Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Monday, 27 January 2014

Bread & Batter

Assalamualaikum,

Sempena birthday Qisya hari tu, kitorang bawa anak-anak keluar makan dan enjoy kat Space U8 Eco Mall, Bukit Jelutong. Sebenarnya nak celebrate kat restoran Scrummy sebab pernah makan kat sini, sedap dan anak-anak suka kedainya warna pink. Bila sampai sana, kedai ni dah tutup pulak. So, terpaksa la cari kedai lain, terjumpa restoran Bread & Batter ni. Orang tak ramai sangat sebab masa tu dah pukul 3 kot, dah lepas waktu lunch.

Sedap juga menu-menu kat sini, ada western dan local cuisine. Saya pilih untuk makan spaghetti marinara. Husband order mee bandung, anak-anak cuma nak fries dan wedges je. Untuk baby Zafar, ibu order garlic bread dan mushroom soup. Air pulak, ibu order ice lemon tea je, husband order, jus mangga, anak-anak pilih vanilla milshake dan strawberry milkshake. Overall, memang sedap lah, spaghettinya memang banyak dan kenyang lah perut ni. Rasa juga mee bandung husband, agak pedas sikit tapi husband memang suka la sebab dia memang makan pedas-pedas. Mushroom soup lah yang paling sedap bagi saya. Sangat creamy dan terasa wild mushroomnya. In sha Allah, boleh la datang lagi.

 Spaghetti marinara

 Mee bandung

 Strawberry milkshake

 Potato wedges

 French fries

Garlic bread and mushroom soup (my favourite)

Qaseh Gold Junior


Assalamualaikum,
Sejak anak-anak amalkan Qaseh junior ni, hati pun rasa lega. Sebelum ni asyik bertukar-tukar supplement untuk anak-anak je. Maklumlah, semua orang nak bagi yang terbaik untuk anak-anak kan. Alhamdulillah, sejak anak-anak ambil Qaseh Junior ni, saya dah tak sibuk-sibuk lagi nak tengok supplement lain untuk anak-anak. Dalam Qaseh Junior dah lengkap untuk bagi kat anak-anak.Untuk sihat tubuh badan, untuk imuniti badan yang kuat dan untuk otak yang cerdas.

Sebelum ni memang selalu bagi madu kat anak-anak tapi diorang susah sikit nak minum madu je. Madu asli kan ada rasa masam-masam sikit. Kadang-kadang tu rasa malas nak marah-marah anak-anak ni nak suruh makan madu, especially bila diorang ada batuk dan selesema. Kalau ada batuk dan selesema saya akan campurkan madu dengan perahan limau nipis atau limau kasturi. Bila dah campur tu, lagi la masam rasanya, lagi susah diorang nak minum. Bila dah mula bagi Qaseh Gold Junior ni, dah tak payah nak panggil-panggil lagi kalau nak minum madu ni. Keluarkan je botol Qaseh gold Junior dari peti sejuk, terus datang berlari kat ibu nak minum jus Qaseh ni. Alhamdullillah, sekarang ni dh jadi makanan harian untuk anak-anak. Stok memang sentiasa ada je kat rumah, selalunya terus beli 2 botol, bila habis 1 botol, dah ada satu lagi, senang sikit.

Qaseh Junior ni adalah campuran muniman botani dengan formulasi makanan sunnah seperti kurma, madu, kismis, buah tiin, zaitun, delima, habbatus sauda', air zam-zam, dan di tambah dengan bayam, za'faran, gam arab, pegaga, badam, dan garam bukit.Membantu meningkatkan tenaga, mencerdaskan minda serta membantu tumbesaran anak-anak yang lebih sihat. Semua kandungan dalam Qaseh Gold Junior ni sangat berkhasiat, malah makanan sunnah ni dah terbukti tiada kesan sampingan. Nabi Muhammad SAW bersabda "Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan."

Berikanlah anak-anak kita makanan terbaik. Makanan sunnah adalah makanan yang telah dipilih oleh Rasullullah SAW. Biarlah darah yang mengalir dalam tubuh anak-anak kita dari sumber yang halal.

Harga : RM60
SMS atau Whatsapp 019-3895191 untuk tempahan.
Saturday, 25 January 2014

Unlimited Fun @ Amanville

Assalamualaikum,

Sempena birthday my second daughter, kitorang bawa anak-anak main puas-puas kat Amanville. Amanville ni adalah indoor playground yang terletak di Space U8 Eco Mall, Bukit Jelutong. Actually ini adalah kali kedua kitorang datang ke sini. First time datang ke sini ialah tahun lepas, (tak ingat bulan berapa). Masa tu ada offer kat Groupon, dapat admission fee murah, so saya beli voucher tu dan bawa anak-anak ke sini. Anak-anak memang enjoy datang sini, sebab tu kali ni datang sini lagi sempena birthday Qisya ni. Memang kali ni tak buat party tapi nak anak-anak enjoy puas-puas kat sini.


