Sempena birthday my second daughter, kitorang bawa anak-anak main puas-puas kat Amanville. Amanville ni adalah indoor playground yang terletak di Space U8 Eco Mall, Bukit Jelutong. Actually ini adalah kali kedua kitorang datang ke sini. First time datang ke sini ialah tahun lepas, (tak ingat bulan berapa). Masa tu ada offer kat Groupon, dapat admission fee murah, so saya beli voucher tu dan bawa anak-anak ke sini. Anak-anak memang enjoy datang sini, sebab tu kali ni datang sini lagi sempena birthday Qisya ni. Memang kali ni tak buat party tapi nak anak-anak enjoy puas-puas kat sini.
Kebetulan hari tu Amanville ada buat promotion, jadi entrance fee dapat murah sikit. Harga untuk weekend ialah RM25 untuk 4 tahun ke atas tapi hari tu entrance fee cuma RM20 je. Suffiya dengan Qisya je yang kena bayar, Zafar dapat masuk free je. Nak main kat sini kena pakai stokin, terlupa pulak nak bawa stokin Suffiya dengan Qisya ni, tapi don't worry sebab kat sini ada jual stokin. Stokin dia pun tak la mahal sangat, RM3 je sepasang. Nasib baik stokin Zafar memang simpan sepasang dalam beg diaper dia. Bila dah masuk, muka masing-masing start excited. Zafar yang kecil tu pun, bukan main lagi berjalan ke sana-sini. Siap nak naik slide sendiri lagi. Anak bujang ni memang berani orangnya.
Kakak-kakak dia dah hilang entah ke mana. Tapi jangan risau kalau tak nampak diorang sebab safety kat sini sangat bagus. Nak masuk kena guna thumb print parents dan bila nak keluar pun guna thum print juga sebab dia nak pastikan hanya parents sahaja yang boleh keluarkan anak dari situ. I like the safety features here. Kebetulan kitorang bawa kamera sebab nak tangkap gambar, so ada locker untuk simpan beg dan barang-barang berharga. Locker pun free je, minta je kunci kat kaunter. So, senang nak bergerak sebab barang-barang dah selamat dalam locker. Jom tengok apa anak-anak buat kat sini.
Area ni di panggil panjat-panjat area sebab memang budak-budak memanjat je kat sini. Penat juga layan anak-anak kat sini, ibu dengan ayah pun kena naik turun tapi memang best sebab anak-anak boleh melasak kat sini dengan selamat. Zafar ni sepatutnya ada kay baby area tapi dia pun nak join kakak -kakak dengan ayah kat sini, layankan je la.
Kat bawah ni baru la area untuk Zafar, Main-main area.
Kalau dah lapar dan dahaga, ada jual snack kat sini, nugget and frech fries, harga pun tak mahal, RM3 untuk nugget dan RM2 je untuk fries. Air mineral pun ada jual, kiranya senang la juga kalau tiba-tiba anak-anak lapar, beli je kat sini dan makan je terus kat situ ada meja dan kerusi sekali. Cuma memang tak boleh bawa makanan dari luar masuk ke sini. Rasanya semua indoor playground ada rule macam ni kan, memang patut pun sebab nak jaga kebersihan. Bab kebersihan memang bagus, sebab tu semua budak-budak kena pakai stokin. Lagi satu yang bagusnya, kat sini ada 3 toilet yang berbeza ikut saiz pengguna tau. Ada small washroom, medium washroom, dan big washroom untuk orang dewasa. Baby room pun ada. Sangat convenient facilities kat sini.
Kalau nak buat birthday party kat sini pun boleh. Ada pakej-pakej yang boleh dipilih ikut bajet. Teringin juga nak buat birthday party sekali kat sini. In sha Allah, kalau ada rezeki.
Birthday Party Area
Overall, memang best bawa anak-anak ke sini. Ibu dengan ayah pun enjoy sekali. Masa pergi ni ada promotion untuk jadi membership, tengah fikir lagi nak ambil ke tak membership tu. Memandangkan anak-anak sangat enjoy datang ke sini, boleh juga dipertimbangkan. So, kalau rasa nak enjoy dengan anak-anak, nak bonding dengan anak-anak, boleh la bawa anak ke sini. Kalau boleh masa main dengan anak-anak tu, tak payah pegang handphone sebab kita bawa anak-anak sebab nak spend time dengan diorang kan. Saya dengan husband memang simpan handphone dalam locker je. Dah 5 hari kerja, (kadang-kadang 6 hari), apa salahnya spend beberapa jam dengan anak-anak kan.
0 comments:
Post a Comment