Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Friday 19 December 2014

Kabinet Dapur Baru

Assalamualaikum,

Dah lama nak update pasal kabinet dapur ni tapi mood tak de. So, hari ni macam rajin sikit, so, jom la kita update cerita2 yang dah lama simpan ni. Dah lama niat nak buat kitchen cabinet ni tapi biasa la, kena la tunggu fulus ada dulu, baru boleh buat. Alhamdullillah, ada rezeki sikit hari tu, dapat la tunaikan impian terpendam selama setahun juga ni. Kenapa setahun je....???? Sebenarnya, saya dah ada kabinet dapur, buat sejak pindah rumah 6 tahun yang dulu. Last year, kitorang decide nak extend dapur, tapi duit cuma cukup untuk extend je, tapi tak cukup untuk nak buat kabinet baru. So, tahun ni baru boleh nak buat kabinet baru.

Table top untuk dapur ni, saya upah indon je buat. 8 kaki X 8.5 kaki X 8 kaki , bentuk U, kosnya adalah RM4000. Agak mahal tapi sebenarnya, ini bukan kos table top sahaja, macam-macam kerja kitorang suruh indon ni buat, piping, wiring, pasang sinki, pasang dapur dan ada la lagi kerja-kerja lain. So, bagi saya RM4000 ni kira berpatutan.

Untuk buat pintu kabinet dan tall unit, saya survey dalam google untuk cari dan compare harga. Senang juga guna internet ni, malas nak keluar cari kat kedai-kedai luar. Dari internet, saya terus contact in-charge person dan bagi ukuran untuk quotation. So, dalam beberapa minit diorang boleh bagi price. Saya buat comparison dengan 3 company, dan saya pilih yang termurah dan saya review juga testimonial dalam blog dia. Kerja kemas, cantik, tengok gambar pun puas hati. So, saya terus contact dengan 1 company ni dan confirm terus nak buat dengan dia. In charge person yang saya berurusan ni namanya En. Jamal. Boleh tengok website company ni , http://cabinetkitchen2020.blogspot.com/ .

En. Jamal ni bagus orangnya, semua pertanyaan saya di balas, so senang la saya nak buat bajet. Anggaran harga yang diberi oleh En. Jamal untuk kabinet dapur saya yang berbentuk U ialah RM3900 dan untuk tall unit yang berukuran 7.5 kaki panjang X 9 kaki tinggi lebih kurang RM2980. Anggaran ni untuk material  3g.

Lepas dah confirm pilih company ni, saya pun arrange appointment dengan En Jamal ni untuk datang buat ukuran. En Jamal ni datang tepat betul, janji pukul 10, lebih kurang pukul 10 gak dia sampai. Lepas dah ukur dan dapat harga sebenar, so saya dan husband discuss untuk finalize kan material kabinet dapur kitorang ni. At the end, kitorang decide, untuk dapur kat belakang yang bentuk U tu, kitorang buat melamine sahaja. Kabinet tall unit je buat dengan material 3g. Kos untuk kabinet ni En Jamal bagi RM6100 ++, tapi lepas tu dia bagi diskaun dan genapkan RM6000 sahaja. Dapat 1 free gift lagi, dish rack....hehehe. Overall, saya puas hati dengan servis En Jamal ni. Kabinet yang di pasang memang kemas dan cantik. Happy sangat.

Baru siap table top

Bentuk U
dah siap
Dapur gas (kiri) dan dapur elektrik
Oven pun siap dipasang
Tall unit


3 comments:

  1. cantik dapur akak :)
    thanks for sharing this info,
    sy pon tgh survey kitchen cabinet nak buat utk rumah :)

    ReplyDelete
  2. Thank u shakira hamzah. semoga dapat kabinet yg diidamkan nnt.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum tuan/ puan. Sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy sambung rumah,pasang tile,plaster siling,wayaring,waterproofing,bumbung,plumbing,mengecat,grill dan owning,porch keta,autogate,vinyl floor,wallpaper,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,cheras,kl,ampang,damansara,puchong,nilai,sepang,bndr sri putra. Hubungi sy d no 0192945175 or wssp sy di no 01129110298 (amir)

    ReplyDelete