Kebetulan hari tu Amanville ada buat promotion, jadi entrance fee dapat murah sikit. Harga untuk weekend ialah RM25 untuk 4 tahun ke atas tapi hari tu entrance fee cuma RM20 je. Suffiya dengan Qisya je yang kena bayar, Zafar dapat masuk free je. Nak main kat sini kena pakai stokin, terlupa pulak nak bawa stokin Suffiya dengan Qisya ni, tapi don't worry sebab kat sini ada jual stokin. Stokin dia pun tak la mahal sangat, RM3 je sepasang. Nasib baik stokin Zafar memang simpan sepasang dalam beg diaper dia. Bila dah masuk, muka masing-masing start excited. Zafar yang kecil tu pun, bukan main lagi berjalan ke sana-sini. Siap nak naik slide sendiri lagi. Anak bujang ni memang berani orangnya.


Kakak-kakak dia dah hilang entah ke mana. Tapi jangan risau kalau tak nampak diorang sebab safety kat sini sangat bagus. Nak masuk kena guna thumb print parents dan bila nak keluar pun guna thum print juga sebab dia nak pastikan hanya parents sahaja yang boleh keluarkan anak dari situ. I like the safety features here. Kebetulan kitorang bawa kamera sebab nak tangkap gambar, so ada locker untuk simpan beg dan barang-barang berharga. Locker pun free je, minta je kunci kat kaunter. So, senang nak bergerak sebab barang-barang dah selamat dalam locker. Jom tengok apa anak-anak buat kat sini.









Area ni di panggil panjat-panjat area sebab memang budak-budak memanjat je kat sini. Penat juga layan anak-anak kat sini, ibu dengan ayah pun kena naik turun tapi memang best sebab anak-anak boleh melasak kat sini dengan selamat. Zafar ni sepatutnya ada kay baby area tapi dia pun nak join kakak -kakak dengan ayah kat sini, layankan je la.

Kat bawah ni baru la area untuk Zafar, Main-main area.






Kalau dah lapar dan dahaga, ada jual snack kat sini, nugget and frech fries, harga pun tak mahal, RM3 untuk nugget dan RM2 je untuk fries. Air mineral pun ada jual, kiranya senang la juga kalau tiba-tiba anak-anak lapar, beli je kat sini dan makan je terus kat situ ada meja dan kerusi sekali. Cuma memang tak boleh bawa makanan dari luar masuk ke sini. Rasanya semua indoor playground ada rule macam ni kan, memang patut pun sebab nak jaga kebersihan. Bab kebersihan memang bagus, sebab tu semua budak-budak kena pakai stokin. Lagi satu yang bagusnya, kat sini ada 3 toilet yang berbeza ikut saiz pengguna tau. Ada small washroom, medium washroom, dan big washroom untuk orang dewasa. Baby room pun ada. Sangat convenient facilities kat sini.





Kalau nak buat birthday party kat sini pun boleh. Ada pakej-pakej yang boleh dipilih ikut bajet. Teringin juga nak buat birthday party sekali kat sini. In sha Allah, kalau ada rezeki.

Birthday Party Area

Overall, memang best bawa anak-anak ke sini. Ibu dengan ayah pun enjoy sekali. Masa pergi ni ada promotion untuk jadi membership, tengah fikir lagi nak ambil ke tak membership tu. Memandangkan anak-anak sangat enjoy datang ke sini, boleh juga dipertimbangkan. So, kalau rasa nak enjoy dengan anak-anak, nak bonding dengan anak-anak, boleh la bawa anak ke sini. Kalau boleh masa main dengan anak-anak tu, tak payah pegang handphone sebab kita bawa anak-anak sebab nak spend time dengan diorang kan. Saya dengan husband memang simpan handphone dalam locker je. Dah 5 hari kerja, (kadang-kadang 6 hari), apa salahnya spend beberapa jam dengan anak-anak kan. 

My Baby Girl Turns 4

Assalamualaikum,

Hari ni nak story tentang birthday celebration my daughter yang dah masuk 4 tahun. Kali ni tak buat party pun, just keluar makan-makan dan bawa anak-anak enjoy puas-puas kat indoor playground. Simple and just having the fun between us. Awal-awal lagi Qisya dah request nak kek Princess Elsa untuk birthday kali ni. Memang dah tau dari awal dia nak kek Princess Elsa ni sebab sekarang tengah excited sangat dengan cerita Frozen tu. Macam biasa, kek birthday anak-anak saya tempah dengan Kak Zai MyPu3 Cake House. Kek Kak Zai ni memang menepati citarasa kami sekeluarga.



Kek ni perisa choc moist dan toppingnya buttercream.

