Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Thursday, 8 May 2014

Cuti di Melaka

Assalamualaikum,
Cerita ke Melaka ni dah lebih 2 bulan sebenarnya, tapi baru ada semangat nak buat entry ni. Kali ni saja nak isi masa sewaktu cuti penggal pertama persekolahan. Oleh sebab memang tak buat plan nak bercuti ke mana-mana, at the end of the week tu, ajak la husband bercuti ke PD dan Melaka. Entry PD lepas ni ye. Kenapa semangat sangat nak buat entry yang pergi Melaka ni, sebab memang best pergi Melaka, stay dekat apartment kat Hotel Mahkota. Memang best swimming pool kat sini.

Saya ni kalau pergi bercuti, salah satu yang penting ialah swimming pool mesti best. Saya booking hotel melalui Booking.com. Senang guna booking.com ni, website ni terus bagi harga untuk berapa malam yang kita akan stay, so senang nak buat bajet. Masa tengah cari hotel, ternampak swimming pool ni, terus berkenan dan booking, RM250 untuk 1 malam, apartment 2 bilik.

Book with booking.com
Anak-anak yang suka mandi

Kakak yg happy

Ada water slide

Ayah posing sexy

Tunggu nak naik slide

Ada jacuzzi juga.....
Sebelum tu, sebelah malam, kitorang pergi naik cruise kat Malacca River cruise. Tapi ramai sangat orang, pukul 10 lebih baru dapat naik setelah beratur selama setengah jam. Anak-anak pun dah mengantuk.


Atas bot

Pemandangan ala-ala Venice
Percutian ni singkat je. 1 malam je kat sini, esoknya dah balik. Sebelum balik, kitorang singgah makan asam pedas Melaka kat kedai makan area Dataran Pahlawan tu. Ok la, sedap juga tapi agak mahal la rasanya. Lunch nasi dengan lauk-pauk pun mencecah RM70.....huhuhu. May be sebab asam pedas ni special kat Melaka, sebab tu la mahal kot. Ok, nanti kita tengok la nak holiday ke mana pulak lepas ni.

Wednesday, 7 May 2014

Cameron Highlands : Day 2

Assalamualaikum,
Lama betul nak sambung entry ni. Sorry yek....banyak kerja la. Ok, kali ni story hari ke-2 pulak dan hari ni pun dah nak balik. Tapi hari ke-2 ni lebih seronok sebab lebih happening. Hari ni plan nak pergi ke ladang teh dan ke tempat ada bunga-bunga. Pagi-pagi dah kejut anak-anak dengan ayat ...'jom...jom...bangun....kita nak jalan-jalan tempat best ni...'...kalau dengar nak gi jalan-jalan, memang cepat je diorang bangun. Turun sarapan dulu kat cafe hotel....lepas tu terus je ke ladang teh 'Cameron Valley' kat Ringlet. Sebelum tu sempat lak posing-posing kat hotel ni.



Dari hotel nak ke Cameron Valley ni dalam 20 minit juga nak drive, kat sini tak boleh drive laju-laju. Jalan sempit je. Masa sampai ke ladang teh ni, orang pun tak ramai lagi. Anak-anak memang seronok pulak datang sini, sebab lapang dan boleh lari-lari. Pemandangan pun cantik je.



Romantik gitu...kakak dah pandai snap gambar.

Dah pandai bergaya
Anak-anak ibu

Sweet family moment

Lepas jalan-jalan kat ladang teh ni, kitorang minum teh pulak dekat cafe kat atas. Memang sedap minum teh panas-panas masa cuaca sejuk ni. Saya order teh 'honey lemon' satu teko kecil berharga RM10 dengan donat. Memang sedap teh diorang ni. Husband cakap, mesti la sedap sebab dah expert buat teh.Kalau buat kat rumah tak sedap macam ni pun. Menikmati teh sambil melihat pemandangan indah yang hijau mata memandang. Indahnya ciptaan Allah.
Sapa hensem ????

Honey lemon tea...memang best.
Cameron Valley
Posing ibu dan anak-anak
Lepas 1 jam lebih kat Cameron Valley ni, kitorang balik hotel dulu untuk check-out. Plan lepas check out ni nak lunch dan terus ke 'Cameron Lavender'. Kitorang lunch dengan food court kat Brinchang je. Lepas tu terus ke Cameron Lavender. Jalan jem teruk jugak, rupa-rupanya jem sebab ramai orang dekat Kea Farm. Mula-mula tu nak juga singgah ke Kea Farm ni, tapi bila dah tengok ramai sangat, terus tak jadi. Perjalanan diteruskan ke Cameron Lavender. Cantik tempat ni, banyak bunga-bunga dan tempat pun selesa. Tapi nak masuk kena tiket la pulak, RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Bawah 5 tahun masuk free je.

