Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Friday 2 May 2014

Cameron Highlands : Day 1

Assalamualaikum,

Lama juga tak buka blog ni. Semakin hari semakin banyak kerja, bila rasa free sket baru la boleh jengok blog ni. Hero yang sorang tu dah selamat tidor, so boleh la ibu ber'lappy' sekejap.

Kali ni nak story tentang short holiday kitorang last week. 2 hari 1 malam di Cameron Highlands. Rasa macam tak cukup plak pergi 2 hari 1 malam je. Tak pe, ada rezeki kita pergi lagi. Sebenarnya, dapat good deal kat Groupon, RM200++ je untuk bilik 4 orang kat Hotel De La Ferns.

Hotel De La Ferns
Dah lama plan nak pergi tapi asyik kena postpone sebab hari Sabtu slalu kena pergi kerja or ada hal-hal lain. Alhamdullillah, 26 April hari tu dapat la kesempatan untuk ke Cameron Highlands ni. Bertolak agak lewat skit, biasa la, dengan 3 anak, macam macam hal nak setel. Masa pergi ni, husband ambil jalan di Tapah, apalagi, kepala pun jadi pening dan bila sampai kat atas, memang rasa nak meloya dah. Oleh itu, masa balik nanti, memang dah decide nak balik ikut Simpang Pulai sebab tak tahan nak menahan pening kepala bila naik ikut Tapah. Sampai hotel lebih kurang pukul 2 lebih, so just nice je nak check in. Masa sampai tu hujan renyai-renyai sket, so macam best je kalau dapat landing sekejap dalam bilik ni. Masa masuk lobby, memang terpegun juga dengan interior lobby tu, cantik sangat dengan sentuhan style english.






Piya dan Zafar posing atas katil
Bilik yang kitorang ambil ni adalah jenis quadraple iaitu bilik untuk 4 orang. Dah anak 3 ni memang kena cari bilik besar la, dah tak muat kalau 1 je katil queen nak tidor semua skali. Bilik memang cantik dan selesa, sangat puas hati dengan harga yang saya dapat dengan Groupon ni. Rehat lebih kurang setengah jam je, lepas tu kitorang keluar nak makan. Kat sebelah hotel ada restoran steamboat, terus je makan kat situ, tapi tak order steamboat la, sebab nak cepat je, nak jalan2 tempat lain pulak. Destinasi pertama, nak cari tempat strawberi. Datang Cameron Highlands ni, wajib la cari strawbei kan. Lepas makan, sempat la google kejap nak cari tempat strawberi, so jumpa la tempat ni, Big Red Strawberry Farm. Dekat je dengan hotel, drive 5 minit je dah sampai. Lokasinya kat Brinchang, kira border la dengan Tanah Rata.


Nampak delicious sangat papan kat belakang tu kan. Kat sini bukan je ada strawberi, tapi ada juga sayur-sayur lain yang di tanam, memang nampak fresh dan sedap la syur-sayur tu. Hijau mata memandang. Kat sini ada juga tempat untuk menikmati strawberi ni dalam pelbagai menu, ada waffle, sundae, strawberi fondue, dan banyak lagi la.




Memang puas hati la dapat makan aiskrim sundae dan waffle ni. Satu ni memang Qisya punya je tapi dia tak habis pun, makan separuh dah kenyang katanya. Lepas makan-makan ni, pergi shopping sekejap, ada mini mart kat situ yang jual barang-barang berasaskan strawberi. So, ada la beli serba sedikit buat buah tangan dari Cameron Highlands ni.



Lepas makan-makan tu, kitorang jalan-jalan la tengok-tengok apa yang ada kat situ. Ada pokok-pokok bunga, kaktus dan juga pokok-pokok strawberi.






Hari pertama memang just ke strawberry farm ni je. Lebih kurang 2 jam juga kat sini, lepas tu terus balik hotel. Malam ni just nak relax-relax je kat bilik. Waktu malam, semua dah penat, so dinner kat hotel je. Ambil set steamboat untuk 2 orang, tapi makananya macam untuk 4 orang. Rate steamboat kat hotel pun tak mahal sangat RM30 je seorang. Sedap juga steamboat kat hotel ni, memang kenyang sangat dan tak habis semua.....rasa banyak sangat pulak. Overall, hari ni memang happy.

0 comments:

Post a Comment