Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Thursday 19 June 2014

Bercuti ke Adelaide 1

Assalamualaikum,

Dah lama tunggu saat ini, akhirnya tiba jua. Plan untuk bercuti ke Adelaide ni dah lama plan sejak hujung tahun lepas. Sebenarnya, tak de plan pun nak pergi oversea tahun ni. Saja je masuk Air Asia dan try tengok harga tiket, tiba-tiba terkejut sebab harga tiket ke Adelaide cuma RM 8.00 sahaja. Macam tak percaya je. 2 -3 kali juga buat, masih keluar harga yang sama. Tiket balik RM 111. So, saya rasa memang rezeki kami sekeluarga la nak melancong ke Adelaide pulak. So, bila dah buat booking, harga total untuk kami sekeluarga  termasuk cukai, beg dan makanan adalah RM3600 ++.

Flight ke Adelaide adalah pada 8 Jun 2014. Mak dan adik pun join untuk vacation kali ni. Ramai la juga jadinya. Sampai ke Adelaide dalam pukul 8.00 pagi waktu Adelaide. Cuaca masa sampai sangat sejuk, 6 darjah celcius. Kena pakai jaket dan glove sekali. Sampai je airport, lepas dapat luggage, terus cari teksi untuk ke apartment.

Depan airport
Banyak beg kitorang
Apartment yang kitorang sewa ni adalah 3 bedroom apartment tapi masa tu ada promotion, dapat 3 bedroom apartment tapi bayar harga untuk 2 bedroom apartment je. Rezeki la jugak kan. Kami semua 7 orang, sebab tu kena cari apartment yang banyak bilik. Kalau travel tempat makan mahal macam Australia ni, kena la cari apartment sebab nak masak. Jimat banyak kalau boleh masak kat apartment.


Ruang tamu 

Dapur

Ruang tamu

Dapur gas

Master bedroom

Third bedroom

TV kat master bedroom

Bilik air kedua

Second bedroom

Bathroom master bedroom
Apartment memang besar, ada 2 storey. Tingkat bawah ada ruang tamu, meja makan dan dapur. Bilik semua kat tingkat atas. Kebetulan pulak dapat apartment nombor 5, sama dengan nombor rumah, terasa macam rumah sendiri pulak.....ceewwwaaahhhh.

Hari pertama sampai ni, anak-anak mengantuk betul, diorang tidor je.....cuaca pulak sejuk, memang best la tidur je. Saya dan husband, pergi beli barang-barang dapur, nak masak makan malam nanti, so kena pergi beli jugak walaupun mata agak mengantuk sebab tak tidur langsung atas flight. Jalan kaki je ke supermarket Coles, dalam 10 minit je dh boleh sampai. Oleh sebab Zafar tak tidur, bawa la Zafar sekali jalan-jalan.


Depan Supreme Court

Background Victoria Square
Kat Chinatown
Jumpa Nutella besar kat Central market
Shopping kat Coles
Hari pertama just relax dan shopping je. Second day esok baru la start jalan-jalan. Ok, nnt cerita pasal jalan-jalan pulak.

4 comments:

  1. Boleh tau Nama apartment yang Puan Sewa di Adelaide ni. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Hannah. Apartment yg kami sewa ni ialah RNR Serviced Apartments , Sturt St , Adelaide.

      Delete
  2. Assalamualaikum. Nak tanya. Selesa tak rnr apartment tu. Malam2 bising and selamat tak.plan nak ke adelaide bercuti. Tengah cari apartment. Tq ye. Izan.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Nak tanya. Selesa tak rnr apartment tu. Malam2 bising and selamat tak.plan nak ke adelaide bercuti. Tengah cari apartment. Tq ye. Izan.

    ReplyDelete