Cantik betul bunga-bunga kat sini
Macam cerita Dilwale pulak
Pemandangan dari atas
Ada kolam ikan...boleh bagi makan kat ikan ni.
Boleh petik sendiri bunga2 ni, pas tu bayar kat kaunter.
Banyaknya bunga pink....adik memang suka

Bunga pinky

Kedai souvenir

Bunga lavender
Seronok jumpa minion

hai Hello Kitty
Lepas dah habis meronda Cameron Lavender ni, kitorang pun teruskan perjalanan balik. Balik ni lalu kot Simpang Pulai, jalan pun kurang bengkang bengkoknya. Jem juga sebab ada construction, tapi lepas tu ok je. Sampai rumah lebih kurang pukul 8 malam. Seronok trip kali ni. Ibu memang suka dengan bunga2 fresh ni tapi sayang sebab tak sempat nak beli bunga fresh bawa balik. Tak pe lah....In sya Allah, ada rezeki kita datang lagi.

Friday, 2 May 2014

Cameron Highlands : Day 1

Assalamualaikum,

Lama juga tak buka blog ni. Semakin hari semakin banyak kerja, bila rasa free sket baru la boleh jengok blog ni. Hero yang sorang tu dah selamat tidor, so boleh la ibu ber'lappy' sekejap.

Kali ni nak story tentang short holiday kitorang last week. 2 hari 1 malam di Cameron Highlands. Rasa macam tak cukup plak pergi 2 hari 1 malam je. Tak pe, ada rezeki kita pergi lagi. Sebenarnya, dapat good deal kat Groupon, RM200++ je untuk bilik 4 orang kat Hotel De La Ferns.

Hotel De La Ferns
Dah lama plan nak pergi tapi asyik kena postpone sebab hari Sabtu slalu kena pergi kerja or ada hal-hal lain. Alhamdullillah, 26 April hari tu dapat la kesempatan untuk ke Cameron Highlands ni. Bertolak agak lewat skit, biasa la, dengan 3 anak, macam macam hal nak setel. Masa pergi ni, husband ambil jalan di Tapah, apalagi, kepala pun jadi pening dan bila sampai kat atas, memang rasa nak meloya dah. Oleh itu, masa balik nanti, memang dah decide nak balik ikut Simpang Pulai sebab tak tahan nak menahan pening kepala bila naik ikut Tapah. Sampai hotel lebih kurang pukul 2 lebih, so just nice je nak check in. Masa sampai tu hujan renyai-renyai sket, so macam best je kalau dapat landing sekejap dalam bilik ni. Masa masuk lobby, memang terpegun juga dengan interior lobby tu, cantik sangat dengan sentuhan style english.






Piya dan Zafar posing atas katil
Bilik yang kitorang ambil ni adalah jenis quadraple iaitu bilik untuk 4 orang. Dah anak 3 ni memang kena cari bilik besar la, dah tak muat kalau 1 je katil queen nak tidor semua skali. Bilik memang cantik dan selesa, sangat puas hati dengan harga yang saya dapat dengan Groupon ni. Rehat lebih kurang setengah jam je, lepas tu kitorang keluar nak makan. Kat sebelah hotel ada restoran steamboat, terus je makan kat situ, tapi tak order steamboat la, sebab nak cepat je, nak jalan2 tempat lain pulak. Destinasi pertama, nak cari tempat strawberi. Datang Cameron Highlands ni, wajib la cari strawbei kan. Lepas makan, sempat la google kejap nak cari tempat strawberi, so jumpa la tempat ni, Big Red Strawberry Farm. Dekat je dengan hotel, drive 5 minit je dah sampai. Lokasinya kat Brinchang, kira border la dengan Tanah Rata.


Nampak delicious sangat papan kat belakang tu kan. Kat sini bukan je ada strawberi, tapi ada juga sayur-sayur lain yang di tanam, memang nampak fresh dan sedap la syur-sayur tu. Hijau mata memandang. Kat sini ada juga tempat untuk menikmati strawberi ni dalam pelbagai menu, ada waffle, sundae, strawberi fondue, dan banyak lagi la.




Memang puas hati la dapat makan aiskrim sundae dan waffle ni. Satu ni memang Qisya punya je tapi dia tak habis pun, makan separuh dah kenyang katanya. Lepas makan-makan ni, pergi shopping sekejap, ada mini mart kat situ yang jual barang-barang berasaskan strawberi. So, ada la beli serba sedikit buat buah tangan dari Cameron Highlands ni.



