Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Friday 9 May 2014

Dermalogica : Solar Defense Booster

Assalamualaikum,

Solar defense booster
Dah 2 bulan saya guna solar defense booster ni, Saya beli solar defense booster ni masa buat facial, dan dapat 20% diskaun. Mahal juga kalau tak de diskaun, harganya RM258. Solar defense booster ni untuk perlindungan daripada sinar UV dan mempunyai spf 50. Cara nak pakai senang je, sapu je sebelum keluar rumah, letak toner dulu, lepas tu letak mosturiser dan sapu solar defense booster ni. Baru la letak bedak. In sya Allah, solar defense booster ni tahan la untuk tempoh yang lama, lagi2 kalau memang kena involve dengan aktiviti luar yang memang sah-sah kena matahari untuk tempoh yang lama. Sejak guna solar defense booster ni, kulit pun agak cerah sedikit. Menurut fakta, pembentukan pigmentasi berlaku akibat pendedahan terus kulit terhadap sinar uv, so kalau tak nak lebih banyak pigmentasi terbentuk, kena la apply sun block ni setiap kali nak keluar rumah terutamanya bila hari panas terik. Kalau malam kena pakai tak?? Saya tak pakai pun, sebab nak jimat. Malam mana ada matahari, so tak payah nak membazir.

0 comments:

Post a Comment