Birthday Qisya ni kitorang celebrate kat Bread & Batter kat Space U8, Bukit Jelutong. Nasib baik masa tu tak ramai orang, may be sebab dah lepas waktu lunch kot. Dah siap-siap bawa topi birthday dari rumah, nak sambut birthday mesti ada topi birthday kan. Tak ramai orang so senang la nak nyanyi-nyanyi dan snap gambar.




Walaupun celebrate simple-simple je, tapi kitorang tetap happy. Birthday girl memang happy sangat sebab dapat kek idaman dia. Happy Birthday my baby girl, you will always be my sweetest baby girl.

Lepas makan-makan kat sini, kitorang memang plan nak bawa diorang main kat indoor playground Amanville sempena birthday Qisya. Today is the day for the kids to have fun unlimitedly........come on kids.

Seronok sangat dapat hadiah
Friday, 24 January 2014

Produk Makanan Sunnah Qaseh Gold

Assalamualaikum,

Sekarang ni kesedaran orang Islam terhadap pemakanan sunnah dah semakin meningkat. Banyak juga produk-produk sunnah ni di pasaran sekarang. Antaranya Qaseh Gold. Dulu saya makan untuk keluarga saya sahaja tapi sekarang ni saya dah jadi ahli dan nak share lah dengan orang lain yang berminat nak amalkan pemakanan sunnah ni. Kalau ada yang berminat nak order, boleh la SMS saya ataupun Whatsapp di nombor 0193895191.

Harga Qaseh Gold Adinda : RM71.90
Harga Qaseh Gold Kekanda : RM71.90


Thursday, 23 January 2014

Red Roses

Assalamualaikum,

Saya ni suka dengan bunga-bunga segar dan cantik dan paling suka tengok hand bouquet yang selalu jual kat kedai tu. Dulu-dulu pernah la juga dapat bunga, especially musim convo kat USM. Dah lama tak merasa pegang hand bouquet roses. Sempena wedding anniversary yang ke 10 tahun ni, husband hadiahkan 20 kuntum bunga ros untuk kite....yeaaayyyyyyyyyyyyyyyyyyyy.....happppyyyyyyyyyyy sangat. Kalau ikutkan anniversary bulan 5 nanti, tapi rupanya husband bagi bunga ni ikut tarikh kawin dalam bulan Islam. Harap-harap bulan 5 dapat lagi...hik hik hik.





Bila dah ada bunga fresh ni, kena la pulak google untuk nak cari maca, mana nak bagi bunga ros ni tahan lama. Sekejap je google, dah jumpa caranya. Ramai yang tulis, letak bunga ros dalam pasu, letak air dan letak panadol 2 biji, itu adalah cara untuk bagi bunga ni tahan lama dan segar, tapi tak tau la pulak berapa lama boleh tahan kan. Lama juga rasanya, seminggu lebih kot. Kalau nak lebih tahan lama, pastikan air dalam pasu tu kerap ditukar, kalau rajin tukar la tiap-tiap hari dan setiap kali tukar, jangan lupa letak panadol. So, saya pun buka la bungkusan bunga ni (sedih juga sebab cantik sangat). Isikan air lebih kurang suku dari bawah (takkan dari atas)....saya letak panadol dua biji, lepas tu susun la bunga ni cantik-cantik. Bila dah letak dalam pasu, nampak cantik pula bunga ni tersusun dalam pasu. Hampir semua 20 kuntum bunga ni belum kembang, so excited juga nanti nak tengok bunga-bunga ni kembang setiap hari. Pasu ni saya letak kat meja makan, setiap kali lalu kat meja makan ni, mesti teringin nak gi cium dan belek-belek bunga ni. Memang cantik warna merah terang ni.

Bunga dah diceraikan dari bungkusan

Isikan air suku dari saiz pasu. Letak panadol.

Susun bunga cantik-cantik

Beautiful red roses

Resepi Butter Pancake

Assalamualaikum,

Hari ni nak share resepi butter pancake yang bagi saya sangat menepati citarasa saya dan anak-anak saya. Dah banyak kali saya buat pancake guna resepi ni. Suffiya dan Qisya sangat happy kalau dengar ibu nak buat pancake ni. Pernah juga try resepi lain, tapi bila anak-anak makan pandai pulak diorang komplen tak sedap. So, setakat ni, inilah resepi yang anak-anak saya akan makan sampai 2-3 keping sekali makan. Resepi ni juga boleh digunakan untuk membuat waffles.