Lepas makan-makan tu, kitorang jalan-jalan la tengok-tengok apa yang ada kat situ. Ada pokok-pokok bunga, kaktus dan juga pokok-pokok strawberi.






Hari pertama memang just ke strawberry farm ni je. Lebih kurang 2 jam juga kat sini, lepas tu terus balik hotel. Malam ni just nak relax-relax je kat bilik. Waktu malam, semua dah penat, so dinner kat hotel je. Ambil set steamboat untuk 2 orang, tapi makananya macam untuk 4 orang. Rate steamboat kat hotel pun tak mahal sangat RM30 je seorang. Sedap juga steamboat kat hotel ni, memang kenyang sangat dan tak habis semua.....rasa banyak sangat pulak. Overall, hari ni memang happy.
Tuesday, 15 April 2014

Resepi Puding Kastad Koktel Kristal

Assalamualaikum,

Meh nak share resepi dessert yg sgt sedap ni, dah lama jadi favourite family kitorang sejak saya jumpa resepi ni tahun 2007 (kot....ingat2 lupa la). Namanya Puding Kastad Koktel Kristal.

Puding Kastad Koktel Kristal

Puding:
2 cwn tepung kastad
9-10 cwn air
2 cwn susu cair Ideal
1 cwn gula kastor

Kuah koktel:
2 cwn susu cair Ideal
2 cwn air
1 cwn gula kastor
1 tin buah koktel

Cara-caranya:
1. Campurkan semua bahan-bahan puding, kacau hingga sebati. Bila dah sebati, baru panaskan di atas dapur. Guna api perlahan. Kacau hingga pekat dan mendidih.
2. Untuk kuah koktel, campurkan susu cair, air dan gula, panaskan di atas api sederhana. Bila dah hancur semua gula, boleh tutup api. Sejukkan. Boleh campur dengan 1 tin buah koktel bila dah sejuk.



Adunan di atas boleh dapat dua pyrex macam dalam gambar ni. Memang banyak, boleh ajak adik beradik datang makan sekali. Kalau nak, boleh juga buat separuh daripada adunan di atas. Senang sangat nak buat. Paling best kalau makan time panas-panas. Kadang-kadang dalam koktel tu saya tambah buah laici sebab saya dan husband suka makan buah laici.
Monday, 14 April 2014

Dr. G BB Cream

Assalamualaikum,

Ramai yang dah tau pasal BB cream kan?? Saya pun pernah guna BB cream sebelum ni tapi tak perbah buat survey BB cream mana yang bagus. So, baru-baru ni rasa macam nak guna BB cream pulak sebab rasanya lebih rata kulit muka ni kalau pakai BB cream. Sebelum ni saya cuma guna toner, mosturizer dan krim SPF 50 saja. Bila buat blog walking, ramai juga yang suka guna BB cream ni dan memang nampak kulit jadi licin bila letak BB cream ni.

Bila buat survey kat internet, tertarik juga dengan review beberapa orang yang guna BB cream dan paling ramai puji BB cream Dr. G dari Korea ni. Macam best je kan, bila tengok muka diorang yang letak BB cream ni pon...wow....memang nampak licin je kulitnya. Memang ini la yang saya cari, cream yang boleh buat kulit nampak rata, licin dan ada sun protection. Lepas kerja, terus je singgah kat Aeon Bukit Tinggi, sebab setakat ni krim ni boleh di beli di kedai Sasa je. Kalau ada kedai lain tu, tak tau la pulak kan. Bila masuk je dalam Sasa tu, saya tanya sales girl tu, nak beli BB cream. Terus je dia bawa saya ke rak yang ada BB cream Dr, G ni. Dia pun promote la macam2, kalau dia tak promote pun, memang saya nak beli...hehehe. BB cream ni memang ramai yang beli dan masa saya beli pun, tinggal beberapa kotak je, tu pun yang saiz kecil 45 ml. Harga yang 45 ml ni RM69.

Esoknya, terus la pakai sebelum pergi kerja kan. Memang betul la review yang saya baca, teksturnya smooth je, senang nak apply kat muka. Guna pun sikit je, nipis je kat atas kulit muka. Seharian rasa ok je muka ni.... tak rasa rimas dan yang penting, tak oily. Memang best la guna BB cream ni. Sekarang nak tengok hasil lepas beberapa minggu sebab ada yang cakap, kulit jadi lebih cerah bila dah guna 1-2 minggu. In sya Allah, akan di update lagi.
Brightening Balm Dr. G RM69 (45ml)