide ni bagi masa kat sini, 45 minit je. Nak posing lagi, nak mandi lagi, nak kejar anak lagi.......tak pe lah. So, guna la masa dengan berhemah. Kat sini, posing-posing pas tu mandi manda.....budak-budak sibuk nak buat sand castle.


Selepas mandi manda ni, naik bot lagi. Tengok air laut dan pemandangan yang cantik-cantik. Tengok gambar je lah.

Ini adalah Viking cave. Cantiknya air dia, dulu boleh berkayak dalam gua ni, tapi sekarang dah jadi private property, boleh tengok je la.


Ni la antara gambar-gambar pemandangan indah yang di snap oleh encik hubby dengan kamera Lumixnya. Memang awesome pemandangannya, air jernih sangat, memang boleh nampak ikan. Kat sini, speed boat cuma lalu slow-slow bagi tengok pemandangan indah ni.
Next stop adalah tempat yang di tunggu-tunggu, Maya Bay. Maya Bay ni adalah tempat shooting cerita 'The Beach' lakonan Leornardo Dicaprio. Sebenarnya teringin sangat nak pergi Krabi ni lepas tengok ceria 'The Beach' ni la.

Cantik betul Maya Bay ni. Banyak sangat bot kat pantai sampai susah nak dapat view cantik. Tourist dari Phuket pun tour kat pulau-pulau ni juga. Dari Phuket lama sikit naik bot, 1 jam setengah rasanya. Dari Krabi 1 jam je. Lepak kat Maya Bay ni dalam 40 minit je, nak mandi pun susah so main air je la. Ramai sangat orang, tempat femes, nak buat camana kan. Lepas Maya Bay ni, kitorang di bawa ke Phi Phi Don pulak, untuk lunch, bagus la, dah lapar ni.

Tak banyak gambar kat Phi phi island ni, photographer penat kot. Kat kamera adik banyak la. Makanan waktu lunch memang halal, sedap dan memang kitorang makan banyak-banyak. Sebab lepas ni nak naik bot lagi kan. Kat sini lepak dalam 1 jam 45 minit jugak, sempat jugak mandi manda kat sini. Lepas ni aktiviti snorkeling pulak.


Snorkelling ni kat Monkey Bay. Husband yang tak pandai swimming pun nak try snorkelling dan memang di alu-alukan oleh isterinya ni. Mula-mula husband tak nak tapi setelah dipujuk oleh adik ipar, dia pun ok. Sekejap je husband turun tapi bagus la sebab dia nak juga mencuba. Snorkelling ni ada dua tempat. Kat Monkey Bay ni kiranya air tak dalam sangat sebab dekat dengan pantai, satu lagi tempat kat tengah laut, beberapa kilometer dari Bamboo Island.

Ini tempat snorkelling kat laut dalam, belakang tu Bamboo Island. Masa ni semua dah penat.On the way balik ke pantai Ao nang, anak-anak semua dah tertido. Penat-penat pun, sampai hotel diorang terjun swimming pool lagi. Tamatlah waktu enjoy kat Krabi ni, esok dah nak balik Malaysia, flight pukul 8.25 pg. Memang seronok bercuti ke Krabi ni. Pemandangan cantik, makanan pun best. Rasa macam tak puas 4 hari 3 malam kat sini. In sha Allah, kalau ada rezeki, nak datang lagi. Husband pun rasa yang sama, best pulak pergi Krabi ni, dia pun nak datang lagi. Harap-harap Allah murahkan rezeki. Amin.
Sunday 22 December 2013

Bercuti di Krabi - Day 2

Hari ni dah hari kedua di Krabi, terjaga pukul 6 pagi, tapi cuaca dah cerah. Cepat-cepat kejut husband, takut terlepas subuh. Hari ni blur lagi, tak tau nak pergi mana. Adik call tanya apa plan. Kebetulan tengah google pasal elephant trekking, so bagitau dia la pasal aktiviti elephant trekking tu. So, kejut anak-anak bangun dan bersiap nak pergi breakfast dulu. Sampai je kat depan hotel, husband terus lambai tuk tuk yang dok lepak kat depan hotel. Husband suruh bawa pergi restoran best nak breakfast. Hari ni kita orang breakfast kat Bamboo Restaurant.
                                          Suffiya posing kat meja dan kerusi bamboo...