Butter Pancake
Resepi : Hajar Fotopages
Sumber : Ummi Zaihadi

3 sudu besar butter di cairkan
1 biji telur
1 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula
1 cawan susu segar
1 sudu besar jus lemon (optional....saya tak pernah letak)
Secubit garam

Cara-caranya:
1. Campurkan semua bahan dalam blender, blend hingga sebati.
2. Biarkan adunan selama 10 minit.
3. Tuangkan sesenduk kecil ke dalam kuali tak melekat. Pastikan api sederhana panas sahaja.
4. Balikkan adunan apabila permukaan mula berbuih.
5. Biarkan seketika hingga warna coklat muda, boleh diangkat.
6. Hidangkan dengan syrup maple, madu, susu pekat manis, dan sedap juga dim akan dengan aiskrim vanilla

Satu senduk kecil

Bila berbuih begini, bolehlah dialih

Siap untuk dihidang

Tuesday, 21 January 2014

Resepi Durian Crepe

Resepi Durian Crepe

200g tepung gandum
20g tepung ubi
10 g tepung kastad
10g tepung jagung
1 biji telur
1 sudu kecil minyak masak
1 sudu besar gula halus
40 ml susu cair
150 ml air
pewarna kuning
perisa durian

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk, sebatikan dengan whisker dan tapis, kalau pekat, tambah air sedikit.
2. Ambil sesenduk kecil, tuang adunan dalam kuali yang di pegang
3. Layangkan kuali agar adunan sekata.
4. Masak atas api kecil.
5. Masak Hingga kering, angkat, tak perlu terbalikkan masa angkat.

Bahan Filling:
150 ml fresh cream diputar hingga kental. (boleh mix dengan 2 sudu besar isi durian)
Isi durian

Caranya:
1. Letakkan freash cream dan isi durian, dan letak fresh cream semula.
2.Lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah.




|

Spa Citra Sari

Assalamualaikum,

Petang-petang ni seronoknya relax2 kat rumah sambil tengok anak-anak dok main kat luar rumah. Teringat pulak nak update blog dan kali ni just nak cerita pasal hati yang seronok sebab dapat beli pakej spa murah dalam Groupon. Dah beberapa kali beli pakej spa kat Groupon tapi yang ni rasa macam berbeza sikit. Tengok treatment dalam pakej ni macam best je.Harga sebenar pakej ni ialah RM503. Ada body massage, body scrub, body mask dan herbal bath dan offer dalam Groupon cuma RM68 je. Itu harga untuk weekdays, kalau weekend kena tambah RM10, so RM78 untuk weekend.

Voucher Groupon

Kalau nak tau lebih lanjut, boleh tengok kat sini https://www.groupon.my/deals/klang/Citra-Sari-Spa/717926653

 Nanti bila dah pergi buat treatment ni, saya akan update lagi siap dengan gambar lagi.
Saturday, 18 January 2014

Resepi roti kismis dan cinnamon

Assalamualaikum,
Bestnya sebab dapat relax 3 hari minggu ni (Jumaat public holiday Thaipusam). Kebetulan mama datang dari kampung, bestnya dapat spend time dengan mama. Bila ada mama, banyak la topik perbincangan termasuk la resepi. Memang seronok try resepi baru bila ada mama sebab mama pun memang suka masak. So, hari hari Khamis, balik je dari sekolah, terus singgah kedai Bagus beli barang-barang nak baking. Sebenarnya teringin nak buat roti sebab dah lama tak buat. Breadmaker dah jadi hiasan je kat dapur tu. Belek-belek buku resepi so teringin la nak try buat roti kismis dan cinnamon ni. Ni lah resepinya.

Roti Kismis dan Cinnamon

1 1/2 cawan air
4 sudu besar susu tepung
4 sudu besar minyak bunga matahari (sunflower oil)
3 sudu besar gula
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil cinnamon (serbuk kulit kayu manis)
4 cawan tepung gandum (saya guna tepung high protein)
2 sudu kecil yis(saya guna mauripan)
3/4 cawan kismis (dicampur dalam adunan selepas bunyi beep)

Campurkan semua bahan diatas dalam breadmaker.

Senang je buat roti guna breadmaker ni. Campur semua dan akan siap diuli dan dimasak dalam tempoh 3 jam.

Ni la rupa roti lepas di masak.

Memang gebu dan lembut.
Friday, 10 January 2014

Resepi Puding Susu

Pudding is my obsession. Banyak juga koleksi puding yang saya ada dan banyak juga yang dah di cuba. Hari ni saya nak share satu resepi puding yang sgt simple....anak-anak saya memang suka puding ni.

Puding Susu

1 bungkus agar-agar (10g)
1 biji telur
3/4 cawan gula pasir
1/2 tin susu cair
2 sudu makan tepung kastad
4 cawan air

Cara-cara:
1. Masak agar-agar dengan air dan gula hingga mendidih. Tutup, biar sebentar.
2. Bancuh tepung kastad, telur dan susu cair. Sebatikan dan tapis.
3. Masukkan bancuhan telur tadi ke dalam agar-agar dan kacau atas api perlahan.
4. Tutup api, bahagikan kepada warna asal, merah dan hijau.
5. Masukkan berselang-seli dalam acuan.