Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Monday 23 June 2014

Bercuti ke Adelaide 3

Hari ni dah hari ke-3 di Adelaide ni. Seronok sangat kat Adelaide ni, tenang dan damai, rasa macam nak duduk kat sini plak......hehehe. Plan hari ni adalah ke Cleland Wildlife Park yang terletak kat Adelaide Hills. Dah survey awal-awal lagi transport nak ke Cleland Wildlife Park ni. Nak ke sini, boleh naik bas Adelaide Metro nombor 864. Bas 864 ni akan berhenti kat Crafers Park and Ride, dari sini kena ambil bas nombor 823 untuk masuk ke Cleland Wildlife Park. Rasanya seharian akan berada di sini, oleh itu, awal-awal pagi lagi saya dan mama masuk dapur, masak nasi goreng untuk buat bekal. Bawa juga roti satu buku yang dah siap disapu jem dan nutella. Pukul 9 pagi, kitorang jalan kaki ke Pulteney street sebab bas 864 tu kena naik kat sini. Tak jauh pun jalan kaki, dalam 10 minit je dah boleh sampai. Bas pun tak payah tunggu lama, tak sampai 15 minit tunggu, bas dah sampai. Tambang untuk ke sana adalah AUD3.10 untuk dewasa, kanak-kanak AUD 1.50 kot. Naik bas dalam 30 minit dah sampai kat Crafers Park and Ride ni, bas 823 dah memang ada kat situ, so terus naik je, tiket boleh pakai tiket yang sama masa naik bas 864 tadi. Masa nak ke Cleland Wildlife Park ni, driver bas ni berhenti kat Mount Lofty dulu, dia bagi masa 10 minit untuk tangok view dari Mount Lofty ni.....tak sangka pulak boleh singgah kat Mount Lofty ni. Memang cantik pemandangan dari sini.

View dari Mount Lofty
Mount Lofty Summit ni tempat pelancongan juga. Boleh lepak-lepak sambil minum-minum kopi panas kat sini. Best betul lepak kat sini. Tapi kitorang tak boleh lama la sebab driver bas bagi 10 minit je. Lepas tangkap gambar 4-5 keping, naik bas balik untuk terus ke Cleland Wildlife Park. Bila sampai kat Cleland Wildlife Park ni, driver bas bagitau yang bas akan pick up kat situ juga pukul 1.35 pm dan 4.35 pm. Ok, so kalau nak balik awal kena tunggu bas 1.35 pm. Tapi,, rasanya tak sempat nak naik bas 1.35 pm sebab jadual untuk pegang koala pun pukul 2 petang.


Bayaran tiket untuk masuk ke Cleland Wildlife Park ni agak murah berbanding zoo Adelaide. Bayaran untuk satu family cuma AUD50 sahaja. First spot yang kitorang cari ialah kangaroo. Anak-anak memang tak sabar-sabar nak bagi makan kangaroo macam kat Perth dulu, tapi kali ni lebih seronok sebab tiada had masa untuk berinteraksi dengan kangaroo ni. Bebas nak stay berapa lama kat tempat kangaroo ni.




Lama juga spend masa dengan kangaroo ni, kakak seronok sangat dapat bagi makan kangaroo ni. Qisya pulak yang takut sebab kangaroo ni besar-besar katanya. Qisya cakap dia nak feed kangaroo yang kecik je. Cantik betul pemandangan kat sini, tangkap gambar pun cantik je. Nampak juga burung emu kat sini tapi tak berani pulak nak pergi dekat. Lepas lebih kurang sejam dengan kangaroo, kitorang keluar nak tengok binatang lain pulak. Tengok Tasmanian devil, takut pulak tengok muka dia, patutla namanya pun mcm tu....hehehe. Kitorang terus cari tempat koala pulak........syoknya dapat tengok koala ni. Comel, cute.



Kat tempat koala ni pun agak lama, banyak juga posing-posing dengan koala ni. Lepas tu, semua dah lapar, kitorang cari tempat nak piknik. Bawa bekal nasi goreng, tapi nasi gorengnya macam letak dalam peti ais. Sejuk sangat kat sini, sampai nak tangan asyik letak dalam poket je. Baby Zafar makan banyak, lapar sangat kot sebab sejuk. Lepas dah kenyang, dia terus tertidur, dah penat la tu. Kitorang target nak tunggu pukul 2 sebab ada close up dengan koala. Kalau nak dukung koala pun boleh, tapi ada bayaran, dukung koala dan tangkap gambar sekali. Gambar punterus dapat siap dengan frame gambar.

Picnic time
Dalam pukul 2, kitorang pergi balik kat tempat koala. Beratur untuk nak close up dengan koala, dah ramai juga orang beratur, tapi tak lama sangat la menunggu untuk close up ni. Beratur pun dalam setengah jam je. Kalau nak dukung koala, boleh terus ke belakang, ada bilik khas untuk tangkap gambar dengan koala ni. Tak ingat berapa bayarannya, tapi kitorang decide nak close up je dengan koala ni. Dapat tangkap gambar sambil, pegang-pegang koala pun dah ok.



Comel je kan budak-budak ni dengan koala. Zafar je tak dapat nak posing close up dengan koala ni sebab tengah tidur. Keluar dari temapt tengok koala ni, kitorang tengok kangaroo lagi. Posing lagi dengan kangaroo ni.  Dah puas berjalan-jalan, kitorang pergi lepak kat cafe pulak. Ada pendiang api kat situ, bestnya dapat minum kopi panas-panas kat sini. Zafar still tidur. Dalam pukul 4.10 tu, kitorang keluar nak tunggu bas, bas akan datang pukul 4.35 pm. Bagus betul public transport kat sini, memang tepat je sampai. Tak payanh nak risau kalau bas lambat.




Memang seronok pengalaman hari ni. Anak-anak pun happy dapat jumpa koala dan kangaroo. Ibu memang seronok kalau anak-anak seronok. Kali ni pun dapat bawa mama sekali tengok koala dan kangaroo ni. In sya Allah, kalau ada rezeki, kita boleh datang lagi ke negara kangaroo ni. Balik ke Adelaide city, langit pun dah mula gelap, jam baru pukul 5 lebih je. So, get ready for dinner pulak. Wait for tomorrow's program pulak.

0 comments:

Post a Comment