 Breakfast simple2 je, tapi order nasi goreng la juga sebab ingat nak pergi elephant trekking kan, takut lama nanti baru dapat makan. Adik suruh driver tuk tuk bawa pergi jalan jalan la sekali dengan nak pergi elephant trekking tu. Dia cakap dia cas 1000 baht je....ok la tu. Mula-mula dia bawa pergi Catfish Farm. Kat sini macam mini zoo la....tempat sejuk je, memang hutan dan ada air terjun, rasa nyaman dan best plak. Tiket masuk 50 baht je untuk dewasa dan 30 baht untuk kanak-kanak.
                                           Nak start tour kat Catfish farm

                                           Anak-anak seronok bagi makan ikan

Kat sini seronok juga sebab anak-anak excited dapat tengok kura-kura, ikan, buaya, itik dan ada air terjun tapi tak boleh mandi la, tengok je. Kat Catfish farm ni dalam sejam je. Lepas tu Zakaria dan Ismail, our driver tuk tuk nak bawa pergi tengok gajah pulak. Yang bestnya, punya la jauh diorang bawa tapi tempat gajah tu dah pindah kot, last-last kena patah balik, nak tergelak pun ada. Dalam 30 minit juga la dok naik tuk tuk ni, baru la sampai kat Phunaka Elephant Trekking. Tak sabar-sabar nak naik gajah ni. Husband dan adik ipar pun deal la dengan orang kat Phunaka Elephant Trekking ni....so kitorang dapat dalam 5000 baht untuk 5 dewasa dan 4 kanak-kanak. So, diorang bagi 3 ekor gajah....tunggu la gajah, lama jugak tunggu sebab gajah tengah bawa orang kan. Kena kumpul 3 gajah sekali baru boleh jalan serentak.

                                                        Posing dengan gajah dulu

Bila gajah dah sampai, seronoknya nak naik gajah. Budak-budak pun excited sangat, tak takut langsung. Qisya je nampak gayat sikit tapi sebab dia duduk tengah-tengah antara ibu dan ayah so dia rasa berani la sikit. Kakak naik dengan makcik dia bertiga dengan sepupu dia Zara. So, kita tengok gambar-gambar naik gajah ye. Best tau, betul-betul masuk hutan, naik turun bukit lagi.




                                                       Husband bagi gajah makan pisang.

Naik gajah ni lebih kurang sejam jugak. Lepas dah naik gajah, boleh bagi makan pisang kat gajah ni, 50 baht sepinggan pisang, ada la dalam 10 biji pisang kot. Memang best la dapat naik gajah hari ni, anak-anak pun enjoy sakan. Lepas naik gajah ni, pergi kedai souvenir pulak, beli 2-3 benda je, sebab target nak shopping kat market Aonang town je malam nanti.

Aktiviti malam ni nak shopping lah, sebelum tu kena isi perut dulu, so pergi Bamboo Restaurant lagi, malam ni nak makan seafood.


                                            Seafood dinner....maveles sangat tau....

Amacam .................... terliur tak tengok seafood kitorang ni....tengok je la ye. Memang puas hati, sotong besar, boleh buat bracelet kat tangan, udang pun besar, masak pun sedap, memang kenyang sangat. So, dah kenyang, jom le shopping.



                                       

Lebih kurang 2 jam jugak shopping kat sini, harga boleh tahan mahal jugak tapi kena pandai tawar menawar la. Malam ni habis lebih kurang 1200 baht, ok la, banyak jugak barang dapat, t-shirt, souvenir untuk sedara-mara, officemate husband dan seluar muay-thai untuk Zafar.

                                      Hasil shopping malam tadi....1200 baht

Dah penat, full activity hari ni, nak tido dah. Nanti sambung entry day 3 plak ye.....bye...gud night.